Pelakon Dharma Harun berkata tiada lagi tawaran berlakon sejak tiga tahun lalu antara faktor dia mengalami tekanan dan masalah kesihatan. Memetik mStar Online, pelakon berusia 68 tahun itu berkata dia turut kurang selera makan sehingga beratnya menyusut disebabkan masalah dihadapi. “Saya akui masalah stres menyebabkan berat saya turun mendadak. Kalau dulu setiap hari saya keluar bekerja tapi sekarang tawaran kerja pun tiada. “Syarikat produksi yang diusahakan dah 3 tahun tidak aktif. Bila tiada tawaran kerja, tiadalah pendapatan. Macam mana nak bayar rumah, anak-anak saya masih belajar” katanya. Sementara itu, pelakon filem Adik Manja itu mengatakan beratnya kini 45 kilogram berbanding dahulu 85 kilogram. Dharma turut mempunyai beberapa penyakit antaranya gastrik, bengkak di jantung dan paru-paru serta tiroid. “Saya ada sakit jantung membengkak, tapi tidaklah bahaya. Doktor hanya minta saya jaga kesihatan, selain itu paru-paru saya pun ada bengkak sikit selain menghidap asma.
“Kalau diikutkan saya ada banyak pantang larang setiap kali nak makan. Jadi, habis saya nak makan apa? Saya bantai saja dan bila bantai, malam saja kena serangan asma. Tengah malam nafas saya berbunyi tapi ada ubat saya okay. “Gastrik buatkan saya rasa tak ada selera makan. Dari hari ke hari badan memang makin susut. Lapar tapi tiada selera,” katanya. Dalam pada itu, Dharma turut memohon jasa baik penggiat seni agar dapat memberikannya peluang untuk mencari rezeki dalam lakonan atau penerbitan. “Kalau ada mana-mana pihak boleh bantu saya bagi jog, saya rasa masih ada harapan. Lagipun saya masih boleh bawa kereta dan ingat saya masih baik. Tiada rasa nak pengsan atau sebagainya,” katanya. Sumber: mStar Online |
“Syarikat produksi yang diusahakan dah 3 tahun tidak aktif. Bila tiada tawaran kerja, tiadalah pendapatan. Macam mana nak bayar rumah, anak-anak saya masih belajar”
Dharma kini tinggal bersama Syafiq, 36, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Tapi inilah dugaan kami dengan macam-macam masalah nak hadapi, tapi tak apa setiap masalah ujian saya untuk berjaya dan terus berusaha agar dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran agar satu hari nanti dapat kerja yang proper (sempurna)
Mary_jane replied at 4-7-2025 11:12 PM
Kesian nya pakcik ni sampai jatuh kurus fikir nak kerja lagi. Moga terbuka lah hati anak2 dia buat k ...
ADVERTISEMENT