PENGACARA dan pelakon Fikry Ibrahim terus melangkah pergi meninggalkan studio sebaik sahaja selesai mengendalikan rancangan Melodi pada malam Khamis. Walaupun pengamal media sudah lama menunggu untuk mendapatkan penjelasan, Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 31, sekadar menyapa sambil memohon maaf kerana enggan mengulas lanjut mengenai kemelut rumah tangganya. “Maaf semua. Terima kasih datang. Saya dah beritahu semua dalam Melodi tadi,” katanya kepada mStar. Ketika pengamal media mengejar pengacara berkenaan menuju ke kereta di tempat parkir Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, Fikry memberitahu, apa yang berlaku bukan satu gimik. Malah secara berseloroh Fikry melontarkan kata ‘surprise’ apabila diminta mengulas isu rumah tangganya. Fikry juga memberitahu isterinya, Siti Khalizah Alihan turut hadir menemani ke studio berkenaan namun menunggu di dalam kereta. “Iya (datang dengan isteri). Tak mungkin gimik,” ujarnya. Dia kemudian dilihat mundar-mandir sambil menjawab panggilan telefon sebelum masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. Isu rumah tangga Fikry dan Khalizah menjadi bualan ramai apabila isterinya itu hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Khamis bagi sebutan pertama permohonan cerai yang dibuat pada Mei lalu. Ketika siaran langsung program Melodi, Fikry yang bertindak sebagai pengacara menafikan berlaku masalah dalam rumah tangga mereka. Sebaliknya kehadiran isteri ke mahkamah adalah bertujuan membatalkan semula permohonan cerai. Permohonan cerai berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Mahkamah menetapkan sebutan kedua kes pasangan itu pada 10 September depan. Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat. SUMBER: mStar |
I.K.A888990 replied at 20-6-2025 05:07 PM
so dah viral cerai sekejapan fikry ni netz pergilah support drama dia dgn fasha haha
areyam: bahaya tul hos melodi.... rama ...
I.K.A888990 replied at 20-6-2025 05:07 PM
so dah viral cerai sekejapan fikry ni netz pergilah support drama dia dgn fasha haha
ADVERTISEMENT