CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Jom Memasak Lihat artikel

Rendam daging dengan sudu nak cepat lembut hanya mitos

9-6-2025 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 597| Komen: 8

 


PETALING JAYA – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha semalam, pelbagai petua dikongsikan orang ramai untuk melembutkan daging korban dengan cepat.

Ada juga yang mendakwa bahawa merendam daging bersama sudu logam, terutama jenis ‘stainless steel’, boleh mempercepatkan proses melembutkan daging.

Bagaimanapun, Public Health Malaysia (PHM) dalam satu perkongsian di Facebook memaklumkan kaedah itu tidak mempunyai asas saintifik dan hanya sekadar mitos.

“Tips melembutkan daging yang tidak berkesan dan sekadar mitos adalah rendam dengan sudu, rendam dengan biji kurma, peram dengan gula atau madu, masak dengan batu atau syiling,” kongsi PHM.

Menurut portal kesihatan itu, antara kaedah yang sesuai digunakan untuk mempercepatkan proses melembutkan daging korban adalah rendam bersama hirisan nanas.

“Letak daging bersama hirisan nanas selama 15 hingga 30 minit sahaja. Jangan perap terlalu lama boleh menyebabkan daging jadi lembik atau hancur.


“Selain itu peram dengan betik muda, daun betik atau salut dahing bersama lemon atau cuka serta boleh menggunakan kaedah ‘slow cook’,” kata PHM.

Jelas PHM, buah nanas dan betik mengandungi enzim yang membantu memecahkan serat otot daging sekali gus menyebakan perapan bersama dia bahan tersebut menjadikan daging cepat lembut.   

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 9-6-2025 02:29 PM
biasa rendam dengan hirisan lemon ja. ada orang tuang cuka
Quote rastaf 9-6-2025 04:31 PM
masuk je pressure cooker settle
Quote orkid_amani 10-6-2025 08:18 AM
Pressure cooker dah muuuuraaah laa skg ni..beli jaa laa satu..senang nk masak..campak2 tekan tunggu siap ja. Dulu yaa la xbanyak pilihan..skg ni bersepah brand keluarkan pc dgn harga mampu milik. Zaman aii dulu ada brand noxxa & Philip jaa..mampu beli Philip ja sbb noxxa mahai ; over periuk dia plastic xmacam philip stainlesstail
Quote nisako 10-6-2025 08:22 AM
masuk pressure cooker je la
Quote vanilacup 10-6-2025 10:32 AM
Bila masuk pressure cooker kat kg lah sbb rumah x ada pressure cooker then mereka masak daging goreng kunyit mcm dah lembik sgt pulak. Rasa juicy tu dah kurang walaupun bahan masakan tu mantap huuh...
Mcm x enjoy nak makan..
Quote orkid_amani 10-6-2025 11:31 AM
vanilacup replied at 10-6-2025 10:32 AM
Bila masuk pressure cooker kat kg lah sbb rumah x ada pressure cooker then mereka masak daging goren ...

Biasa nk masak daging goreng kunyit @ daging belengas tu mmg xperlu pun masuk pc sbb daging akan lembut sendiri masa kita keringkan air daging dlm kuali tuu.. kalau masak sup mmg terbaik laa pc.. 20minit jaa dah lembut
Quote vanilacup 13-6-2025 01:38 PM
orkid_amani replied at 10-6-2025 11:31 AM
Biasa nk masak daging goreng kunyit @ daging belengas tu mmg xperlu pun masuk pc sbb daging akan l ...

Hu hu kita bukan tuan rumah...tulah pelik kenapalah masuk pressure cooker. Keputusan kakak ipar kot gitulah. Kalau tengok kejadian masa masak goreng kunyit tu keadaan daging bukan dah lembik tapi tekstur dia dah berderai hmmm...
Quote orkid_amani 13-6-2025 02:04 PM
vanilacup replied at 13-6-2025 01:38 PM
Hu hu kita bukan tuan rumah...tulah pelik kenapalah masuk pressure cooker. Keputusan kakak ipar ko ...

Biasa yg masuk pressure cooker ni utk lembutkan daging utk masak sup,rendang,buat dendeng..xpenah laa lg nk goreng daging kena lembutkan dulu guna pressure cooker kalau nk cepat pun biasa guna kpt 20 minit tu ja.manual adjust.. condition daging masih ok..xdak laa lembut sgt.. salah tekan mode kot tuu..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.032448 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top