CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya hutang ke, orang hutang saya ke, ini agak sulit’ - Fazura

21-6-2025 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10321| Komen: 192

 


Susulan dakwaan hutang syarikat pembekal tudung bernilai RM4.65 juta, pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura memilih untuk tidak mengulas lanjut.

Menurut Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 42, perkara tersebut sudah diserahkan kepada pihak peguam untuk diselesaikan mengikut saluran undang-undang.


“Fazura dan syarikat adalah dua entiti berbeza. Tentang syarikat saya tak boleh nak komen banyak kerana urusan syarikat. Apa yang berlaku dalam syarikat, saya tak boleh kongsikan.

“Saya harap orang boleh faham bahawa Fazura berbeza daripada syarikat. Cabaran dalam perniagaan adalah perkara biasa. Bisnes saya bukannya bisnes kecil. Saya rasa semua usahawan pasti faham setiap cabaran dalam perniagaan.

“Tetapi seperti yang saya katakan, apa yang saya lalui dalam syarikat saya tak boleh ceritakan pada umum. Saya hutang ke, orang hutang saya ke. Perkara ini agak sulit untuk dikongsikan. Tetapi kita sudah serahkan kepada pihak peguan untuk tindakan,” katanya ketika ditemui di pelancaran lagu Luar Biasa, di sini, semalam.

Ditanya sama ada isu tersebut memberi kesan terhadap reputasi dan perniagaannya, Fazura mengakui perkara itu.

Bagaimanapun, Fazura lebih selesa bersikap positif selain menyifatkan ujian sebegitu sebagai asam garam dalam perniagaan.


“Lapan bulan kebelakangan ini, apa sahaja yang saya tak lalui. Jadi, kalau ditanya sama ada saya terkesan, sudah tentu sedikit sebanyak saya rasa.

“Saya pun manusia biasa yang ada perasaan.Tapi saya faham, itu adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan.

“Sebagai ahli perniagaan wanita, inilah realiti yang kita kena tempuh. Hanya yang pernah berniaga sahaja akan faham perkara-perkara seperti ini. Kalau nak jelaskan pun mungkin orang tak akan faham. Mungkin akan diputarbelit fakta dan sebagainya,” jelasnya.

Demi menjaga kesihatan mental, pelakon filem Pisau Cukur itu juga enggan membaca sebarang komen negatif dalam media sosial.

“Sejujurnya, saya memang tak baca media sosial, tak tengok TikTok. Tapi sekarang saya ada tengok Threads.

“Alhamdulillah,semuanya bermula daripada peminat juga. Orang tag di Threads, jadi saya masuk. Saya rasa, Threads ini sangat positif. Memang saya aktif di situ. Tapi Facebook, apatah lagi TikTok, saya memang jarang tengok sekarang.

“Komen-komen pun saya tak baca. Malah, orang sekeliling saya pun tahu, mereka tak dibenarkan beri apa-apa info kepada saya sebab saya tak nak tahu.

“Saya nak hidup dengan tenang. Saya nak gembira, dan saya nak terus fokus kepada kerjaya, perniagaan dan membesarkan anak saya.

“Anak saya, dialah permata hati saya. Jadi, itulah yang paling penting dalam hidup saya sekarang. Apa-apa berita, gosip, atau fitnah, saya memang tak ambil tahu. Alhamdulillah, saya tenang dan ingin terus begini,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan syarikat pengilang tudung milik Obor Holding iaitu Feline Malaysia mendedahkan syarikat milik Fazura berhutang hampir RM4.65 juta.

Obor Holding Sdn. Bhd selaku pemilik kilang Feline Malaysia mendakwa syarikat Pink Fate Sdn. Bhd. yang diketahui umum sinonim dengan Fazura selaku pengasas bersama (co-founder) telah dibekalkan tudung dengan nilai RM7.3 juta sejak Jun 2022.

Namun Pink Fate hanya membayar RM2,680,167.90 daripada jumlah tersebut, sekali gus masih berhutang sebanyak RM4.65 juta kepada pihak Feline.

Obor Holding turut mendakwa pihaknya mula berdepan kesukaran untuk mengutip bayaran sejak Disember 2023.

