CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Orang Islam sembelih ikut adab, sunnah bukan cara kejam’ - Mek Yun

9-6-2025 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2681| Komen: 35

 


Pempengaruh Mekyun memahami perasaan kaum India atau Cina yang bagaikan sukar menerima ibadah menyembelih haiwan yang dijalankan umat Islam semasa Hari Raya Aidiladha.

Ujar Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yu Nee, 28, ibadah korban yang disunatkan menyembelih haiwan dilakukan mengikut syarak tanpa menyeksa haiwan.

 

“Saya perasan ada segelintir orang yang susah nak terima atau mempertikaikan amalan korban masa Raya Haji terutama bab sembelih haiwan.

“Untuk orang Islam, sembelih dibuat dengan penuh beradab ikut sunnah, bukan secara kejam.

“Ini melambangkan pengorbanan, keikhlasan dan semangat berkongsi rezeki,” katanya dalam Threads.



Pada masa sama, wanita Tionghua asal Kelantan itu menasihati setiap orang perlu menghormati amalan agama masing-masing.

“Daging korban pun diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

“Kita semua datang dari latar belakang dan kepercayaan yang berbeza.

“Tapi dari situ juga kita belajar untuk faham dan hormat antara satu sama lain,” ujarnya lagi.


Hantaran Mekyun dipercayai hanya untuk memberi nasihat dan pengetahuan buat kaum bukan agama Islam. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 9-6-2025 02:35 PM
yang tak faham tu, nak kata baru, dah berpuluh tahun kat Malaysia. lahir dan membesar dalam Malaysia juga. tiap2 tahun tengok benda sama, tapi tak nak belajar

boleh je bertanya kat orang sekeliling, kalau segan, boleh baca di internet

but no, diorang pilih untuk post di media sosial. dan yang lain, pilih emosi berbanding rasionaliti.
clout chasing. lantak lah controversial, asalkan nama aku naik

buat perkara tak relevan untuk kekal relevan
Quote rumahbiru 9-6-2025 02:44 PM
gen boomers ke yg konon tak paham & kejam orang sembelih korban ni...euwww,so boomers, chatgpt pun tak kenal.

Quote azimodin 9-6-2025 03:07 PM
Betul la.. selagi xde unsur kekejaman, ko diam2 je la. Bukan kita ada dera binatang sebelum sembelihan pon. Jiran setaman aku type i masa baru pindah bawak lembu masuk dala kawasan rumah. Habis jalan lorong tu dia tutup untuk lembu lalu. 3 hari 3 malam dia bergendang. Kami ni sabar je la.. kesian jiran2 yg ada anak kecik
Quote AWEKSAMURAI 9-6-2025 03:14 PM
Tq mek yun ..ini lah penting nya bergaul dgn berbagai bangsa ....mudah faham pasal agama lain ..
Quote boudinniA 9-6-2025 03:24 PM
Tahun depan isu sama lagi. Masa ni lah golongan-golongan ni bising.
Quote rastaf 9-6-2025 04:30 PM
cina kelantan memang dah macam melayu sebab dorang cakap pun kelantan
Quote rastaf 9-6-2025 04:30 PM
banyak yg membesar dibandar sekolah pulak jenis kebangsaan or private school.tak bergaul dengan bangsa lain itu yg jadi tak faham budaya bangsa lain.
Quote Buritan 9-6-2025 05:04 PM
Aku pum kesian tgk lombu kona sembelih. So lari jauh jauh time sembelih.. ape susah.. org bg daging lembu yg aku korban pun aku tarak mo amik sbb aku nmpk dia hidup..
Quote zuriey 9-6-2025 05:45 PM
Ramai kata mek yun ni menyombong dkt luar
Quote jambatannetizen 9-6-2025 06:49 PM
rastaf replied at 9-6-2025 04:30 PM
cina kelantan memang dah macam melayu sebab dorang cakap pun kelantan

cina kelantan, cina indonesia ok. tp ada segelintir cina siini masih xtunjuk mereka dr sini!
Quote jambatannetizen 9-6-2025 06:51 PM
PULANGKAN replied at 9-6-2025 02:35 PM
yang tak faham tu, nak kata baru, dah berpuluh tahun kat Malaysia. lahir dan membesar dalam Malaysia ...

diorang masih delusional cam dorang asal mainland. sayang seratus pratus. cuba jd cam cina indon tu
Quote irvene 9-6-2025 07:24 PM
tak pernah minat dia ni. knp aku rasa, dia buat content islam/melayu untuk tarik peminat islam/melayu sahaja? aku rasa dia mcm fake.
Quote PULANGKAN 9-6-2025 07:52 PM
jambatannetizen replied at 9-6-2025 06:51 PM
diorang masih delusional cam dorang asal mainland. sayang seratus pratus. cuba jd cam cina indon t ...

mekyun ni ok. post Iols kat atas tu, merujuk kepada someone, ada dalam thread belakang2. ada la si polan ni, kesian kat lembu every year kena sembelih. last2 kena bash kat socmed sheols

orang sembelih lembu bagi orang sekeliling, orang miskin merasa makan daging.
yang geng2 sorang tu, complain pulak. dah tu diorang makan ayam, takde pulak nak kesian kat ayam ke, ikan ke, ketam ke
Quote noxnox 9-6-2025 08:01 PM
irvene replied at 9-6-2025 07:24 PM
tak pernah minat dia ni. knp aku rasa, dia buat content islam/melayu untuk tarik peminat islam/melay ...

kan. hati hitam iols pun kan sense her fakeness vibe. demi secebis content
Quote adeqbun 9-6-2025 09:02 PM
Yg kate kejam sgt tu slama ni makan beef steak kepsi semua tu  scr hypnotic kan haiwan2  ke..
Quote Zeelalala 9-6-2025 10:23 PM
Tiap kali raya korban akan ada isu ni timbul. No comment dah. Nak bertekak pun x guna.
Quote nellyberry 10-6-2025 08:13 AM
irvene replied at 9-6-2025 07:24 PM
tak pernah minat dia ni. knp aku rasa, dia buat content islam/melayu untuk tarik peminat islam/melay ...

i ingat i sorang je rasa mcm ni.
masa awal dulu she okay, tp dah lama-lama bole nampak she try so hard dan nampak fake.
Quote makita 10-6-2025 08:53 AM
Yg cucuk2 bdn msa wel wel tu lah kejam. Lagi kejam pecah2 kan kelapa sampai stok kelapa x ckup nak buat kuih talam.
Quote jelita_millie 10-6-2025 01:18 PM
AWEKSAMURAI replied at 9-6-2025 03:14 PM
Tq mek yun ..ini lah penting nya bergaul dgn berbagai bangsa ....mudah faham pasal agama lain ..

KANNN.. bagus mekyun. wlpon bukan islam tapi cuba faham dan study pasal religious rites ni. at the end qurban tu utk menolong org susah jugak... boo sama thanujaa

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.032208 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top