CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tanya diri, Allah gembira tak kalau kita buka tudung’ - Shera Aiyob

4-7-2025 08:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 904| Komen: 11

  


“Saya faham awak. Ya, nak hijrah mudah tapi istiqamah sangat mencabar.”

Demikian nasihat pelakon Shera Aiyob terhadap aktres Kilafairy yang mengakui terdetik untuk kembali tidak bertudung semalam.

Shera atau nama lengkapnya Nur Syahirah Aiyob, 39, menyatakan perasaan berbolak-balik seperti itu sememangnya akan wujud.

Namun, dia menitipkan pesanan agar Kilafairy selalu mengingati Allah lebih-lebih sekiranya terdetik mahu melanggar arahanNya.

“Kita manusia biasa, hamba-Nya yang lemah. Iman kita bukan naik turun tapi sentiasa keluar dan masuk, memang normal untuk rasa begitu.

Tidak kira kita rasa ‘down’ atau sebelum kita memutuskan untuk buat sesuatu, selalu tanya semula diri kita, Allah SWT gembira tak kalau kita buat macam ini.

“Allah SWT suka tak kalau kita buat macam itu, tapi cakap memang senang. Ambil masa awak, sayang awak,” katanya dalam hantaran Threads.

Selain isteri kepada pelakon Zahiril Adzim, beberapa selebriti lain turut memberi sokongan padu buat pemilik nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 33, itu.

“Kila, ini ujian. Saya tahu awak kuat, awak tetap lawa tau berhijab,” ujar Nad Zainal.

“Awak sangat disayangi ramai. Istiqamah bukan terus jadi baik tapi kalau awak buat salah, kembali kepada Allah,” tutur Betty Rahmad.

Sementara itu, ada yang menyeru nama selebriti versatil Neelofa untuk membantu pelakon terbabit ketika dia berperang dengan perasaan.

Neelofa, tolong Kila. Jangan bagi dia lalai balik,” ujar pengikut.

Semalam, anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu memohon jasa baik ramai untuk mendoakan dirinya terus istiqamah bertudung selepas terdetik mahu kembali berpenampilan ‘free hair’.

Wanita yang masih bujang itu mula mengenakan hijab sejak Jun 2020.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BlackpingU 4-7-2025 09:25 PM
Nama dah sendu terpaksalah cipta kontroversi...nanti kuarlah citer kila kat uglynara, meloya, mbinatang, ohmoon ...naiklah balik nama
Quote zuriey 4-7-2025 10:16 PM
Apekehal dok seru2 jahlop
Jahlop tuhan kah
Quote Zeelalala 4-7-2025 10:44 PM
Seru neelofa buat apa, adik dia sendiri pun telanjang
Quote nutcrack8 4-7-2025 11:13 PM
Zeelalala replied at 4-7-2025 10:44 PM
Seru neelofa buat apa, adik dia sendiri pun telanjang

Quote apedehal 4-7-2025 11:42 PM
You do you jelahhh...da bsr pjg xlama nk menopos pun xkn bab2 gituh nk pendpt org jugak, nk org pujuk2 plak
Quote boudinniA 5-7-2025 05:30 AM
Mengada-ngada.
Quote Akalditipumata 5-7-2025 07:33 AM
Zeelalala: Seru neelofa buat apa, adik di ...


Win
Quote mrs_adr 7-7-2025 04:47 PM
Zeelalala replied at 4-7-2025 10:44 PM
Seru neelofa buat apa, adik dia sendiri pun telanjang



Quote TeropongThaico 7-7-2025 06:08 PM
Zeelalala replied at 4-7-2025 10:44 PM
Seru neelofa buat apa, adik dia sendiri pun telanjang

Quote Prickford 7-7-2025 06:15 PM
Duk dalam show biz, glemer sana sini, mmg susah nak istiqomah agaknya. Yg berhijrah keje pejabat ni, bukan takde yg buka tudung semula, ada tapi on off gitu, last2 tetap bertundung jugak. Dunia retis, seboleh2 nak tunjuk rambut walaupon ngko tu dah tak glemer. Buat je la keje lain. Mudah utk istiqomah.
Quote mzzenma 7-7-2025 06:28 PM
sheolls dah tak ada job ke sekarang? ke ada berlakon lagi?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.028824 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top