CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nahas UPSI: “PTPTN telah melupuskan dan memaafkan keseluruhan pinjaman yang dibuat oleh 15 pelajar UPSI" - Fahmi Fadzil

11-6-2025 10:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4532| Komen: 28

 


KUALA LUMPUR – Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik, Perak baru-baru ini telah dilupuskan sepenuhnya.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang turut memaklumkan bahawa tidak timbul sebarang isu berkaitan bayaran balik pinjaman PTPTN melibatkan kesemua mangsa kemalangan tersebut.

“PTPTN telah melupuskan dan memaafkan keseluruhan pinjaman yang dibuat oleh 15 pelajar UPSI yang terlibat. Jadi tidak ada sebarang isu berkaitan pinjaman bayaran balik dengan 15 mangsa yang dimaksudkan,” katanya dalam satu sidang akhbar mingguan dan pengumuman logo serta tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 di sini hari ini.

Beliau juga memaklumkan kenyataan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan bantuan tambahan kepada keluarga mangsa kemalangan membabitkan pelajar UPSI berkenaan.


“Perdana Menteri juga telah mengumumkan untuk memberikan bantuan tambahan kepada setiap keluarga mangsa yang telah meninggal dunia sebanyak RM10,000 dan RM5,000 kepada mangsa yang cedera,” ujarnya.

Katanya, arahan juga telah diberikan kepada Jabatan Peguam Negara untuk menyelidik aspek insurans bagi memastikan keluarga mangsa turut mendapat pembelaan sewajarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) termasuk 10 perempuan maut selepas bas yang dinaiki terlibat nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat Jeli-Gerik pada pukul 12.45 tengah malam kelmarin.

Kejadian berlaku ketika bas persiaran yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Jertih menghala ke kampus UPSI di Tanjung Malim.

Dalam kejadian itu, empat sekeluarga yang menaiki Perodua Alza turut cedera dan menerima rawatan di Hospital Baling.   

Sumber:– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote allshares 11-6-2025 10:45 PM
Bkn ke PTPTN mmg Ade insurance ke? Ke insurance tu hanya start bila peminjam dah graduate?
Quote kemaruk 11-6-2025 10:48 PM
Ada bagi 10k tak
Quote dua_chzy 12-6-2025 04:08 AM
kemaruk replied at 11-6-2025 02:48 PM
Ada bagi 10k tak

Sila raise isu ni kat Fahmi. Bagi cikgu sefamily yang dalam Alza tu juga.
Quote zehra2 12-6-2025 06:32 AM
kawan kat IPG bg tau semua student ada insuran. tp tk tau ler berapa byk
Quote midori888 12-6-2025 08:28 AM
zehra2 replied at 12-6-2025 06:32 AM
kawan kat IPG bg tau semua student ada insuran. tp tk tau ler berapa byk

meols baca komen kat TT kata bila amik PTPTN ada insurance skali, jadi bila peminjam meninggal dunia, insurance cover duit PTPTN yg belum dibyr. Jd mmg family tak perlu byr apa2.
Quote misszazaz 12-6-2025 09:21 AM
elok la
Quote Claudia_Lestat 12-6-2025 09:34 AM
dua_chzy replied at 12-6-2025 04:08 AM
Sila raise isu ni kat Fahmi. Bagi cikgu sefamily yang dalam Alza tu juga.

betulll... family cikgu dalam alza tu pun mangsa juga. kereta dah mmg x boleh pakai.
simpati betul.
Quote dua_chzy 12-6-2025 09:37 AM
Claudia_Lestat replied at 12-6-2025 01:34 AM
betulll... family cikgu dalam alza tu pun mangsa juga. kereta dah mmg x boleh pakai.
simpati betu ...

