CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerusi sewa ‘cemar’ pemandangan di Pantai Teluk Batik

8-6-2025 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1917| Komen: 23

 


LUMUT – Tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Pantai Teluk Senangin dekat sini pada Khamis lalu tidak memberikan kesan terhadap pengusaha kerusi sewa di Pantai Teluk Batik di sini.

Ini kerana tinjauan Kosmo! di lokasi pelancongan tersebut hari ini mendapati, rata-rata pengusaha kerusi sewa masih meletakkannya secara bersusun di kawasan perniagaan masing-masing.

Seorang pengunjung dari Sungai Petani, Kedah dikenali sebagai Nurul Aisyah Isa, 41, berkata, mereka tidak menyangka keadaan itu berlaku di Pantai Teluk Batik walaupun MPM telah mengambil tindakan terhadap peniaga di Pantai Teluk Senangin.

“Saya ingat tindakan itu memberikan kesan kepada pengusaha-pengusaha ini tetapi nampak gayanya ia tidak menakutkan mereka.

“Keadaan sama seperti di Teluk Senangin apabila pengusaha-pengusaha ini menyusun kerusi untuk disewa pada harga RM3 itu di kawasan pantai walaupun mereka tidak dibenarkan berbuat demikian,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.


Pelancong dari Sabak Bernam, Selangor iaitu Ahmad Razali Embong, 38, berkata, mereka sekeluarga tidak mahu duduk terlalu berhampiran dengan pantai kerana lebih gemar berlindung di bawah pokok di kawasan tersebut.

“Bagaimanapun, apabila kerusi-kerusi ini disusun berhampiran pantai, yang kami nampak terlebih dahulu ialah kerusi berkenaan.

“Kalau boleh kami nak menikmati pemandangan pantai tanpa adanya kerusi-kerusi sewa berkenaan,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 8-6-2025 01:00 PM
Sapa yang buat business sewa kerusi ni? kalau operated 100% by local, bagi chance la.
Quote otai_g 8-6-2025 01:29 PM
Dia sewakan je. X nak sewa x pyh la sewa. Bawak kerusi sendiri ha senang

Tp kalo tkg sewa tu da set kawasan dia sekian2, ha itu melampau. Pantai adalah hak umum
Quote B40tastePosh 8-6-2025 01:37 PM
silance replied at 8-6-2025 01:00 PM
Sapa yang buat business sewa kerusi ni? kalau operated 100% by local, bagi chance la.

Iols rasa pun kena utamakan penduduk Senangin untuk ekonomi diorang.

Ramai orang susah area situ sebenarnya...ramai B40.
Quote B40tastePosh 8-6-2025 01:39 PM
Yang buat kacau pelancong dari Kedah.

Selama hari ni orang Sabak Bernam, orang Selangor support diorang tak kecoh pun.
Quote Samerosie 8-6-2025 03:24 PM
Rasanya ok lagi dr khemah.  Tak de beza yg untuk disewa atau pengunjung bawa sendiri.  
Quote airfilterkotor 8-6-2025 03:58 PM
Awal 2000an dulu memang dah ada kerusi ni. Tidak mengganggu pun.
Waktu tu khemah memang takde.
Tak macam PD, pacak khemah macam tanah abah dia sampai block view orang belakang nak kecap saat terbenamnya sinar asyik mentari.
Quote alana94 8-6-2025 04:48 PM
ok la dari PD tu, khemah org dok pacak
Quote ekselen 8-6-2025 06:35 PM
otai_g replied at 8-6-2025 01:29 PM
Dia sewakan je. X nak sewa x pyh la sewa. Bawak kerusi sendiri ha senang

Tp kalo tkg sewa tu  ...

isu nya skrg pengunjung tak boleh guna kerusi sendiri.. kena sewa yg locals punya tu kalau nk duduk kt sekitar pantai tu.. iols ada baca kt fb...
Quote Decaffeinated 9-6-2025 02:16 PM
otai_g replied at 8-6-2025 01:29 PM
Dia sewakan je. X nak sewa x pyh la sewa. Bawak kerusi sendiri ha senang

'Bagaimanapun, apabila kerusi-kerusi ini disusun berhampiran pantai, yang kami nampak terlebih dahulu ialah kerusi berkenaan.'


