Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming berkongsi caranya mengatasi masalah dan tekanan hidup sepanjang menjadi pencipta kandungan. Menerusi potongan klip siaran langsung TikTok, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman, menyatakan bahawa dia tidak suka lari dari masalah. Ujarnya, selagi masalah atau tekanan belum diselesaikan, dia tidak akan tenang. Saya tak suka lari dari masalah. Kalau ada masalah, tiba-tiba pergi bercuti. Saya tak suka. Saya akan berdepan dengan masalah. Kalau stres, saya selesaikan segera.
Saya jenis yang kalau belum selesai, saya tidak akan bertenang. Jadi, nak tak nak saya paksa untuk diselesaikan. Dalam pada itu, usahawan berusia 32 tahun itu sempat menitipkan pesanan agar sentiasa berani berhadapan dengan masalah. Sumber – Oh Bulan |
Duta lover: Hmm sebenarnya bila kita terpa ...
aint replied at 3-7-2025 06:13 PM
bercuti2 takkan settle masalah... so settle dulu masalah, then br cuti2 ... kira happy ending
ADVERTISEMENT