CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yusry KRU Seronok Layan ‘Threads’ – ‘Ada Perkongsian Informasi, Ada Juga Yang Toksik’

2-7-2025 09:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 600| Komen: 9

 


Penyanyi dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim memaklumkan dia baru sahaja mewujudkan akaun Threads beberapa minggu lalu.

Mengendalikan sendiri akaun tersebut termasuk Instagram dan TikTok, Yusry berkata, dia bagaimanapun tidak mempunyai banyak masa untuk sering aktif di platform itu.


 

Baru menyertai Threads beberapa minggu lalu. Tak tidak pernah terfikir saya memerlukan aplikasi sosial lain pada telefon saya. Tapi hanya guna macam sambungan dengan IG saya (saya ada TikTok juga).

Tapi itulah, umur-umur macam ini tak la banyak masa sangat nak aktif dekat semua akaun sosial media. Semua akaun saya diuruskan dan dikendalikan oleh saya (bukan yang palsu, jika ada).


Dalam pada itu, anggota kumpulan KRU ini turut berkata, setiap media sosial mempunyai perkongsian yang menghiburkan di samping ada juga isu negatif yang menjadi kepincangan netizen.

Begitu pun, Yusry lebih tertarik untuk melihat konten bermanfaat dan memilih untuk mengabaikan isu kurang berfaedah.

Maaf jika saya tak berapa aktif. Cuma kadang-kadang bila terlalu meluangkan masa membaca komen-komen macam-macam rasa datang. Baik dan buruk. Sebab ada perkongsian yang menghiburkan, informasi dan kelakar.

Ada juga yang jahat, toksik dan menghakimi atau terlalu mengkritik tentang semua perkara. Tapi ya itulah kehidupan yang betul.

Bagi saya, saya lebih suka melihat yang baik dan abaikan yang buruk. Tapi kita semua pun manusia. Tak apa, hanya singgah dengan salam mesra dan hello semua.


Sumber – Oh Bulan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-7-2025 02:05 AM
So, mmg abg yucy sendiri la yg update threads tu ye
Quote likilu 3-7-2025 03:00 AM
Teringat kisah Nina noh
Quote beatgirlX 3-7-2025 02:52 PM
Dah.. Korg jgn berkuntum kat thread dia.. Stay je kat ig
Quote supernaturalee 3-7-2025 03:32 PM
sape dh berkuntum kt thread uci tu



Quote Duta lover 3-7-2025 03:47 PM
Dah uninstall TikTok n Thread. Facebook pun da lebih 10 tahun deactivate. Skang on Instagram je.. tupun penat nk block akaun2 bodoh..sumber hiburan nk arapkan kat forum je. Tapi penuh dgn topic bella astilah, fattah amin, ex hafidz roshdi. Haih...sian aku. Haha
Quote pocongkiutss 3-7-2025 04:12 PM
Duta lover replied at 3-7-2025 03:47 PM
Dah uninstall TikTok n Thread. Facebook pun da lebih 10 tahun deactivate. Skang on Instagram je.. tu ...

"Tapi penuh dgn topic bella astilah, fattah amin, ex hafidz roshdi"

this is so true noks..agak bosan sket porem skrg innih..iols minat thread retis kena catfish pastu acik porem csi
Quote JahLupa 4-7-2025 01:06 AM
Abam yuci look so young eh
Quote ezacbee 4-7-2025 06:20 AM
Threads aku byk cite hantu

Follow yuci pasni..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.031309 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top