CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedihnya! Kejutan hari lahir bertukar duka. Isteri bawa kek ke bilik, rupanya suami meninggal dunia dalam tidur

12-6-2025 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2662| Komen: 6

 


SIAPA sangka, kejutan hari lahir untuk suami tersayang rupanya bertukar menjadi detik duka yang tidak akan dilupakan oleh wanita ini.

Menerusi satu video yang tular di TikTok, wanita berkenaan dilihat membawa sebiji kek yang dinyalakan lilin menuju ke bilik bersama anak-anaknya untuk melakukan kejutan sempena hari lahir suaminya.

Ketika tiba di bilik, wanita berkenaan cuba mengejutkan suaminya yang sedang tidur lena di atas katil.

Bagaimanapun, cubaannya gagal apabila lelaki tersebut tidak memberi respon dan hanya kaku biarpun tubuh badannya digerakkan berkali-kali.

"Di hari ulang tahun, adikku mahu beri kejutan kek padahal suaminya sudah dijemput Tuhan. 

"Hari lahir dan hari meninggal dunia jatuh tarikh sama, enam haribulan enam (6 Jun).

"Orang baik… tidak mahu susahkan isterinya dan anak-anak. Selamat jalan iparku," demikian penerangan pada kapsyen video yang dipercayai dirakam dan dimuat naik oleh kakak kepada wanita berkenaan.  


Menerusi keterangan pada kapsyen, mendiang merupakan pemimpin tempatan di daerah Papua Barat.

Sehingga kini video berkenaan meraih 2.5 juta jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen netizen yang turut sama meluahkan rasa sebak.

"Pasti trauma yang amat ni.

"Sedihnya… semoga keluarga diberikan ketabahan dan kesabaran. 

"Ya Tuhan… moga kuatkan isteri dan anak-anaknya," komen netizen. 

Sumber:– mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikHasanah 12-6-2025 02:16 PM
Kita tak pernah tahu, mungkin nafas yg sekarang ni pun nafas yg terakhir. Jadi jaga diri, hargai org yang betul2 sayang kita. Yang tak sayang kita tak payah sayang.
Quote Decaffeinated 12-6-2025 02:44 PM
Masa bangun tidur tu bini tak cuit langsung ka lakinya. Kalau dah sejuk dan keras you must have noticed.
Quote edayildiz 12-6-2025 03:56 PM
sedihnyaaa xsempat mitk maap
Quote A-Are 12-6-2025 03:57 PM
sedihnya...
Quote mehmet 12-6-2025 04:49 PM
Agaknya bini bangun senyap2 dgn penuh harapan membahagiakan lakinya.

Bak kata iparnya, org baik pergi tak susahkan sesiapa.
Quote plywood 12-6-2025 06:06 PM

[tiktok]7512727098616712453[/tiktok]
https://www.tiktok.com/@ocharnq/video/7512727098616712453

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.033663 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top