CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aaron Aziz Seru Bekas Banduan Datang Uji Bakat Lakonan – ‘Hancur Masa Depan? Saya Akan Tolong Anda’

2-7-2025 09:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 415| Komen: 5

 


Pelakon, Datuk Aaron Aziz menyeru mana-mana bekas penghuni penjara dan pelajar Sekolah Henry Gurney untuk hadir ke satu sesi uji bakat lakonan di bawah produksi miliknya, Aaron Aziz Production.

Menerusi hantaran di TikTok, Aaron, 49, berkata, dia mahu kelompok tersebut membuktikan mereka juga layak untuk meneruskan kehidupan tanpa dibayangi kisah silam yang gelap sebelum ini.

 

Anda seorang bekas banduan? Pernah duduk penjara, pernah duduk Sekolah Henry Gurney? Orang cakap kalian tiada masa depan?

Ada juga yang cakap anda hancur masa depan? Tak boleh masuk dalam kalangan masyarakat yang baik?


Pastikan jawapan anda adalah tidak. Saya akan tolong anda, macam mana? Sila datang uji bakat untuk projek terbaharu saya.

Dalam pada itu, Aaron turut berkongsi satu poster yang tertera beberapa butiran mengenai uji bakat tersebut.

Uji akat berkenaan bakal diadakan pada 5 Julai ini bermula jam 1 petang hingga 9 malam di Star Avenue Lifestyle Mall, Shah Alam.

Antara kriteria yang diminta adalah lelaki berusia 16 hingga 50 tahun, terbuka untuk semua bangsa dan latar belakang.

Selain itu, peserta uji bakat juga diminta membawa satu keping gambar berukuran passport.


Sumber – Oh Bulan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 3-7-2025 09:26 AM
pastilan jawapan anda adalah tidak?
Quote lasagna 4-7-2025 08:49 AM
bagus gak buat camni, at least ada peluang ke 2 utk org2 camni.
Quote ketupatnasi 4-7-2025 09:50 AM
ye lahhh... ini kang belakon jadi gengter kemahen la keluar masuk penjara 7 lapan kali kes bunuh rogol tapi kulit ploles macam scrubbing 3 kali seminggu pasu muka jambu lagi air muka suci namati ngalahkan pian suhaimi.

haaa... tauke jambu tu another league
Quote prince_marhaen 10-7-2025 02:29 PM
memang lepas berlakon filem2 ala-ala gangster kongsi gelap kena terus feeling2 cakap macam cina pelat2 ke, acah2 gangster2 taiko2...walaupun hakikatnya kau jual vape & bini jual tudung je pun...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.032297 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top