CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jika ada jodoh antara kami, saya terima" - Bekas isteri ajak makan malam rai Hari Bapa, Edika Yusof terbuka untuk rujuk

19-6-2025 10:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3218| Komen: 33

 


PELAKON Edika Yusof tidak menolak kemungkinan kembali rujuk dengan bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri selepas bercerai talak satu pada 5 Mei lalu.

Mengakui masih wujud rasa sayang, Edika, 58, berkata dia hanya berserah kepada jodoh sekiranya ada peluang untuk memperbaiki hubungan rumah tangga mereka.

"Rasa sayang memang ada sebab itu saya tak mahu ceraikan dia sebelum ini. Mungkin ketika itu dia dalam keadaan marah dan terbawa-bawa dengan emosi.

"Jika ada jodoh antara kami, saya terima. Segalanya di tangan Allah. Namun jika sebaliknya, tidak salah untuk kami terus berkawan.

"Saya hanya mampu berusaha dan tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan," katanya ketika dihubungi mStar.

Edika mengulas perkara tersebut selepas dia dan Hidayah dilihat meluangkan masa makan malam bersama sempena meraikan sambutan Hari Bapa baru-baru ini.


Tambah pelakon ini dia dan Hidayah juga bersetuju untuk tidak menjadikan perceraian sebagai alasan saling bermusuhan.

Baginya hubungan yang terbina selama 21 tahun dalam perkahwinan sudah cukup membuktikan keserasian antara mereka berdua.

"Sebelum berpisah pun kami sudah ingatkan diri untuk terus berkawan walau apa terjadi. Kami sudah lebih 20 tahun bersama, jadi kenapa perlu bermusuh?

"Kami rapat seperti kawan baik dan tiada sebarang masalah. Malah selepas bercerai pun saya yang bantu dia pindah keluar,"katanya.

Dalam masa sama, Edika menegaskan, belum ada sebarang perbincangan antara dia dan Hidayah untuk kembali rujuk.

Malah dalam pertemuan baru-baru ini kedua-keduanya membuang jauh segala sengketa yang pernah berlaku dalam perhubungan.

"Selepas bercerai memang jarang berhubung. Cuma baru-baru ini dia ajak saya makan malam bersama. Apabila berjumpa kami boleh berbual seperti biasa.

"Belum pernah bercakap soal rujuk. Tetapi saya tidak pernah berhenti doa," luahnya.

Untuk rekod Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fareena Nurulhaq.

SUMBER: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote IzzahF 19-6-2025 10:41 PM
yampon move on je pakcik..ex tu mmg jenis baik ati tanak gaduh...chuols masih bapak pada anak2..

aiols baca acik hidayah menjawab2 kat fb bia jantan2 keparat tuduh she mcm2...she siap reveal kena paksa minum clorox ya sbb menjadi beban. idok le aiols rasa she nak rujuk balik
Quote heythere123 20-6-2025 12:35 AM
IzzahF replied at 19-6-2025 10:41 PM
yampon move on je pakcik..ex tu mmg jenis baik ati tanak gaduh...chuols masih bapak pada anak2..

ai ...

haah, meols pon rasa pokcik ni gila bayang sekor2.

ex wife takde pon berkutik bagi official statement or drop hint nak rujuk. Dia je perasan
Quote heythere123 20-6-2025 12:37 AM
masa kahwin pokcik gatal sangat nak hi sana hi sini dekat pompuan dahi licin. Ni dah single pergi la cari

jantang memang tak guna. Harap acik makan sampah nampak komen meols kutuk jantan
Quote dua_chzy 20-6-2025 02:09 AM
IzzahF replied at 19-6-2025 02:41 PM
yampon move on je pakcik..ex tu mmg jenis baik ati tanak gaduh...chuols masih bapak pada anak2..

ai ...

Ternyata meols punya suudzon instinct betul selama ini. Tak sia2 meols bersangka jahat kat Edika walau dipuja2 cikpors dan para netizens yang shallow suka tengok rupa luaran ja sebab hensem la baik la sebab jaga wifey lumpuh.

