CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kahwin baru 4 bulan, isteri Fikry Ibrahim, Siti Khalizah tuntut cerai

19-6-2025 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2245| Komen: 19

 


Rumah tangga pelakon Fikry Ibrahim menjadi perhatian apabila isterinya Siti Khalizah Alihan dilapor memfailkan permohonan cerai pada pada Mei lalu.

Memetik mStar Online, permohonan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Siti Khalizah dilapor tiba di mahkamah pada jam 9.40 pagi tadi bagi prosiding kes perceraian yang difailkan terhadap suami.

Bagaimanapun, kelibat aktor berkenaan tidak kelihatan di mahkamah sehingga jam 10 pagi.

Terdahulu, Fikry dan Khalizah mendirikan rumah tangga pada 12 Februari lalu dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.


SUMBER: mStar Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sue_liah 19-6-2025 02:49 PM
aiyo yo apa sudah jadi
dah la kawin hari tu rmai je ckp muka FI ketat mcm kena paksa
Quote cattiecute 19-6-2025 03:11 PM
saja nak cakap , iols suka tengok muka fikry ni dan muka hamdan mubarak ke yang tiktokers masak2 tu
nak sama sikit
tapi bam wemy maghrib tak berapa berkenan
btw salah takziah ramai komen sebab anak mak.
ye ke? kalau anak mak takkan 3 4 bulan kahwin dah decide serai
Quote innocentsangat 19-6-2025 04:26 PM
Sebelum kahwin, dia ada ckp yg sanggup hilang bini dari hilang mak kan?

Okaylah tu. Kalau itu terbaik.
Quote L.U.S.M 19-6-2025 05:44 PM
Kawen hush hush cerai pun hush hush
Quote matbad 19-6-2025 07:26 PM
Ada la tuu..tringat cousin iols dah la pjj,bru kawen jah xsampai setahun..2,2 dok dgn mak..bila nk jumpa nk spend masa sama2 mak2 nk ikut..nk tdo lama2 nk sdap peluk bini lama2 pn mak2 dah ketuk pintu..mntak2 Allah permudahkan lah urusan dorang
Quote cmf_premierleag 19-6-2025 07:27 PM
matbad replied at 19-6-2025 07:26 PM
Ada la tuu..tringat cousin iols dah la pjj,bru kawen jah xsampai setahun..2,2 dok dgn mak..bila nk j ...

Mcm kes kawan aku, lps kawen, kene duk dgn mertua
Lps mandi, dlm dia tgh berkemban tu, bleh lak selamba je mak mertua dia masuk bilik tido sbb nk borak dgn anak laki dia
Quote adeqbun 19-6-2025 07:29 PM
cmf_premierleag replied at 19-6-2025 07:27 PM
Mcm kes kawan aku, lps kawen, kene duk dgn mertua
Lps mandi, dlm dia tgh berkemban tu, bleh lak se ...

Amboi diaaa...apa kate menantu p pulak berkemban ketuk pintu pak mertua pastu borak2 dlm bilkk..xdak akkai ke mak dia tu
Quote zie_indah 19-6-2025 08:09 PM
Baru hupdate pic dgn bini 2 hari lepas bhagia jalan pun dok toleh blkg tkut bini ttgal jauh aper citer ni
Quote matbad 20-6-2025 12:20 AM
cmf_premierleag replied at 19-6-2025 07:27 PM
Mcm kes kawan aku, lps kawen, kene duk dgn mertua
Lps mandi, dlm dia tgh berkemban tu, bleh lak se ...

Stressed tu..bahaya la..bunga2 nak gaduh tu tebal
Quote doubleA 20-6-2025 12:27 AM
Iols pun confuse lepas tengok ig deme lakibini ni. Kemaen fikry cakap first and only love, yg pompuan pun sama terpaling syg laki. Habis tu turun naik mahkamah peguam bagai kenapa? So now kesimpulan iols bini dia merajuk dan harap dipujuk atau diikut kehendak. So fail cerai utk gertak? Tapi then ckp open utk perdamaian pulak maksudnya bukan nekad nak sherai pun. Main2 pulak korang. Ada masalah setel la dalam rumah dulu takyah bawa ke court. Nak kata umo bbnu dah tua bangka pernah kawen beranak pinak pun
Quote cari.shaz 20-6-2025 12:29 AM
khaliza pun well aware situasi fikry sebelum decide nak kahwin kan

