|
Penyanyi serta komposer Damian Mikhail tampil memberikan teguran kepada Saiful Malaysian Idol yang kini menjalani kehidupan sebagai seorang wanita. Menerusi perkongsian di Threads, Damian berkata orang ramai mendoakan Saiful untuk mendapat hidayah, bukan menjadi ‘hidayah’ (seorang wanita). Sementara itu, Damian turut menegur tindakan Saiful yang diakwa secara terang-terangan mengenakan pakaian menyerupai wanita serta menyifatkan mereka yang menukar identiti dan tidak terima dilahirkan sebagai lelaki adalah hipokrit sebenar. “Orang doakan kau untuk dapat hidayah, bukan untuk kau terus jadi hidayah Nak pakai baju perempuan ke, zirafah ke, Spiderman ke, itu antara kau dan Allah. Tapi hipokrit sebenar ialah bila tak boleh terima diri dilahirkan sebagai lelaki, tapi cuba jadi perempuan,” tulisnya.
Terdahulu, Saiful mengakui dia sudah lama memiliki naluri wanita dan tidak mahu menjadi hipokrit meskpun sedar perbuatannya bertentangan dengan agama. Sumber – Rotikaya |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-3-2026 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.143870 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.