CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri Hadiahkan Kucing Kereta Bernilai RM714,000 & Rantai Emas Sempena Ulang Tahun Kelahiran

2-7-2025 09:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5642| Komen: 128

 


Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menghadiahkan sebuah kereta BMW i7 bernilai sekitar RM714,000 kepada kucing kesayangannya bernama Money sempena ulang tahun binatang berbulu itu.

Ketika ditemui OhBulan!, Haliza berkata dia tidak kisah berhabis duit untuk Money kerana sudah menganggap kucing itu seperti anaknya sendiri.

Saya tidak terkira dalam sebulan berapa banyak saya habiskan untuk Money dan seekor lagi, Aspen, sebab memang saya anggap mereka seperti anak sendiri.

Saya akan beli apa sahaja untuk anak-anak ini.

Menjelaskan mengenai perwatakan haiwan itu, Haliza menyifatkan Money seperti manusia kerana mempunyai perangai kuat cemburu.

Tidak hanya itu, Haliza berkata Money juga pandai menunjukkan perasaan gembira apabila menerima hadiah dan kejutan.

 


Ketika ditanya mengenai hadiah yang pernah diberikan kepada Money, Haliza berkata dia pernah membelikan mangkuk makanan khas bernilai RM11,000 untuk kucing kesayangannya itu.

Sementara itu, haiwan berbulu itu juga dikhabarkan telah menerima jemputan eksklusif daripada pihak Louis Vuitton (LV) bagi meraikan ulang tahunnya di butik mewah itu.

Pihak LV sendiri beritahu, Money ada aura tersendiri.

Mereka nak ia bantu promosi beg khas untuk haiwan peliharaan.

Dalam pada itu, Haliza juga meluahkan rasa buntu kerana sudah kekurangan idea mahu membelikan hadiah apa untuk Money pada ulang tahun kelahirannya kelak.

Saya masih tidak tahu nak belikan hadiah apa. Money ni macam manusia.


Sumber – Oh Bulan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 2-7-2025 09:15 PM
Awat muke macam setinggan?
Quote dani-rox 2-7-2025 09:31 PM
Makcik nih dah takda alasan kukuh nak show off sebenarnya. Keta utk kucing konon

cemana dia tahu kucing nih ada reaksi happy dan cemburu ya, sejenis baka resting bitch face kot.
Quote slavehunter 2-7-2025 09:33 PM
Hurmmm patut la makcik ni kena sihir.
Can't help you.
Quote B40tastePosh 2-7-2025 09:39 PM
Macam tak ikhlas bagi kat kucing hujung2 kau yg lanyak kereta tu.
Quote B40tastePosh 2-7-2025 09:41 PM
Edited by B40tastePosh at 2-7-2025 09:43 PM
slavehunter replied at 2-7-2025 09:33 PM
Hurmmm patut la makcik ni kena sihir.
Can't help you.


Sihir Ain.

Sihir mata ni wujud, tu sebab rumah tok Arab kotak kotak takde tingkap.

Kadang2 kaya tapi sakit2, hati hati, bukan dari tukang sihir, tapi mata manusia ni sihir.
Quote Kiahlemau 2-7-2025 10:00 PM
Diorg ni IQnya berapa ye? Hadiah kereta dgn brg emas kat kucing...bodoh ke...kot ye nkkan perhatian netijen pun..cari la issue yg waras sikit.
Quote Cyempaka 2-7-2025 10:30 PM
Gila.
Quote Yoonggi 2-7-2025 10:32 PM
Beli kete utk kucing, kucing nya pandai ke drive?

Quote dubuk 2-7-2025 10:45 PM
kat IG banyak reels kucing bawa kereta
Quote QueenIsolde 2-7-2025 10:51 PM
Dia ni kan klu ckap macam kasar sikit, pastu gigihnya la show off sambil2 karang kata2 sedih asam garam kehidupan dia. Terpaling betul, terpaling tabah kekdahnya.
Quote mehmet 2-7-2025 11:07 PM
Menantu sakan flexing.
Quote mizzmimi 2-7-2025 11:09 PM
Ni je lah keje ko kak

Ingatkan cerita zaman tok kadok tadi
Quote makita 3-7-2025 12:31 AM
Beriya nok macit ni nak tunjuk ado ado. Macam susah hati kalau org tak tahu dia kaya.
Quote becir 3-7-2025 01:24 AM
how sad, bawah benang acik ni benang pasal mayat reput ibu and anak discovered, said they were living in poverty before meeting their ending.

how sad life is..
Quote aint 3-7-2025 07:30 AM
pe susah... nnt hire driver la utk Money..
Quote shernazz 3-7-2025 08:36 AM
Kat bukit puchong neh ada butik.dia..
Kawan iols cakap dia berjalan mcm.semua org pandang dia..hahahaha
Dia pikir dia populer
Padahal area situ takdak sapa tau dia influencer melainkan yang suka tengok ig lah mcm kawan iols neh..hahaha
Quote IzzahF 3-7-2025 09:15 AM
kucing masuk keta tau berak je...
Quote MissMamamia75 3-7-2025 09:41 AM
Xpaham ngapa dia nak hadiahkn kucingnya kereta..bukan nya si bulus tu reti drive..
Maybe ada driver khas la agaknya utk bwk bulus kulu kilir
Quote laksmanabentan 3-7-2025 10:37 AM
yang pakai topi sebelah tu siapa uollllssss
pakai topi sebab ada masalah rambut ker camna tu

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.035358 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top