CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DAP gesa keputusan NFA kes Teo Beng Hock disemak semula

9-6-2025 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 632| Komen: 4

 


PETALING JAYA – DAP menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya menyemak semula keputusan tiada tindakan lanjut (NFA) melibatkan kes bekas Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Parti itu turut menuntut penjelasan mengapa tiada sebarang pendakwaan dilakukan berhubung kes tersebut selepas 15 tahun.

Dalam kenyataan bersama, Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara perlu menyemak semula keputusan untuk mengklasifikasikan siasatan sebagai NFA walaupun terdapat perkembangan kes di Mahkamah Rayuan serta prosiding sivil di Mahkamah Tinggi.

“Peguam Negara dan tiada orang lain mempunyai budi bicara untuk mendakwa di bawah Perlembagaan Persekutuan. Beliau perlu menjelaskan mengapa budi bicara itu tidak digunakan dalam kes ini,” jelas mereka dalam kenyataan itu hari ini.


Dalam kenyataan sama, DAP menjelaskan desakan itu dibuat susulan surat bertarikh 30 Mei daripada Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar kepada peguam keluarga Beng Hock, Ramkarpal Singh yang menyatakan tiada bukti mencukupi untuk mendakwa mana-mana individu atas kematian mendiang.

“Surat tersebut seolah-olah mencadangkan bahawa siasatan yang dijalankan mendapati tiada bukti mencukupi untuk menyokong pendakwaan jenayah,” kata kenyataan itu.

DAP juga menyeru supaya tindakan diambil segera bagi memastikan keadilan buat keluarga Beng Hock dan rakyat Malaysia.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pihaknya mengesahkan siasatan berhubung kematian Beng Hock pada tahun 2009 diklasifikasikan sebagai NFA.

Beliau berkata, kertas siasatan kes itu dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) selepas dilengkapkan pada 17 April lalu selaras dengan arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 21 November 2023.

Sebelum ini, Beng Hock meninggal dunia pada 16 Julai 2009 selepas ditemui terjatuh dari tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam ketika disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).  

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 9-6-2025 01:46 PM
Apa citer kes yang pegawai Sprm Chinese yang ditemui mati dalam office Sprm ke apa tapi mati dalam keadaan kena ikat kaki tangan but look or make it like suicide? Terus senyap kes tu.
Quote TOPwind 10-6-2025 02:44 AM
pampasan dah dapat juta2 wlaupun tak sepatutnya diberi.

bangsa yg tak malu - asik buat hal..
Quote clueless_gamer 10-6-2025 08:36 AM
aku simpati dgn nasib si mati ni

tp kaum dia dah lama di (insinuate) di bayangkan mendiang ni mati dibunuh oleh geng politaik yg nak cari sokongan pengundi kaum dia.. tak kisah pun jaja kisah fitnah ni, kalau bab fake news ni mmg merata dlm kalangan diorang..

sama macam kes altantuya.. kes ni simple je, mmg 2 org tu yg buat sendiri, takde suruhan sesiapa pun sebenarnya.. tokok tambah dari ahli politik sbb nak jatuhkan org lain je sebenarnya, tak kisah pun jadi penghasut pemfitnah ni.. bila dah naik ni sbb jalan tak elok so boleh tengok karma tu sampai.. huru hara kiri kanan kan..

you reap what you sow
Quote Decaffeinated 10-6-2025 08:40 AM
Ini baru betul skandal. Tapi skandal bagi orang malaya bila abang wiring main dengan cikgu. Dah tahap tu ja otak boleh pergi.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.027198 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top