Syukur nyawa meka masih panjang. Imagine betapa hanatnga bus driver tu. Meols pernah naik keta, brek tak makan, turun bukit pula, lalu jalan kampung Sabah ni yang bergaung, tapi takda la sampai eksiden. Sebab kelig yang bawa keta masa tu reti handle kete he dan tak laju pun dia bawak. Mau jalan beberapa KM naik Hilux tak makan brek sampai akhirnya ok sendiri.
Quote Claudia_Lestat 12-6-2025 09:52 AM
dua_chzy replied at 12-6-2025 09:37 AM
Syukur nyawa meka masih panjang. Imagine betapa hanatnga bus driver tu. Meols pernah naik keta, br ...

bas driver tu no kind words for him lah. dah ada pun kan student yg cite dia mmg bawak laju. makin ditegur makin laju dibawaknya.
family alza ni x ramai yg highlightkan, semalam baru nampak post pasal family kat fb.

chuolsss... i pernah dr town kk tu nak ke kinabalu park. lama dululah pun.
view memang cantik tapi seriau jalannya. berbukit satu lps tu berliku-liku jalannya.
ai kalau lalu hiway balik utara pun seboleh x nak tido teman husband drive.
dengan bas dgn lorinya. takut.

nasib baik kelig chuols pandai handle bawak. mau sepanjang jalan mcm mcm doa baca tu.

Quote dua_chzy 12-6-2025 10:01 AM
Claudia_Lestat replied at 12-6-2025 01:52 AM
bas driver tu no kind words for him lah. dah ada pun kan student yg cite dia mmg bawak laju. makin ...

Gitu la jalan kampung meols kena lalu dulu bila pi sekolah. Sebab tu meols malas drive. Tumpang kelig, kongsi bayo duit minyak bulan2 ja. Iya memang dah macam2 doa kuar masa tu tapi meols trust kepakaran kelig meols so syukur dipermudahkan ujung2 brek makan jua.
Quote Claudia_Lestat 12-6-2025 10:19 AM
dua_chzy replied at 12-6-2025 10:01 AM
Gitu la jalan kampung meols kena lalu dulu bila pi sekolah. Sebab tu meols malas drive. Tumpang ke ...

memerlukan kepakaran sebenarnya bila kereta tiba jadi mcm tu. mmg penuh syukur je.
penumpang pun main peranan juga kalau dok gelabah x tentu pasal mmg driver pun blh jadi gelabah sama.
jalan kat sana mmg skeri. mmg ai nampak banyak 4wd jugak sepanjang jalan tu.

ai rasa makin menua ni keyakinan nak drive tu x berapa nak ada kena kena jalan mcm tu.
padahal muda2 dulu naik turun genting tu biasa je pada ai.
Quote L.U.S.M 12-6-2025 04:42 PM
allshares: Bkn ke PTPTN mmg Ade insurance ...


Mmg ada.madanon nk bg nmpk dorg hero tp rupanya tunggang isu mcm org bodoh
Quote Firenzza 12-6-2025 04:49 PM
L.U.S.M replied at 12-6-2025 04:42 PM
Mmg ada.madanon nk bg nmpk dorg hero tp rupanya tunggang isu mcm org bodoh

Tu la pasal, lain la hal klau pahmi ni kuar duit poket sendiri bagi setiap keluarga mangsa 10k sorang, baru betul2 hero.
Quote L.U.S.M 12-6-2025 08:48 PM
Firenzza replied at 12-6-2025 04:49 PM
Tu la pasal, lain la hal klau pahmi ni kuar duit poket sendiri bagi setiap keluarga mangsa 10k sor ...

Geng madanon ni apa je yang boleh spin dia spin
Janji nmpk mcm hero rakyat
Kuyup rakyat msia kena kencing da
Mujur aku xundi dorg..so xdela rasa bingai sgt
Quote kelapaparut 12-6-2025 09:17 PM
Ape maksud memaafkan hutang ptptn? Ade salah ape2 ke..
Quote theotherfriend 12-6-2025 09:51 PM
Boleh ke simply lupuskan hutang. Cuba share syarat perjanjian PTPTN.
Quote felinecat 12-6-2025 10:16 PM
Memaafkan ape plak, ptptn memang ade insurance kan
Quote KL63 12-6-2025 10:17 PM
Alhamdullilah
Quote hashashes 13-6-2025 12:07 AM
Baguslah. Memudahkan urusan semua mangsa kat alam sana. Takde hutang

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-4-2026 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.135684 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top