CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bot terbalik Pulau Perhentian: Jurukemudi dituduh esok

2-7-2025 09:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1867| Komen: 35

 


BESUT – Pemandu bot yang terlibat dalam insiden bot terbalik di Pulau Perhentian sehingga mengorbankan tiga pelancong pada Sabtu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini esok.

Lelaki berusia 22 tersebut bakal didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1957.

Kosmo! Isnin lalu melaporkan bot dipandu suspek yang membawa 15 penumpang berusia antara tiga hingga 40 tahun terbalik akibat dipukul ombak besar berhampiran Pulau Perhentian Besar, dekat sini.

Ujian urin kemudiannya mendapati dia positif dadah jenis Benzodiazepine. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 2-7-2025 09:55 PM
Penagih dadah Benzo rupanya
Quote Decaffeinated 2-7-2025 11:19 PM
Ini water taxi hop on hop off memang orang tak pakai life jacket sebab jalan dekat2 katanya. Tapi malang kalau nak jadi tak tunggu ko jalan jauh pun.

It takes something like this to happen untuk ada perubahan.

Quote PULANGKAN 3-7-2025 06:13 AM
B40tastePosh replied at 2-7-2025 09:55 PM
Penagih dadah Benzo rupanya

iols google, dia macam ubat antidepressent and anxiety. ada effect lain eh yang buatkan orang ketagih? maaf, iols tak berapa tau pasal ni
Quote Purplehaz 3-7-2025 07:29 AM
To all parents out there, pls la remind yourself pakaikan anak2 kecil life jacket bole beli sendiri kan, atau yg jenis pelampung jacket swimming pun ok sgt. Pakaikan sebelum naik feri/bot.
Quote Purplehaz 3-7-2025 07:30 AM
Kita sanggup habis beribu utk vacay, X rugi beli utk safety anak.
Pls jgn harapkan pengendali bot ni nak sediakan life jacket yg cukup ya, X pun yg sedia ada dh rosak.
Quote A-Are 3-7-2025 08:03 AM
iols sampai sekarang xberani p pulau2 yg perlu naik bot & feri sbb takut benda2 gini..iols reti berenang kang apa2 jadi naya..
Quote KamikuP 3-7-2025 08:29 AM
Edited by KamikuP at 3-7-2025 12:30 AM

Dari apa yg meolls baca kat medsos (tatau fakta atau tak) :

- Mendiang dan keluarga pegi celebrate bday kat Pulau Perhentian besar dgn best friend sejak kecil
- Event habis pkl 10 mlm
- Depa berkeras nak balik ke Pulau Perhentian Kecil mlm tu jugak padahal masa operasi hingga 5 - 6 ptg shj dan bot tak dibenarkan operasi lebih dari masa yg ditetapkan
- Mlm tu hujan laut bergelora
- Penumpang mintak life jacket tapi pengendali bot tak bagi sbb dah nak sampai (katanya)
- Tup tup hujan lebat laut bergelora  dan bot pon terbalik...

Kalau dah ada event bday, mesti kellly.ng ada mabok2 khuenzzz...
Gitu le cerita yg meoills baca ... kalau salah ada meolls kisah.. ekekeke
Quote kucingitam 3-7-2025 09:29 AM
KamikuP replied at 3-7-2025 08:29 AM
Dari apa yg meolls baca kat medsos (tatau fakta atau tak) :

- Mendiang dan keluarga pegi celebrate  ...

pemandu bot ketagih, ya, salah. tapi aku lebih percaya drg ni paksa nak balik juga..dkk ni mmg suka kecoh, paksa2 org punya.
Quote Suchi 3-7-2025 10:03 AM
Muda lagi baya anak2 buah iols je
Iols mmg takut naik bot bagai ni sbb tak reti berenang
Tu pasal bila pemeli ajak join pi cuti2 kat pulau iols suka bagi alasan itu ini
Padahal mmg takmo join kalau babitkan bot bagai ni
Haku fobia ngn lautan luas tu dah satu hal
Selama ni naik pun sbb terpaksa sbb anak2 semua tak takut air dorang nk naik dah tu kita takkan nk biarkan je naik ngn sedara mara tu nak tanak naik la juga sbb tak percaya org lain tgk2kan anak.
Menggeletar toksah ckp laa duk mengucap tak abis2 berharap cepatla sampai darat.
Naik jambatan pulau pinang pun iols diserang panik pastu nangis teruk