Ini isunya.


But I don't blame you sebab ayat tu di hujung artikel.


Quote edayildiz 9-6-2025 02:22 PM
i pun baru balik dr lumut..
damar laut..elok gak hilang stress
Quote Prickford 9-6-2025 02:28 PM
peniaga yg meniaga sewa kerusi ni mmg area tu dah mark deyols punya tanah ke? kira tepian pantai tu geran nama owner kerusi sewa?
Quote pooh~key 9-6-2025 02:33 PM
ekselen replied at 8-6-2025 06:35 PM
isu nya skrg pengunjung tak boleh guna kerusi sendiri.. kena sewa yg locals punya tu kalau nk dudu ...

Mengarutlah sissy. Akak baharu jah lawat pantai B40 ni elok jah selamber akak pacak kerusi sendiri kat depan2 penyewa kerusi lagi sissy. Tak kena apa pun sisss…
Quote ekselen 9-6-2025 02:57 PM
pooh~key replied at 9-6-2025 02:33 PM
Mengarutlah sissy. Akak baharu jah lawat pantai B40 ni elok jah selamber akak pacak kerusi sendiri ...

ntahla chuols... tu iols baca kt fb.. dia bwk kusi sendiri nk pacak area kt pantai tp disuruh sewa kerusi pemilik yg ada kt situ.. tu jadi isu nya.. iols baca je..
Quote pooh~key 9-6-2025 03:08 PM
ekselen replied at 9-6-2025 02:57 PM
ntahla chuols... tu iols baca kt fb.. dia bwk kusi sendiri nk pacak area kt pantai tp disuruh sewa ...

Entah la mungkin sebab akak buat muka garang kot sissy? lagi pun memang akak dah plan awal kalau2 dia kata dilarang itu ini, akak nak bagi ayat maut “nak saya panggil majlis perbandaran ke?” Sissss…
Quote ekselen 9-6-2025 03:13 PM
pooh~key replied at 9-6-2025 03:08 PM
Entah la mungkin sebab akak buat muka garang kot sissy?  lagi pun memang akak dah plan awal kala ...


ha ah kan... bagus jgk kalau buat mcm tu.. bg depa takut sikit sbb pantai tu actually utk kegunaan awam bkn depa sesuka ati buat rules sendiri.. nk bkn private beach, elok la kalo sound mcm tu bg depa amaran gituh hahaha
Quote grouper 9-6-2025 03:36 PM
Tiap2 tahun p teluk senangin n teluk batik x pernah lagi kena paksa sewa kerusi diorg. Boleh je bwk kerusi n khemah sendiri n camping pun xde org kacau..yg viral ni biasa first time dtg sini kot.
Quote adelea 9-6-2025 04:06 PM
otai_g replied at 8-6-2025 01:29 PM
Dia sewakan je. X nak sewa x pyh la sewa. Bawak kerusi sendiri ha senang

Tp kalo tkg sewa tu  ...

Actually aku and famili aku especially ada org tua , kita ok ja kusi tu tak mengacau ponwe also need that kusi for orang tua duduk relax2
org luar je yg semak mai teluk batik komplen macam2 ...


Quote adelea 9-6-2025 04:08 PM
grouper replied at 9-6-2025 03:36 PM
Tiap2 tahun p teluk senangin n teluk batik x pernah lagi kena paksa sewa kerusi diorg. Boleh je bwk  ...

ye aku pon rasa ..
aku rasa ok je ada kusi tu

aku pon x pernah dgr citer pacak kemah kena bayar
kusi tu je yg mmg kita bayar sebab nak duduk

takde isu pon...
ni mangkuk mai dari ulu mana la tak tau
masuk teluk batik teluk senangin buat tahana betuiiii ..
Quote silance 9-6-2025 04:23 PM
Pegi piknic bawak kerusi meja, payung, periuk nasi, tupperwear tingkat, tikar, macam nak pindah.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.034201 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top