CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Naya…syarat ‘do re mi’. Meniaga pun percuma tepi jalan, mai dekat pelanggan ada syarat" - Jual durian RM8 sekilo tapi tak boleh tukar kalau busuk ...

3-7-2025 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1918| Komen: 32

 


PETALING JAYA – Musim durian dinanti-nantikan ramai sepatutnya membawa kegembiraan, namun berbeza pula kisah seorang pembeli di Bandar Saujana Utama, Selangor yang kecewa apabila durian dibelinya tidak dapat dimakan dan tidak boleh ditukar.

Kisah itu dikongsi menerusi hantaran di kumpulan Facebook, Saujana Utama Sungai Buloh, di mana individu tersebut meluahkan rasa terkilan setelah membeli durian kampung yang dijual pada harga RM8 sekilogram.

Menurut perkongsian tersebut, individu itu tertarik dengan promosi durian kampung dari Batu Kurau yang terkenal dengan kualiti buahnya.

Katanya, dengan bajet RM50, dia berjaya mendapatkan enam biji durian, namun sebiji yang boleh dimakan manakala selebihnya berisi buruk dan penuh dengan kutu.

“Rezeki terlihat ada durian kampung dari Batu Kurau yang semua orang tahu betapa eloknya dan moleknya. Sekilo RM8 dan hati berbunga-bunga sudah tentu dapat bawa balik untuk anak-anak.


“Dapat la dalam 6 biji namun sangat kecewa yang durian itu hanya sebiji boleh dimakan…penuh kutu dan isi dapat la seulas dua buat rasa anak-anak,” katanya.

Lebih mengecewakan, penjual meletakkan syarat awal bahawa durian yang dibeli tidak boleh dipulangkan atau ditukar jika isinya rosak.

“Silap saya juga kerana bersetuju dengan syarat itu. Tapi wahai penjual, ketepikanlah durian yang sudah tidak elok. Kalian lebih tahu mana yang boleh dijual, mana yang tidak.

“Tidak apa saya halalkan dan anggap tiada rezeki dan itu adalah harga titik peluh kalian berniaga,” luahnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang turut bersimpati dan berkongsi pengalaman serupa ketika membeli durian.

“Takyah beli durian dekat Saujana ini. Semua penjual tak jujur, dah pernah kena banyak kali. Lagi pula yang jual tu semua warga asing,” kata seorang pengguna.

“Pernah banyak kali kena macam ini, sekarang memang beli durian pilih yamg dalam bekas siap buka. Memang ramai peniaga kira nak untung tanpa rugi 1 sen,” komen Munirah.

“Naya…syarat ‘do re mi’. Meniaga pun percuma tepi jalan, mai dekat pelanggan ada syarat. Sabarlah…,” kata Mohd Asri. 
Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 3-7-2025 08:13 PM
mahal betul RM50..

last iols beli area Perak, orang jual durian kampung, satu bakul baru RM10. dapat 5-6 biji jugak kalau besar. nak pilih sendiri dari longgok pun boleh
Quote akies 3-7-2025 09:08 PM
Eh apsal buah busuk tk boleh nak tukar.
Sabar je la.
Kat area rumah iols ni ada jual sekilo rm10.
Taktau la buah camne. Ok ke tak
Quote orkid_amani 3-7-2025 10:18 PM
Edited by orkid_amani at 3-7-2025 10:21 PM

La ni baaaaaaanyaaaaaaak dah buah durian..merata2 pun dah luruh.. tapi buah awai2 musim tadi mmg isi & rasa padu.. ni buah pertengahan..dah banyak pilihan. Makan dekat teluk kumbar hari tu..mmg terbaik puas hati
Quote syafarah_2k 3-7-2025 10:35 PM
Kalau beli deghoyan iols mmg soh org tu kupas sesiap..tapau isi jer terus..senang..balik ngap je..toklaki pun malas nk kopekkan kulit deghoyan
Quote Thunderclouds 4-7-2025 08:08 AM
Baru pas mkn musang King ngn ioi. Sedapnyeeee lahai. Padan la ngn rega. Mkn pon setahun sekali.

