CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Tak Faham, Kalau Sayang Binatang Tu Janganlah Korbankan, Korbankan Sahaja Lembu Atau Kambing Yang Lain” - Atikah Suhaime

10-6-2025 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4566| Komen: 77


Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsikan media sosial dipenuhi dengan hantaran haiwan peliharaan kesayangan mereka menjadi haiwan korban pada Hari Raya Aidiladha.

Menerusi Insta Story, Atikah berkata melihat perkongsian itu membuatkan hatinya sayu serta tidak faham mengapa perlu korbankan jika sayang  haiwan tersebut serta memohon maaf mungkin kerana dia kurang ilmu berkenaan perkara itu.

 

“Feed penuh dengan orang yang jaga kambing atau lembu dari kecil  penuh kasih sayang. Lepas tu Raya Korban harus korbankan binatang yang dia sayang tu.

“Saya tak faham, kalau sayang binatang itu, janganlah korbankan dia. Korbankan sahaja lembu atau kambing yang lain. Maaf mungkin ilmu saya tak banyak tapi apa tujuan upload tu semua dan buat saya menangis sepanjang raya korban ini,” tulisnya.


Sementara itu, Atikah turut berpendapat mengorbankan haiwan yang dipelihara sejak kecil adalah tindakan yang kejam, serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkongsi ilmu serta mengakui banyak lagi yang perlu dia pelajari.



“Bila orang kongsi pasal kambing dan lembu yang diorang jaga dari kecil dengan penuh kasih sayang tiba-tiba kena korban sekarang I macam, hmmm terasa kejamnya.

“Mungkin saya salah tetapi itu pandangan peribadi saya. Terima kasih kepada yang kongsi ilmu, maaf banyak lagi saya harus belajar.

“Cuma saya rasa orang harus berhenti muat naik posting sayang lembu atau kambing sampai nangis-nangis lepas tu korbankan sebab terasa kejam di mata orang yang kurang ilmu macam Atikah,” katanya.

 

Sumber – Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nellyberry 10-6-2025 08:21 AM
Tika ni faham ke tak maksud korban?
Quote freyayong 10-6-2025 08:36 AM
lah ni yg muslim pun tanya begini???
Quote BoongaKertas 10-6-2025 08:46 AM
tp iols agree part yg kenapa perlu upload psl lembu tu nangis etc on socmed? annoying sehh. korban tu sendiri bermaksud korbankan binatang yg plg kita syg. ko dah kenapa nak rekod natang tu nangis plakkkk? ya ampun!
Quote TomyamPuteh 10-6-2025 08:48 AM
Adakah beliyau dan suami beliyau paham apa itu maksud korban?
Tak tau kena belajar. Malu bertanya blh gugel.
Quote nisako 10-6-2025 09:16 AM
hmmmmmmmm
Quote Incanto 10-6-2025 09:29 AM
Edited by Incanto at 10-6-2025 09:32 AM
freyayong replied at 10-6-2025 08:36 AM
lah ni yg muslim pun tanya begini???

dia sekolah  di Singapore takde KAFA

atau dia tak pay attention dlm kelas agama
Quote MissVixen 10-6-2025 09:31 AM
Mak pak dia pun jahil ke? Takde nak belajar di madrasah di singapura sana? Benda asas pun cincai. Patut la ada video.
Quote Incanto 10-6-2025 09:32 AM
BoongaKertas replied at 10-6-2025 08:46 AM
tp iols agree part yg kenapa perlu upload psl lembu tu nangis etc on socmed? annoying sehh. korban t ...

setakat ni aku tak tgk lagi feed yg mcm dia cakap tu
sbb kebanyakan org bagi duit kat masjid atau NGO utk korban


kalau klip tunjuk org tgh korban dan distribute daging mmg tiap tiap tahun ada

Quote boudinniA 10-6-2025 09:34 AM
Kesayangan terkini forumers.
Quote prince_marhaen 10-6-2025 09:37 AM
patutlah jadi babu kat rumah orang kaya...bodoh amat rupanya...
Quote manehnya 10-6-2025 09:46 AM
kena p belajar sirah ... ni agama bukan suka ati nk buat
Quote cantthinkofany 10-6-2025 10:01 AM
menyirap tul laaaaa........
Quote dua_chzy 10-6-2025 10:02 AM
BoongaKertas replied at 10-6-2025 12:46 AM
tp iols agree part yg kenapa perlu upload psl lembu tu nangis etc on socmed? annoying sehh. korban t ...

Meols pon. Sampai hati perguna haiwan yang tatau apa2 ni untuk click bait. Nyampah meols.
Quote dua_chzy 10-6-2025 10:04 AM
Incanto replied at 10-6-2025 01:32 AM
setakat ni aku tak tgk lagi feed yg mcm dia cakap tu
sbb kebanyakan org bagi duit kat masjid atau  ...

Kat Threads hado. Sakit hati meols tengok. Macam mak pak haplod video anak nangis ka sedih2 dengan layu sayu pilu sebagai background muzik.
Quote Lampuled 10-6-2025 10:05 AM
Sebelum tanya publicly mcm tu elok la tanya encik suami dulu or family terdekat. Kalau takde yg boleh jwb juga elok join usrah geng retis tu. Tak alim takpe tp jgn smpai jahil. Takpe asal tak menyombong masih ada peluang utk belajar tambah ilmu.
Quote nolya 10-6-2025 10:20 AM
freyayong replied at 10-6-2025 08:36 AM
lah ni yg muslim pun tanya begini???

Nampak sangat dia ni minim ilmu pendidikan Islam. Bangga saja dgn pujian Datin yg cantik, tapi ilmu agama tak seindah wajah.  Kena banyak lagi blj ilmu agama dn fahami erti Qurban.
Quote Incanto 10-6-2025 10:23 AM
prince_marhaen replied at 10-6-2025 09:37 AM
patutlah jadi babu kat rumah orang kaya...bodoh amat rupanya...

dia tak belajar hak isteri dalam Islam

baik ko join usrah betty tika oii


Quote AWEKSAMURAI 10-6-2025 10:26 AM
Dia tak pernah dgr peristiwa-peristiwa special Nabi2 kita? Kenapa kena korban ? Kenapa kena itu ini ..wajib,sunat, harus ... Aku dh pening pemikiran org zaman skrg ttg agama islam
Quote BoongaKertas 10-6-2025 10:38 AM
Incanto replied at 10-6-2025 01:32 AM
setakat ni aku tak tgk lagi feed yg mcm dia cakap tu
sbb kebanyakan org bagi duit kat masjid atau  ...

lalu fyp ig meols haritu. dia rekod lembu tu nangis ngalir airmata sambil lembu tu duduk bwh. maybe tu kot yg sheols tgk. ada lg tu yg lembu berlari2 ke arah owner dia siap peluk2 mcm taknak kena sembelih (tp vid yg ni mcm overseas lah).

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.034770 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top