CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Ibrahim kini jadi milik Negeri Sembilan

4-7-2025 08:49 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 538| Komen: 7



BEKAS  pertahanan kanan Kuala Lumpur City, Anwar Ibrahim menggalas harapan baharu Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk memulihkan benteng pertahanan yang rapuh menjelang musim Liga Malaysia 2025/2026.

Anwar, 26, kini sah menjadi milik Negeri Sembilan FC dengan menyertai skuad The Jangs di bawah bimbingan ketua jurulatih, Nidzam Jamil selepas meninggalkan The City Boys.

Pemain itu dijangka menjadi tonggak utama untuk memperkukuh benteng pasukan yang melalui musim sukar sebelum ini, selepas menamatkan saingan Liga Super 2024/2025 di tempat ke 12 daripada 13 pasukan, selain mencatat 49 gol bolos jumlah ketiga tertinggi selepas Kedah Darul Aman dan Kelantan Darul Naim.

Pengalaman luas Anwar dalam kancah liga utama memberi harapan baharu kepada penyokong The Jangs yang ingin melihat transformasi drastik dalam prestasi pasukan.

“Dulu kota, kini Negeri! Anwar Ibrahim bersedia bawa asakan dari pertahanan, musuh, bersedialah!” kata kenyataan NSFC di media sosial.


Memiliki 22 penampilan bersama skuad B-19 negara Anwar pernah menjadi sebahagian daripada skuad Kuala Lumpur City FC yang menjuarai Piala Malaysia 2021.

Anwar memulakan karier profesional bersama Felda United pada 2018 sebelum berhijrah ke Selangor FC dua tahun kemudian.

Menerusi kehadirannya di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, tumpuan kini terarah kepada bagaimana Anwar akan menjadi benteng pertahanan NSFC dalam menghadapi saingan yang lebih mencabar musim depan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 5-7-2025 01:34 PM
Anwar ibrahim suka main bola
Quote akies 5-7-2025 02:34 PM
Dalam banyak2 nama..nama ni juga yang dipilih oleh
apaknya bikin confuse sahaja
Quote Firenzza 5-7-2025 07:40 PM
Hamboiiii! nama ko.....hari2 kena sumpah seranah nok
Quote exclusive_vvip 5-7-2025 08:00 PM
akies replied at 5-7-2025 02:34 PM
Dalam banyak2 nama..nama ni juga yang dipilih oleh
apaknya  bikin confuse sahaja

agaknya bapak dia penyokong kuat bangnon dulu.. tgk umo dia 26, mesti lahir tahun 1999..
Quote KamikuP 7-7-2025 11:14 AM
hAHAHAH.. mesti Anwar Ibrahim ni tahan maki atas padang.. ekekek
Quote akies 7-7-2025 01:02 PM
exclusive_vvip replied at 5-7-2025 08:00 PM
agaknya bapak dia penyokong kuat bangnon dulu.. tgk umo dia 26, mesti lahir tahun 1999..

Ooo zaman reformasi tu
Quote AyeL87 7-7-2025 05:36 PM
Firenzza replied at 5-7-2025 07:40 PM
Hamboiiii! nama ko.....hari2 kena sumpah seranah nok

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.041280 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top