CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Liyana Jasmay pernah ‘naik hantu’ di set penggambaran - Saya pernah naik hantu di set sampai hampir naik darah tinggi

9-6-2025 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3732| Komen: 70

 


Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay mengakui pernah ‘naik hantu’ di set penggambaran drama terkininya berjudul Putri & Phrince semasa memberi tunjuk ajar kepada pendatang baharu dalam industri.

Bagaimanapun, Liyana, 37, tidak putus asa membimbing dan sering berkongsi ilmu kepada pelakon baharu yang menjadi pelapis dalam industri hiburan tempatan.

Saya pernah naik hantu di set sampai hampir naik darah tinggi. Kru pun turut bimbang.

“Tapi ini semua adalah sebahagian daripada proses.

“Kita kena latih dan sentiasa ingatkan mereka (pelakon baharu) macam seorang ibu yang mendidik anak-anaknya,” katanya kepada Kosmo! Online semasa penggambaran drama Putri And Phrince.

Bercakap mengenai drama tersebut, pelakon filem Papadom itu mengakui seronok dapat bekerja dengan bintang muda.

Ujar Liyana, dia tumpang gembira sekiranya bakat anak didiknya menjadi tumpuan kelak.


“Saya suka bekerjasama dengan orang baharu kerana saya dapat mengasah bakat mereka.

Kalau mereka berjaya, saya pun tumpang gembira kerana rasa seperti berjaya mendidik dengan baik,” ujarnya lagi.

Pada awalnya, Liyana mengakui agak ragu-ragu dengan bakat baharu yang rata-ratanya datang dari media sosial.

Namun, dia terkejut melihat mereka berhasil membawakan watak yang diberikan dengan baik.

“Saya awalnya cuak untuk berkerjasama kerana mereka sangat kelakar dalam TikTok.

Tapi saya tak sangka bila sampai set mereka sudah bersedia, mereka tahu cara bawa watak dengan baik.

“Mereka juga tunjuk minat untuk berlakon bukan hanya ingin menjadi pempengaruh saja,” jelasnya.

Putri And Phrince terbitan Mermaid Studio kini sedang menjalani penggambaran bakal disiarkan di Viu pada 21 Ogos kelak.

Drama mengandungi 12 episod itu dibintangi Nesa Idrus, Badron Munirah, Nik Rafaie, Farah Nadiah, Khayrisyah Kemal, Adriana Adnan dan Farihin Arnia. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 9-6-2025 03:38 PM
hallahhh hallahhh berianya.......
Quote asfaz 9-6-2025 03:44 PM
Tgk tajuk drama pun.....alahaii
Quote slyfynx 9-6-2025 04:06 PM
Ko cakap ko mmg hantu pun ramai akan percaya. Muka sama dah
Quote QueenIsolde 9-6-2025 04:33 PM
Ko naik hantu sekali pun tetap la filem ko flop
Quote rastaf 9-6-2025 04:34 PM
slyfynx: Ko cakap ko mmg hantu pun rama ...


kejam haha
Quote asfaz 9-6-2025 04:43 PM
slyfynx replied at 9-6-2025 04:06 PM
Ko cakap ko mmg hantu pun ramai akan percaya. Muka sama dah

kiijammmmm
Quote belilies 9-6-2025 06:12 PM
Liyana jasmay ni kalo dh tua umo 50 cam tu mesti iras ellie suriaty
Quote mawarberbisa 9-6-2025 06:16 PM
dia ni busuk betul. yang ada orang dia mmg tak mekap tpi kemas, muka tak berlemuih. tapi dia ni tak mekap, berlemuih, busuk. pernah jumpa depan2 pun mcm ni la rambut kusut masai
Quote bottombikini 9-6-2025 06:19 PM
dia ni ada pakai filler gak ke walaupun bibio dah mmg tebai
Quote lanse 9-6-2025 09:30 PM
Muka nampak stress.
Quote kmbg 9-6-2025 09:57 PM
Budak ni dari muda comot je,tp pantang betul kalo ko kata dia nampak berusia ke comot sentap smpi ke langit ke 7..sekarang xtau la tp dulu mmg sentap
Quote sharlenetexas 9-6-2025 10:17 PM
Sheols tak jaga penampilahkah? Bukannya nak suruh mekap tebal. Setakat enhance penampilan. Ni dengan muka berlemoih.


Quote shida81 9-6-2025 10:33 PM
Knp ak rase dia ni bakalan rupe nek elly suriati
Quote NonaNaga 9-6-2025 10:46 PM
dulu pakai tudung bukak nak jd diri sendirik kan....terpaling aktor karektor giteww ramai lagi wibawa membawa pelbagai watak
Quote weezerfan 9-6-2025 11:18 PM
Geli tekak tgk dia buat mukbang..makan ngan mulut chup chap mata melilau. Belum habis kunyah dah suap lagi skali. So grosss
Quote ejans 9-6-2025 11:26 PM
Pernah jumpa depan2 dia dgn laki dia. Laki dia kemas betul kulit flawless putih
Quote JunkMail 10-6-2025 12:30 AM
Desa nan permai sangat muka acik ni...menjelang umur 50an nanti mesti lagi desa.
Quote krustykrab 10-6-2025 12:48 AM
Udah serupa wanita umo 60an dah dia ni
Quote orkid_amani 10-6-2025 07:07 AM
Sejenis oily skin kot LJ ni..mcm kulit muka aii jugak .susah nk jumpak  combination sunscreen moisturizer foundation yg perfect bila apply kat muka.. sudahnya aii kalau pakai ss awal pg nti lepas solat zohor baru apply foundation.. last skali lepas asar baru pakai moisturiser..kalau pakai 3 ni skali mmg muka berminyak..xtau la knp

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.039590 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top