Quote mrseller 3-7-2025 10:44 AM
KamikuP replied at 3-7-2025 08:29 AM
Dari apa yg meolls baca kat medsos (tatau fakta atau tak) :

- Mendiang dan keluarga pegi celebrate  ...

Main isu dia bukan mabuk todi atau joki positif pil.tapi isu dia tak pakai life jacket.
Quote babelina 3-7-2025 11:13 AM
kucingitam replied at 3-7-2025 09:29 AM
pemandu bot ketagih, ya, salah. tapi aku lebih percaya drg ni paksa nak balik juga..dkk ni mmg suk ...

i ols rasa mcmtu.. mabuk2 mn nk citer.. paksa2 pn x citer..
tp tu la salah tetap salah pasal dadah n life jacket tu..
Quote sfrnna 3-7-2025 12:31 PM
Nasib kau lah labu. Nak ckp diorg mabuk and paksa pun kau tetap salah sbb tak bagi life jacket pastu ada trace for drug (takmau tuduh penagih,  manatau mmg ada anxiety).
Quote Haibara-san 3-7-2025 01:01 PM
confirm ke penagih? ke wartawan ni main taram je tulis penagih? benzo ni ubat kena ada preskripsi. org yg ada anxiety, ada depression -- mcm2 ubat dorg kena ambik, mmg ada ubat yg akan stay dlm stay dlm sistem badan lama.. tp benzo ni mmg ada addictive side effect.. tp utk panggil dia ni penagih, dah confirm ke berapa dos yg dia ambik? hari apa? pukul berapa?
Quote Orenn1 3-7-2025 01:18 PM
mrseller replied at 3-7-2025 10:44 AM
Main isu dia bukan mabuk todi atau joki positif pil.tapi isu dia tak pakai life jacket.

Nasib ko tulis, kadang2 aku pun pening baca dlm kes kematian mcm ni pun bangsa pulak disalahkan minum todi bagai.Ayo dah bukan islam apa yg salah ya celebrated bday minum todi kohkohh.  
Quote B40tastePosh 3-7-2025 01:21 PM
PULANGKAN replied at 3-7-2025 06:13 AM
iols google, dia macam ubat antidepressent and anxiety. ada effect lain eh yang buatkan orang keta ...

Xanax ubat penenang, lebih kurang morfin
Quote Skuau 3-7-2025 02:24 PM
ko sepatutnya minum arak..cam 'lenlain' tu....
Quote BungaKencana 3-7-2025 02:33 PM
iols ada pglmn naik bot masa ribut di tgh2 laut... masa tu day trip ke pulau dkt mersing, masa otw balik hujan lbat angin kuat langit gelap gile la.. i takut sgt kalau i tercampak da la tak reti berenang (ada life jacket) tp tetap la takut.. i suruh kwn i peluk i sbb bdn dia agak berisi..
Quote cmf_almondpecan 3-7-2025 03:39 PM
Decaffeinated replied at 2-7-2025 11:19 PM
Ini water taxi hop on hop off memang orang tak pakai life jacket sebab jalan dekat2 katanya. Tapi ma ...

Ini dah menyalahi syarat lesen bot di bawah Boat Rules 1953.
Quote grouper 3-7-2025 05:21 PM
Ada komen kat fb plak yg katanya stay perhentian gak masa kejadian bot tu terbalik masa kat jeti lagi..belum sempat jalan pun sebab tu x pakai life jacket.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.033705 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top