CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya nak ‘man provider’ seratus peratus sebab kita nak main kuda sahaja” - Shiqin Kamal

11-6-2025 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4778| Komen: 61

 



Saya nak ‘man provider’ seratus peratus sebab kita nak main kuda sahaja.”

Demikian penegasan pelakon Shiqin Kamal yang masih menantikan calon suami stabil kedudukan kewangan bagi membolehkannya meneruskan hobi berkuda.

Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd. Kamal, 34, yang tidak pernah berdepan kontroversi percintaan memaklumkan masih lagi solo sekali gus terbuka untuk mengenali seseorang.

“Saya masih ‘single and available’ (solo) . Sekarang saya memang tak ada sesiapa, kalau tengok Instagram saya kini aktif berkuda.

“Jadi, hati saya kini dimiliki kuda. Saya bukanlah nak cari lelaki yang main sukan kuda. Bagi saya, aktiviti berkuda ni macam ‘healing’.

“Kalau terjumpa seseorang yang ada minat yang sama, alhamdulillah. Tapi kalau tak jumpa, tak apa, kita tak mencari,” katanya kepada Kosmo! Online semasa malam gala filem terbaharunya berjudul Martabat Misi Berdarah, semalam.



Bercakap mengenai sukan berkuda, Shiqin juga menyimpan hasrat untuk mengharumkan nama negara dan akan menyertai pertandingan pertama pada hujung bulan ini di Sendayan, Negeri Sembilan.

“Saya aktif berkuda sebab dah jadi satu hobi. Lagipun, saya pun dah pasang niat sebelum umur 40 tahun, saya nak jadi wakil Malaysia dalam Sukan SEA .




“Saya memang dah pasang niat dan lebih serius sejak tahun lalu. Insya-Allah buat pertama kali saya akan sertai pertandingan berkuda pada hujung bulan ini.

“Ikutkan saya mula aktif berkuda dan memanah sejak lima tahun lalu bersama Natasha Hudson tapi waktu itu ‘on and off’.

“Tapi akhir tahun lalu, saya mula serius semula dan belajar jumping. Kalau tak boleh nak banggakan rakyat Malaysia dengan lakonan, kita banggakan dengan kemahiran yang ada,” ujarnya lagi.

Berkongsi lanjut, Shiqin mengakui sukan tersebut mengubah hidupnya terutama menjadi lebih kuat dan tenang berhadapan dunia luar.

“Rasa kekuatan diri, tak senang nak jatuh kuda naik balik. Itu mengajar jadi kuat bukan sekadar dalam aktiviti bersukan tetapi di mana-mana pun.

“Dengan kuda kita boleh bertenang, baru kuda boleh berjalan. Dalam kehidupan ada masalah nak mengamuk.

“Bila berkuda, sangat tenang. Ada masalah, mesti ada penyelesaian. Benda itu boleh aplikasi dalam kehidupan,” jelasnya. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 11-6-2025 03:40 PM
dia ni banyak juga berlakon…..berkuda tu tunggu dpt anak raja lah pinang…mahal bebenor hobby mu
Quote sisturNgensot 11-6-2025 04:08 PM
Kancilkering: dia ni banyak juga berlakon…..berkuda tu tunggu dpt anak raja lah pinang…mahal bebenor hobby mu


dapat laki macam intan najwa pun dah ok siap bawa kuda sendiri pi main kat obersea
Quote GummyBear123 11-6-2025 04:10 PM
lahhhhh ingat berkuda lain mcm Soeb tu...
Quote jejah 11-6-2025 04:20 PM
I like sheols. No controversy, bijak and nampak mcm living her life lah. tak hadap validation jejantanz
Quote doubleA 11-6-2025 04:26 PM
Good luck. Hobi tu ada harapan jumpa laki kaya. Cuma terpulang laki kaya nak pilih ko ke sebaliknya
Quote cattiecute 11-6-2025 04:31 PM
Kancilkering replied at 11-6-2025 03:40 PM
dia ni banyak juga berlakon…..berkuda tu tunggu dpt anak raja lah pinang…mahal bebenor hobby mu

berapa harga kalau hobi berkuda ni chuols?

Quote 800214 11-6-2025 04:34 PM
Kancilkering replied at 11-6-2025 03:40 PM
dia ni banyak juga berlakon…..berkuda tu tunggu dpt anak raja lah pinang…mahal bebenor hobby mu

Kawan i kawen ngan dato Sri kot. Siap ada stable kuda sendiri. Kaya bebenor
Quote swimswim 11-6-2025 04:39 PM
Semua hobby dia mahal2. Anak orka ker
Quote freyayong 11-6-2025 04:41 PM

lama jugak dia ni tahan dlm industri. wpun xpopular mana.. masih xleh lupa dia berlakon lagenda budak setan... n latest aku tengok dia berlakon dgn beto tu.. not bad..
Quote habisnamadahni 11-6-2025 04:56 PM
semakin cantik
Quote sleepandream 11-6-2025 05:20 PM
berkuda ni sukan nabi taw...
Quote L.U.S.M 11-6-2025 05:46 PM
Baca caption ingatkan spesis ehem mcm acik bancuh teh Nasib baca artikel smpi habis...mmg beauty with brain ada class la this gurl..heheh
Quote fattymah 11-6-2025 07:24 PM
Sheols cun
Quote Zeelalala 11-6-2025 08:00 PM
Aku baca tajuk sekali lalu, fikirkan berkuda yg maksud lain
Quote SherryZass 11-6-2025 08:00 PM
Ok semogalah dapat tangkap orkaa. Sheolls cantekk bagi iolls
Quote izwan_izi 11-6-2025 08:29 PM
Main kuda ni ada sumpahannya...tak boleh nk meriak sgt dgn publik bab menunggang kuda ni..

Boleh perhatikan...sesetengah public figure tu..bila meriak main kuda..tak lama lepas tu biasanya jatuh sampai lumpuh..

Nk main kuda ni..senyap2 je utk perbaiki disiplin diri dan enjoy the true horse-power..bukan meriak..
Quote mawarberbisa 11-6-2025 09:00 PM
pernah jumpa dia ni dulu. tak mekap pun cantik sama mcm dalam tv. iolls suka dia ni walaupun sendu tapi tak pernah buat hal bodoh
Quote Zack8hunter 11-6-2025 09:21 PM
risau aku bila baca tajuk psl kuda.. rupanya mmg naik kuda betul
Quote stania83 11-6-2025 09:28 PM
Lelaki t20 pls laaa kahwin dgn siapa.. cantik bijak pulak tu..belajar sains aktuari

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.039070 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top