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 21-6-2025 02:39 PM
1000046488.gif

Anyway, gambar last nmpak mcm ageing dah muka sheols. Ye la, dah umur pre menopause khennn...
Quote rayna_raynes 21-6-2025 04:01 PM
"Threads ni sgt positif"

Toxic positivity, to be more accurate
Aku masuk threads sakit kepala
Masing-masing berlumba-lumba tayang kebodohan.
hujungnya balik lepak Twitter
Quote DukunSentet 21-6-2025 04:22 PM
Nak tanya lah kan..pakai tudung terjerut kat leher tue tak rasa rimas ke..nampak mcm tercekik ja..kalau panas berpeluh ada pengudaraan tak..i'm talking bout air circulation..ahh gitew
Quote bambimo 21-6-2025 04:25 PM
If that company enterprise liability atas nama dia.
Nk tanya  sdn bhd, ada share partners la kan..so kalo one of the syer partners tarik diri so melepas kan dia Dari sebarang hutang?
Ini pertanyaan ya bukan penyataan...
Quote Piramida 21-6-2025 04:29 PM
Saya hutang ke, orang hutang saya ke. Perkara ini agak sulit.....

Iyalah kak faz.. Apa2 ajalah...
Pasal x bagi duit raya x sulit pulak...
Quote kaseh80 21-6-2025 04:34 PM
Hutang tetap hutang
Ckp berbelit belit
Quote SANKURIANG 21-6-2025 04:37 PM
Pandangan aku aja ke…Faz lepas serai…muka dia nampak cam tak glowing. Nampak cam haggard sikit. Come on Faz….sqpa MUA you ye…do somerhing for the betterment.
Quote menjad 21-6-2025 04:37 PM
Pusing2 lah ikot mana pun. Dah berhutang wajiblah bayar. Moga dipermudahkan lah. 4.65j tuhhhh
Quote 8Queen8 21-6-2025 04:39 PM
Minami2013 replied at 21-6-2025 02:39 PM
Anyway, gambar last nmpak mcm ageing dah muka sheols. Ye la, dah umur pre menopause khennn...

Muka sekarang seiring usia 42 tahun.

Pada i bila tengok pics Fazura, ada yang cantik, ada biasa2,  dan ada yang nampak letih dan haggard
Quote Minami2013 21-6-2025 04:57 PM
8Queen8 replied at 21-6-2025 08:39 AM
Muka sekarang seiring usia 42 tahun.

Pada i bila tengok pics Fazura, ada yang cantik, ada biasa2 ...

Ya la, tidak la nmpak tua drpd usia. Tapi sbb puji pujian kecantikan sheols lately ni, jadi bila tgk betul2, jelas pulak nmpak muka makin ageing nya. Ditambah pulak character sheols skrg mcm acik2. Ni sbb meols tgk sheols dengan bella sambil ckp usap2 dan pegang2 betul kan rambut bella yg janda anak 2 umur 31 tahun. Cuma acik2 je mampu buat gitu
Quote LaskarHijayu 21-6-2025 05:07 PM
Explain la jugak psl tak bayar kwsp pekerja.
Quote kakasotong 21-6-2025 05:17 PM
Masa syarikat dapat banyak untung, elok je rangkul sama2 nikmati hasil elok berjoli satu family bercuti ke luar negara beli rumah beli barangan mewah berjenama. Masa syarikat dalam krisis dihimpit hutang dr pembekal dengan hutang caruman kwsp bekas staf tiberrrr saya dan syarikat entiti berbeza agitewww
Quote miss_perfect 21-6-2025 06:39 PM
Gambar2 dia kat majlis kawin tu nampak lain... Teknik mekap berbeza ?
Quote Incanto 21-6-2025 07:34 PM
miss_perfect replied at 21-6-2025 06:39 PM
Gambar2 dia kat majlis kawin tu nampak lain... Teknik mekap berbeza ?

teknik mekap dan lighting di sesuatu tempat boleh buat wajah nampak lain
mcm kat wedding tu lampu terang benderang, kalau  presscon lighting biasa, outdoor plak lain
Quote rose_weedy 21-6-2025 08:20 PM
SANKURIANG replied at 21-6-2025 04:37 PM
Pandangan aku aja ke…Faz lepas serai…muka dia nampak cam tak glowing. Nampak cam haggard sikit. Co ...

deqyan
Quote mamajawie 21-6-2025 08:31 PM
Ckap berbelit mcam tudung..kiffarah lettew
Quote lucky_peace 21-6-2025 08:53 PM
Iman tang x jadi manager dia dah ke?
Quote SisLena 21-6-2025 08:55 PM
lucky_peace replied at 21-6-2025 08:53 PM
Iman tang x jadi manager dia dah ke?

Masih lg. Diorang kan dekat wedding di Indo sama2
Quote Cleocatra 21-6-2025 09:40 PM
SANKURIANG replied at 21-6-2025 04:37 PM
Pandangan aku aja ke…Faz lepas serai…muka dia nampak cam tak glowing. Nampak cam haggard sikit. Co ...

Jantan menyerupai waniter, berambut panjang, gigi tersembur

Lihat semua komen(192)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.068782 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top