ANGGOTA kumpulan BTS iaitu RM berdepan kesukaran untuk tidur sepanjang menjalani latihan di kem ketenteraan. RM atau Kim Nam Joon, 31, mendedahkan dia mengalami masalah insomnia sehingga pernah tidak dapat tidur untuk dua malam berturut-turut. "Salah satu kesukaran terbesar adalah tidur. Ini adalah kali pertama saya bergelut dengan masalah tidur. "Saya mengalami masalah insomnia. Tambahan pula, saya terpaksa tidur bersama 20 askar yang ada antaranya berdengkur dan menendang, menyebabkan saya semakin sukar untuk tidur. "Pernah sekali, saya tidak tidur selama dua malam. Pada waktu itu, saya benar-benar rasa seperti akan mati,"katanya. RM mendedahkan perkara itu ketika sedang membuat siaran langsung menerusi aplikasi Weverse. Dedah RM lagi, disebabkan masalah insomnia yang dialaminya, dia terpaksa mengambil ubat sebagai alternatif untuk merawat masalah tidur.
Tambahnya lagi, keadaannya kini semakin baik selepas mendapat tidur yang mencukupi hasil bantuan ubat yang diberikan doktor. "Saya mengantuk tetapi tidak boleh tidur. Fikiran terlalu aktif dan saya tidak mampu bertahan. "Jadi, saya mula mendapatkan bantuan dengan berjumpa doktor.. "Saya juga dapati ubat yang diberikan serasi dengan saya dan masih menggunakannya sehingga kini. Sudah setahun dua bulan berlalu dan saya rasa keadaan saya semakin bertambah baik," jelasnya. Sumber:– mStar |
lasagna replied at 13-6-2025 08:37 AM
kat korea latihan plkn dia org selama 2 taon kan?
lama ekk.. kat msia bape bulan jer, sna kemain lam ...
kilauanemas replied at 13-6-2025 10:31 AM
kan kemain lama latihan deme. dah macam kerja 2 tahun
lasagna replied at 13-6-2025 03:50 PM
itu lah tu, kalau rakyat msia mau lemau..
kilauanemas replied at 13-6-2025 04:17 PM
kannn pulak tu deme ada yang enlisted umur puluh2. hidup dah bermula nak tinggal pulak kehidupan. ...
sarah_ary2 replied at 14-6-2025 09:42 PM
bercakap pasal kententeraan, masa ex president korea umumkan perintah berkurung and politicians sume ...
lasagna replied at 16-6-2025 07:54 AM
tp iols kagum dgn PSY, gigih pegi juga.
max umur yg join pun rsenya smp 35 taon,
tu yg PLKN baru2 ...
kilauanemas replied at 16-6-2025 09:15 AM
kalau kite umur 35 gi PLKN, pastu yang melatih lak muda mampus buat geng je nanti. udah pelatih ke ...
lasagna replied at 16-6-2025 07:56 AM
sape sorg lg yg keluar ek dr group? iols tak aware plak laa..
sarah_ary2 replied at 16-6-2025 07:54 PM
eh hahahahaha suga baby, dia x abis lagi tp sebab dia kan serve mcm public worker saja pergi kerja ...
lasagna replied at 18-6-2025 08:25 AM
ooooo ye ke? baru tau..xpe laa heols pun dah kayos.
sarah_ary2 replied at 18-6-2025 12:10 PM
haah tp kesian dia asik kene seranv dgn solos lain, suh kluar dr BTS, dahlah dia bawak skuter tu j ...
lasagna replied at 18-6-2025 01:07 PM
tp betul kan news kata dlu dia drunk time tu? ehh lupa laa cite ni..
dan dgr juga team bts ptt ada ...
Leo_Tigris replied at 18-6-2025 01:37 PM
aku peminat je - bukan ARMY ya - tapi diorg semua dah selesai military service 18 bulan. Yoon Gi ...
lasagna replied at 18-6-2025 01:43 PM
yaaa iols pun minat gitu2 jer bkn Army BTS pun..
ooo camtu.. si Jin jer laa blom lg pegi (agaknya)
...
lasagna replied at 18-6-2025 01:07 PM
tp betul kan news kata dlu dia drunk time tu? ehh lupa laa cite ni..
dan dgr juga team bts ptt ada ...
lasagna replied at 18-6-2025 01:43 PM
yaaa iols pun minat gitu2 jer bkn Army BTS pun..
ooo camtu.. si Jin jer laa blom lg pegi (agaknya)
...
ADVERTISEMENT