CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Subhanallah…tapak projek ECRL pun boleh solat raya

10-6-2025 07:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1920| Komen: 20

 


PETALING JAYA – Penuh sederhana, tapi cukup bermakna.

Itulah yang tergambar menerusi satu video tular memaparkan sekumpulan pekerja asing projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menunaikan solat sunat Aidiladha di sebuah kawasan lapang, dipercayai di tapak projek di Temerloh, Pahang kelmarin.

Tanpa sejadah empuk atau ruang berhawa dingin, hanya beralaskan tanah merah dan pakaian kerja, namun mereka tetap khusyuk menunaikan rukun Islam dengan penuh rasa syukur.

Video berdurasi 35 saat itu mencuri perhatian ramai warganet, yang memuji kesungguhan mereka untuk tetap menghidupkan suasana Aidiladha walaupun jauh dari tanah air sendiri.

“Subhanallah, memang sungguh. Pengalaman macam ni hanya boleh dapat di perantauan saja.

“Ironinya, bila balik Malaysia yang bersepah masjid dan surau, boleh pula rindu solat di merata padang, parking lot, rooftop bangunan bagai ni. Semoga pekerja-pekerja ni merasalah daging korban,” tulis Seiran Rumi.


“Kat sini pun dulu,saya dan suami selalu nampk buruh ECRL solat berjemaah. Tapi sayangnya ramai dah lari sebab tak dibayar gaji berbulan,” dedah Norhazwani Othman.

“Sesungguhnya, mereka memang rajin bekerja dan menjaga solat. Saya selalu nampak pekerja di area rumah saya ni tak pernah ‘missed’ solat jumaat. Walau hanya jalan kaki. Kasihan diorang. Yang ada basikal tu, boleh la kayuh basikal.

“Yang takde tu, kenalah berjalan kaki. Kalau dapat bos yang baik, ada juga yang sudi tumpangkan kereta. Tapi berhimpit la nampak diorang naik satu kereta,” komen Nurul Hidayah Talha

Netizen turut mendoakan agar para pekerja tersebut diberikan kesihatan, keselamatan dan kesempatan untuk merasai kemeriahan Aidiladha walaupun berjauhan daripada keluarga tersayang. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 10-6-2025 07:54 AM
'namun mereka tetap khusyuk menunaikan rukun Islam dengan penuh rasa syukur.'

Sejak bila sembahyang raya itu rukun islam?

Btw dalam thread sebelah indon sembahyang dalam kebun sayur teruk kena kecam.
Quote nisako 10-6-2025 08:23 AM
amboi
Quote clueless_gamer 10-6-2025 08:28 AM
payah kalau dah gelap hati ni..

bitter tak tentu pasal tgk org lain

dia yg solat atas tanah ko yang panas..

kesian..
Quote beautifulorchid 10-6-2025 09:15 AM
Mashaallah subhanallah
Quote seri_mawr 10-6-2025 02:18 PM
Tanpa sejadah empuk atau ruang berhawa dingin, hanya beralaskan tanah merah dan pakaian kerja, namun mereka tetap khusyuk menunaikan rukun Islam dengan penuh rasa syukur. - ni nak cerita solat fardu ke solat sunat aidiladha....klu ikut tajuk solat aidil adha...

solat mmg rukun islam. tu solat fardu 5 waktu...wartawan kosmo pun...

papun bagus mereka tetap menunaikan solat sunat aidiladha dan solat fardu secara berjemaah....
Quote bpbbppbp 10-6-2025 02:27 PM
Wahh vibes sgt. Dgn permandnangan cmtu. Asl tempat yakin suci xde hal.
Quote tungkai 10-6-2025 03:23 PM
Ni nak tiru yg Indon sembahyang yg view gunung berapi tu ke?
Quote Skuau 10-6-2025 05:30 PM
"Saya mau kawen sama ini macam bangla"-pompuan
Quote ninja boy 10-6-2025 05:56 PM
Edited by ninja boy at 10-6-2025 05:58 PM

Jakun nya korang dgn bangla solat, ianya normal la bangla buat solat jemaah, solat jumaat, zaman covid aman2 solat jumaat ada tok imam bangla kutbah bahasa bangla, mesti ada punya bangla penghafaz Quran bangla tok imam, aidiladha ada ja mereka buy lembu kambing kasi korban ada byk juga, sapa kata bangla miskin mereka kaya, henpon pakai iphone beli ikan besar2 kumpul duit sana ada banglo ladang bisnes kilang boat
Quote TeropongThaico 10-6-2025 06:15 PM
Diarg tak cuti ke?
Quote kaedahnya 10-6-2025 10:47 PM
Sedihnya kerja tak dibayar gaji, haramjad betui
Quote sambaldurian 11-6-2025 12:32 AM
kaedahnya: Sedihnya kerja tak dibayar gaj ...

Kan, wlupun warga asing, berhak dpt gaji. Aku ni wlupun kurang suka dgn kebanjiran warga asing / pati ke, once ko dh amek org tu kerja, byr la gaji dorg. Klu boleh ko buat kontrak, abis kerja , byr upah , hantar balik negara asal.
Quote Firenzza 11-6-2025 08:59 AM
Apa yg pelik, solat raya tu disunatkan buat kt tanah lapang kan
Quote Punat_button 11-6-2025 10:11 AM
clueless_gamer replied at 10-6-2025 08:28 AM
payah kalau dah gelap hati ni..

bitter tak tentu pasal tgk org lain

Kurangkan bercakap depan cermin sis Insya-Allah kurang panas
Quote helicornia 11-6-2025 11:45 AM
Firenzza replied at 11-6-2025 08:59 AM
Apa yg pelik, solat raya tu disunatkan buat kt tanah lapang kan

itu la
indonesia pun mmg solat raya kat tanah lapang
dorang pelik tengok kita solat raya dalam masjid
Quote s@s@ 12-6-2025 09:56 AM
kt perlis pun ada time solat raya tanah lapang... sekarang x tau buat lagi ke x?

Quote Decaffeinated 12-6-2025 03:08 PM
s@s@ replied at 12-6-2025 09:56 AM
kt perlis pun ada time solat raya tanah lapang... sekarang x tau buat lagi ke x?

Kalau kat kampung2, masa sembahyang raya ni lah masjid tak muat. Lagi pun waktu pagi belum panas nak bentang tikar.
Quote s@s@ 12-6-2025 03:52 PM
Decaffeinated replied at 12-6-2025 03:08 PM
Kalau kat kampung2, masa sembahyang raya ni lah masjid tak muat. Lagi pun waktu pagi belum panas n ...

yang tu sebab jemaah melimpah ke luar... yang ni mmg purposely buat tempat open
Quote ninja boy 12-6-2025 05:15 PM
Kalau org malaysia solat di tanah lapang abis kena kecam macam xde surau masjid atau menunjuk2 solat gitu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.083512 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top