Kena paksa minum clorox betul2 another level punya psiko. Patut la reti bermuka2.
Quote HelgaPataki 20-6-2025 07:52 AM
Baru ajak celebrate father's day dah delulu gini
Quote menjad 20-6-2025 08:00 AM
Jangan cepat perasan pacit
Kadang2 pompuan nih tindakan dia tak sama ngan isihati dia
Hahhaa
Quote virgocircus 20-6-2025 08:21 AM
Hahaha kelakar. Pompan bila dia dah berbaik dgn ex laki mcm ni maknanya dia dah tak harap apa² dah. Dah 100% move on.
Quote L.U.S.M 20-6-2025 09:05 AM
Edited by L.U.S.M at 20-6-2025 09:08 AM

Ada beza kekal baik vs berbaik2

Jenab dgn Nanas tu kekal baik xde pun beriya ajak makan sambut hari bapa..just wish je

Kan aku dh kata..bini dia ni sewel...logik ke ko beriya nk sambut hari bapa(not even his birthday) kalau dh kena pukul bertahun2...

something wrong somewhere la otak si Minah ni
Quote zeetot 20-6-2025 09:07 AM
whut minum clorox? kenapa tak viral?
Quote zuri154 20-6-2025 09:07 AM
Bersungguh btul pacik dika nk rujuk blk dgn ex bini. Btul2 x bole move on ni.
Quote Prickford 20-6-2025 09:13 AM
Yg bercerai pon boleh sambut mother's/father's day sama2. Kawna baik iolls baru timang anak last year. Sambut mother's day sorang je dgn baby, sebab suami sibuk nak gi lepak dgn kawan. Iolls kata jgn bitter. Sambutan tu tak penting pon haha
Quote IzzahF 20-6-2025 10:03 AM
dua_chzy replied at 20-6-2025 02:09 AM
Ternyata meols punya suudzon instinct betul selama ini. Tak sia2 meols bersangka jahat kat Edika w ...

tula ticer aiols tgk chuols yg awal2 dah menongkah arus...aiols awal2 tu tipah tertipu juga


ternyata manusia ni btl2 la tak blh tgk kulit aje
Quote IzzahF 20-6-2025 10:04 AM
heythere123 replied at 20-6-2025 12:35 AM
haah, meols pon rasa pokcik ni gila bayang sekor2.

ex wife takde pon berkutik bagi official stat ...

ex dgn anak2 tak de pun tgk heshe masa heshe sibuk record bideo makan2 tu
Quote rospinki 20-6-2025 10:18 AM
rajin nk pelawa makan sama2 lagi yihhhh hahaha rajin eh
Quote awanysss 20-6-2025 10:29 AM
L.U.S.M replied at 20-6-2025 09:05 AM
Ada beza kekal baik vs berbaik2

Jenab dgn Nanas tu kekal baik xde pun beriya ajak makan sambut hari ...

dalam keadaan komen2 semua bekap cik dayah,
komen uols ni buat org terfikir kan.. takde trauma ke apa ek..
Quote L.U.S.M 20-6-2025 12:18 PM
awanysss replied at 20-6-2025 10:29 AM
dalam keadaan komen2 semua bekap cik dayah,
komen uols ni buat org terfikir kan.. takde trauma ke  ...

Tula pasal
Kata siap ada bukti
Ank jadi saksi
Tak rela dh nk hadap laki abusive tu
Hujung2 xsmpi hbs iddah dh ajak laki tu makan sama?
Ko ok x ok ni dayah?
Pada aku ko rindu ehem la tu..sbb tu ajak makan
Sama je mcm DD
Dh drama swasta nak cerai sakan tibe2 rujuk balik
Semua mula dgn ajak makan laaa
Quote L.U.S.M 20-6-2025 12:21 PM
Prickford replied at 20-6-2025 09:13 AM
Yg bercerai pon boleh sambut mother's/father's day sama2. Kawna baik iolls baru timang anak last yea ...

Cerai mmg blh je stay as kawan
But not the one yg minta cerai secara fasakh
Plus ada tuduhan memukul bertahun2
Logik ke tak ada trauma siap blh makan semeja?
Klu betul abusive sgt why sudi hadap lagi bila pintu kebebasan dh terbentang depan mata

Sama je dia ni dgn mek jurah n zahnita sewel tu
Beriya nk cerai
Hujung2 claim proceed sbb laki xdtg pujuk
Quote mawardia 20-6-2025 03:33 PM
Adoilah kena paksa minum Clorox pun jemput makan lagi?!
Bukan patut trauma ke.
Motip Dayah ajak makan?
Dah kenapa kau pulak nak celebrate hari bapak?
Edika bukan bapak kau!
Patut kalau nak celebrate belanja makan ke anak-anak lah yg initiate, bukan kau.
Bebal.
Quote sharlenetexas 20-6-2025 11:24 PM
Ke arah nak bersenggama?





Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.043406 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top