[tiktok]7517602962479271175[/tiktok]
Quote cari.shaz 20-6-2025 12:33 AM
haha biol gak admin nih

[tiktok]7517672730376932616[/tiktok]
Quote ardent91 20-6-2025 07:35 PM
doubleA: Iols pun confuse lepas tengok ig deme lakibini ni. Kemaen fikry cakap first and only love, yg pompuan pun sama terpaling syg laki. Habis tu turun naik ...


yg pernah kawen dan beranak pinak tu pompuan tu ker? sbb fikri ni mmg bujang sebelum kawen kan?
Quote cari.shaz 20-6-2025 09:56 PM
ardent91 replied at 20-6-2025 07:35 PM
yg pernah kawen dan beranak pinak tu pompuan tu ker? sbb fikri ni mmg bujang sebelum kawen kan?
...

ye sis. bini is exwife bob azraai. ada 3 orang anak. comel-comel belake

[ig]https://www.instagram.com/p/CJ8vLZtlhHn/[/ig]
Quote gigahertz 22-6-2025 12:05 AM
matbad: Ada la tuu..tringat cousin iols dah la pjj,bru kawen jah xsampai setahun..2,2 dok dgn mak..bila nk jumpa nk spend masa sama2 mak2 nk ikut..nk tdo lama ...

i ada cousin jugak dia lagi muda dari i . habis belajar dia gi kahwin. dalam 3-4 tahun
bercerai pulak. dalam cerai tu ada 3 ketul anak utk di jaga. yang bekas isteri tak nak anak tu
so mak dia la yang menjaga 3 ketul tu.

bulan mei masa raya haji tu dia kahwin lagi. dengan janda anak 3.
tapi anak janda tu bekas laki dia jaga. i tengok wedding dia nauzubillah
macam orang kena tangkap basah. mungkin sebab perempuan tu janda
maka takde la buat proper sangat. masa i pergi wedding sebelah bini dia
mmg jenis b40. standard jenis rempit-rempit

cousin i tu ada bengkel kereta. pun baru bukak dan nak meniaga.
so u paham paham la what next will happend. . .
btw mak bapak cousin i tu ada sediakan rumah. tapi rumah tu
atas rumah mak bapak cousin i ni la. senang cakap privacy mmg tak wujud.
Quote imanamsyar 25-6-2025 09:48 AM
adeqbun replied at 19-6-2025 07:29 PM
Amboi diaaa...apa kate menantu p pulak berkemban ketuk pintu pak mertua pastu borak2 dlm bilkk..xd ...

btw, bagus idea u tu.. suh menantu berkemban kat dalam rumah tu especially bila pak mertua ada.. sembang pulak manja2 je..biar mak mertua meluat, dia akan halau dari rumah..so, xperlu dah duduk dgn mertua toksik tu..hahahahaaaaa..brilliant...
Quote adeqbun 25-6-2025 10:44 AM
imanamsyar replied at 25-6-2025 09:48 AM
btw, bagus idea u tu.. suh menantu berkemban kat dalam rumah tu especially bila pak mertua ada.. s ...

pastu jgn lak MIL play victim kata menantu dr nurakaaa rampas anak lelaki die drpd die..
Quote A-Are 25-6-2025 10:54 AM
cmf_premierleag replied at 19-6-2025 11:27 AM
Mcm kes kawan aku, lps kawen, kene duk dgn mertua
Lps mandi, dlm dia tgh berkemban tu, bleh lak se ...

ada kes terbalik pulak mak mertua suka berkemban dalam rumah sampai menantu lelaki malu & ajak bini pindah...now yg mak mertua dok meratap kenapa anak pmpn xnak duduk dgn dia...dia ibu tunggal...xkesian dia ke...serba salah kita mendengarnya
Quote NazRysha 25-6-2025 11:39 AM
meluat la dua ekor ni
pompuan ni dah janda 2 kali kan
ada anak kan?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.042838 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top