Org bjual duyan merata² skang. Tahan nk pilih. Yg letak syarat pelik2 tu xyah la beli kt situ. Brg dia, tp duit kita.

Nk lg senang beli la time dh hujung2. Org dh slow mbeli. Lg untung pd aku. Cuma kna sabo and tahan tembolok aje lah. Kalo bkira bab duit jgn dok beli lg.
Quote midori888 4-7-2025 08:20 AM
Thunderclouds replied at 4-7-2025 08:08 AM
Baru pas mkn musang King ngn ioi. Sedapnyeeee lahai. Padan la ngn rega. Mkn pon setahun sekali.

Org ...

wahhh bestnyer....meols belum makan durian lagi tahun nie....hope ada rezeki nak makan this weekend...
Quote lo_la 4-7-2025 08:54 AM
Peniaga opportunistic di mana2.
Dah tak kisah halal haram rezeki.
Quote Weller 4-7-2025 09:10 AM
gaji minggu lepas + weekend 3 hari ada lagi money beli deroyan no....
Quote AbukRokok 4-7-2025 09:40 AM
o kome dogoyan dah berbungo
lebih baik jawapannya tinggal empat
Quote supernaturalee 4-7-2025 11:23 AM
PULANGKAN replied at 3-7-2025 08:13 PM
mahal betul RM50..

last iols beli area Perak, orang jual durian kampung, satu bakul baru RM10. dapa ...

kat mane tu chor



Quote mejaputih 4-7-2025 11:45 AM
orkid_amani replied at 3-7-2025 10:18 PM
La ni baaaaaaanyaaaaaaak dah buah durian..merata2 pun dah luruh.. tapi buah awai2 musim tadi mmg isi ...

Uih kuning emas betul isi....
Quote BungaKencana 4-7-2025 11:46 AM
kalau sape2 ada dtg melaka, elakkan beli durian dkt sebelah coconut shake batu berendam dgn depan skolah menengah tun mutahir.. dua2 owner yg sme & ramai ckp tak ok.. pastu lg satu durian area bukit baru kedai melayu, kwn aku ckp elok pegi kedai cina kt sblh dia sbb harga mahal sgt.. Durian Heng pulak hrga mahal tp durian ok sblm viral hrga ok sgttttt
Quote Sesuatu… 4-7-2025 12:12 PM
Mak aku pesan degheyan kalu timbang kilo buleh mintak tukar buah kalu isi x elok. Kalu jual tampuk/longgok jgn la demand nk tukar kalu buah x elok…
Quote hyie 4-7-2025 12:17 PM
meols makandurian free je orang bagi kalau durian siam yang takda duri tu takda orang jual kat sini ke uols?
Quote kucingitam 4-7-2025 12:39 PM
betulla...durian busuk kat dlm siapa yg nampak, bukan salah seller pun.. kalau pokok sendiri boleh la kaw tim, seller tau mana pokok yg buahnya elok atau tak. kalau seller yg beli dr peraih/pemborong, kesian la..
Quote PULANGKAN 4-7-2025 01:20 PM

masa iols beli tu kat Manong. tapi rasanya sepanjang sungai Perak tu ada je orang jual durian, since diorang punye dusun tepi sungai tu je
Quote sayawifenikmie 4-7-2025 01:22 PM
saya bodoh bab beli durian
kalau anak cucu  nak makan durian
saya akan beli yg boleh buka dan masuk dlm bekas terus tu
selalu beli kat jalan Sg Chua Bangi
mahal sikit .. tapi puas hati
dulu2 beli kat uncle depan CIMB
now uncle tu macam dah takder
Quote krustykrab 4-7-2025 01:42 PM
Mujur iols tak boleh makan durian
Quote dua_chzy 4-7-2025 01:56 PM
orkid_amani replied at 3-7-2025 02:18 PM
La ni baaaaaaanyaaaaaaak dah buah durian..merata2 pun dah luruh.. tapi buah awai2 musim tadi mmg isi ...

Fuiyoooo lawaaaa jelitaaahhh cantik molek isiiiii

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.041440 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top