Industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon terkenal, Lee Seo Yi, yang dilaporkan meninggal dunia pada usia 43 tahun. Perkhabaran duka itu dimaklumkan oleh seorang individu yang dipercayai pengurusnya menerusi akaun media sosial milik mendiang, pada 1 Julai. Difahamkan, Lee Seo Yi atau nama sebenarnya Song Soo Yeon menghembuskan nafas terakhir pada 20 Jun, namun berita tersebut baru dimaklumkan kepada umum pada Rabu. Adik perempuan saya yang bijak, cantik dan baik hati telah meninggal dunia. Dia telah menjadi bintang di langit pada 20 Jun. Bagaimanapun, punca kematiannya tidak didedahkan. Berita pemergian aktres ini mengejutkan peminat dan rakan industri, yang turut meratapi kehilangan seorang figura seni yang berbakat besar. Lee Seo Yi dilahirkan pada 18 April 1982, dan memulakan kerjaya lakonannya menerusi drama ‘Hur Jun, The Original Story’ yang disiarkan di saluran MBC pada tahun 2013.
Sepanjang kerjayanya, beliau turut membintangi beberapa karya terkenal seperti drama SBS ‘Cheongdam-dong Scandal’ (2014), serta filem ‘The King’ dan ‘Killing Romance’. Selain berbakat dalam bidang seni, Lee juga cemerlang dalam bidang akademik dan merupakan graduan jurusan Pengajian Czech dan Slovakia dari Hankuk University of Foreign Studies, sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Pusan National University. Sumber – Allkpop, Oh Bulan |
ADVERTISEMENT