CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Panas! Pelakon popular jual tudung tak carum KWSP staf. Siapakah?

19-6-2025 10:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23501| Komen: 395

Bekas pekerja mahu haknya dibela. -Gambar sekadar hiasan (ilustrasi AI)
 


SEORANG pelakon wanita popular dipercayai culas dalam membuat pambayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja di syarikatnya.

Enggan terus berdiam diri, seorang bekas pekerja yang pernah berkhidmat di sebuah syarikat tudung dipercayai milik artis wanita terbabit mendedahkan dia tidak menerima bayaran KWSP sejak setahun lalu.

Individu yang mahu dikenali sebagai Yati berkata, syarikat berkenaan hanya menabur janji palsu kepada dia dan rakan-rakan lain kerana tiada bayaran yang dicarum atas peranan mereka sebagai pekerja.

Justeru, dia terpaksa mendedahkan perkara itu sebagai jalan terakhir untuk menuntut keadilan.

"Perkara ini berlaku dari tahun lepas. Apabila dalam mesyuarat mereka hanya beri janji-janji manis.


"Mereka juga janji untuk selesaikan (bayar wang KWSP) pada November tahun lalu. Tapi sehingga kini masih lagi belum ada bayaran yang dicarumkan," katanya ketika dihubungi mStar.

 

Dakwa Yati, walaupun dia sudah diberhentikan namun dia tetap menuntut jawapan mengenai status bayaran KWSP daripada syarikat berkenaan.

Namun setiap kali pertanyaan diajukan, syarikat tersebut dikatakan menyarankan untuk membuat laporan di Ibu Pejabat KWSP di Kwasa Damansara, Selangor.

Malah selepas dua kali aduan dibuat, dia bersama beberapa lagi rakan mendakwa hanya menerima surat laporan terima aduan daripada KWSP berbanding bekas perkerja lain yang sudah mendapat kembali tunggakan KWSP.

Mereka juga janji untuk selesaikan (bayar wang KWSP) pada November tahun lalu, tapi sehingga kini masih lagi belum ada bayaran yang dicarumkan, YATI BEKAS PEKERJA

"Saya ada bertanya kepada kakitangan sumber manusia syarikat itu mengenai status caruman KWSP kami, tapi mereka hanya beritahu supaya buat laporan di KWSP, Kwasa Damansara.

"Rakan-rakan saya yang membuat laporan di beberapa cawangan KWSP lain sudah dapat jawapan tapi saya dan beberapa lagi yang membuat laporan di Ibu Pejabat Kwasa Damasara masih belum terima apa-apa.

"Namun selepas dua kali laporan dibuat barulah kami menerima surat aduan daripada pihak KWSP. Mereka juga hanya maklumkan aduan kami ambil masa lama kerana sudah 12 bulan tidak dibayar," katanya lagi.

Lebih malang lagi, Yati berkata mereka juga diberhentikan sejak April lalu atas alasan syarikat berkenaan mendakwa sudah menanggung hutang yang banyak.

"Saya salah seorang yang diberhentikan dengan alasan syarikat sudah tiada duit dan banyak hutang. Mereka tidak mampu nak bayar kami.

"Mereka juga sudah buat laporan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang memaklumkan mereka layak untuk memberhentikan perkerja," ujarnya.

 

SUMBER: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 19-6-2025 10:17 PM
Kesian staf. Tuntut sekali dengan gantirugi.


Quote sharlenetexas 19-6-2025 10:17 PM
Mucang taknak cincotkah?


Quote aammyy 19-6-2025 10:30 PM
Kena speku atau ini adalah soalan open book?
Quote I.K.A888990 19-6-2025 10:31 PM
tak panaslah
benda dah lama pung pang pung pang kat threads pun

adakah bakalan di maki kaw2 macam si soeb atau masih husnuzon lagi
Quote kekekek 19-6-2025 10:35 PM
Cantik tak pelakon tu?
Quote rosevelvet 19-6-2025 10:39 PM
kekekek replied at 19-6-2025 10:35 PM
Cantik tak pelakon tu?

Soalan tambahan: cantik asli ke renobet
Quote sharlenetexas 19-6-2025 10:39 PM
kekekek replied at 19-6-2025 10:35 PM
Cantik tak pelakon tu?

Sama level dengan soeb.


Quote kekekek 19-6-2025 10:47 PM
Kwsp ni memang kena rajin check online. Kalau tak majikan macam pelakon tu akan amek kesempatan. Dahla gaji kena potong tiap bulan, tapi rupanya tak bayar kat kwsp. Kiranya sama la dengan mencuri. Itu simpanan untuk hari tua pekerja.
Quote ctnorpropa 19-6-2025 11:16 PM
Lamanya sampai setahun tak bayar
Quote rosevelvet 19-6-2025 11:19 PM
Mostly yg buat report ni sbb dh potong dr gaji tp x remit epf kan? Or x remit bhgn majikan je. Kalau potong gj staff tp ko x remit kt epf, mmg hanat sguh la. Semoga terus terusan dpt bala. X kira lah sapa retis tu.
Quote Zeelalala 19-6-2025 11:24 PM
Bukan ke thread macik porem sekor tu dah ada citer pasal ni, alaaaaa yg anti sgt dgn pajura tu
Quote Shinichikudo 19-6-2025 11:26 PM
sendunyaa.. retis fofuler katenyeh? hutang bertimpa2..kwsp pn x byr..xpe yang penting cantikkk bak kata karatz sheols
Quote mizzmimi 19-6-2025 11:29 PM
Edited by mizzmimi at 20-6-2025 03:06 PM

Saya pilih F untuk FAKE NEWS
Quote zuriey 19-6-2025 11:43 PM
Owhh miss fake ke
Dah jatuh di timpa tangga
Padan muka benak2
Quote akies 19-6-2025 11:48 PM
Dh dipotong gaji staf tu, patut bayar la kwsp nya.
Tu hak dia.
Quote Manusiabesa 19-6-2025 11:58 PM
Y la pelakon ni sllu buat hal? Rupa paras lawa. Susah sgt ke nk jaga prngai pn bg molek. Dlm setahun tu kira mcm 1000 isu la dia create. Mcm dh jd tabiat utk timbulkan isu. Mcm pelik. Siang2 buat prngai hodoh. Tp siang2 jugak la senyum sana sengih sini peluk sana greeting sini.
Fake gila ek culture retis2 dlm mlysia?
Somehow aku wonder. Retis indon jenis fake2 mcm sini gak ke.
Quote habisnamadahni 20-6-2025 12:08 AM
aaiigooo malang bertimpa² ...adakah ini kifarah atau saja nk create isu sbb AOFA tgh trending skang..smoga semua yg baik² sja
Quote heythere123 20-6-2025 12:18 AM
mohon tulis je nama. Meols kebetulan follow jugak ex staff missfake. Memang dorang nak fight kaw kaw kalini
Quote heythere123 20-6-2025 12:20 AM
habisnamadahni replied at 20-6-2025 12:08 AM
aaiigooo malang bertimpa² ...adakah ini kifarah atau saja nk create isu sbb AOFA tgh trending skang ...

ni memang kes betul, ex staff pon rajin update dekat ig pasal kes ni.

Lihat semua komen(395)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.067475 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top