CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Shila Amzah Akui Sedang Berkenalan Dengan Seseorang

4-7-2025 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2130| Komen: 31

 


Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman mengakui sedang berkenalan dengan seseorang namun bukan jejaka bergelar ustaz seperti yang didakwa.

Memetik mStar Online, Fauziah berkata memang ada seseorang di dalam hati serta meminta orang ramai untuk mendoakan buat dirinya.

“Memang ada yang di dalam hati dan rapat, tapi soal jodoh ini saya tidak tahu. Mengenai ustaz itu saya tak tahu nak cakap apa sebab tuan badan sendiri pun tak tahu. Mungkin sekadar gosip saja tu,” katanya.

Sementara itu, Fauziah mengakui ada beberapa lelaki mendekati sejak dia kembali solo namun lebih selesa dianggap sebagai rakan berbaul dan bukan sebagai kekasih.

“Tidak dinafikan ada beberapa individu yang cuba mendekati tapi bukan sebagai kekasih. Bila sudah kenal, kita anggap macam abang angkat dan kawan saja. Bukan maksud saya menolak individu itu cuma mungkin belum ada kesesuaian sekarang,” katanya.


Meskipun rumah tangga yang dibina selama 34 tahun gagal, bagaimanapun Fauziah berkata dia tidak pernah serik untuk kembali mendirikan rumah tangga. 

“Saya tak pernah serik untuk kembali berumah tangga. Lebih-lebih lagi sebagai manusia biasa kita semua nak hidup berteman. Anak-anak, terutama Shila selalu sarankan cari peneman. Anak-anak tiada masalah kalau saya kahwin lagi. Mereka nak tengok saya bahagia,” katanya.

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adelea 5-7-2025 12:44 AM
Ok .. mak shila ni retis kahhh
Quote CurangLagi 5-7-2025 12:55 AM
Tua2 pun masih fikir berlaki baru? Duniaaah
Quote SANKURIANG 5-7-2025 05:39 AM
CurangLagi replied at 5-7-2025 12:55 AM
Tua2 pun masih fikir berlaki baru? Duniaaah

Dia hanya mak retis, dia mestila cari dahan utk berpaut bagi meneruskan kehidupan dia. Tak kan nak tenyeh SA aja kan, anak tu dah kawen, sampai bila nak harap anak. Acik ni pun bukan ada pencen sendiri, aku rasa kalau dia ada sumber RM sendiri, tak rasa dia nak kawen lagi. Utk security financially di masa hadapan. Hah...aku pun nasihatkan, kawen lagi, asalkan jgn dapat laki orang...takut air terpercik ke muka sendiri...
Quote Rachel_Green 5-7-2025 07:24 AM
tak heran pon kalau kak fauziah ni ramai lelaki yg nak rapat, sebab dia lawa. walau pon berusia tapi dia cantik untuk umur dia.kahwin lah kak, setiap manusia berhak untuk bahagia.
Quote sukacactus 5-7-2025 07:36 AM
Dia cantik kot, mesti byk godaan
Dlm keadaan skrg kita boleh kata la tak kan cari pengganti bila solo blk nnt
Tp soal jodoh ni bkn kita yg berkuasa
Quote cm_vungtau 5-7-2025 07:38 AM
Cemana penyondol boleh hidup aman lepas menyondol dari housewife ya? Takde rasa simpati ke empati ke tengok orang dah tua2 nak kena fikir pasal masa tua?
Quote I.K.A888990 5-7-2025 08:47 AM
kalau berharta laki tu siap2lah nanti ada saka2 yg bakal melekat kat situ haha

Quote kucingitam 5-7-2025 09:21 AM
mak retis pun nak digossipkan sampai masuk forum..aduh
Quote zehra2 5-7-2025 09:42 AM
umur dah berapa ni. nak berabang angkat bagaii
Quote bluebutter 5-7-2025 01:14 PM
MALUNYA.
Quote bluebutter 5-7-2025 01:17 PM
Rachel_Green replied at 5-7-2025 07:24 AM
tak heran pon kalau kak fauziah ni ramai lelaki yg nak rapat, sebab dia lawa. walau pon berusia tapi ...

Tak ada dah kut.

Sebab dia pun tak kaya, nempek anak2 je.

Acik Tarzan tu lain sikit, kaya, ramai lelaki suka, tak susahkan dorang.
Quote Mata.kucing 5-7-2025 01:38 PM
Maseh cantek sehat kawen la demi kebahagia sndri..
Quote Incanto 5-7-2025 01:54 PM
atok dgn nenek umur 70 an jumpa kat rumah org tua pun kawin, takkan mak shila tak leh kawin

follow yr heart acik
Quote likilu 5-7-2025 02:06 PM
Rachel_Green replied at 5-7-2025 07:24 AM
tak heran pon kalau kak fauziah ni ramai lelaki yg nak rapat, sebab dia lawa. walau pon berusia tapi ...

Bg I dia lg cantik Dr xila gigi cantik
Quote edoraixora 5-7-2025 02:32 PM
Cantek acik fauziah
Biarlah dia nak kawen, anak2 dah ada urusan memasing takkan nk mengendeng anak je
Dia pun perlukan teman mengubat kesunyian
Quote Aneem 5-7-2025 02:34 PM
Dah tua pun laku
Tahniah acik
Quote Akalditipumata 5-7-2025 04:29 PM
Achik ni.. walaupn tua.. dia cntik.. so cari la yg aman2..blh beribadah bersama2.. ade tmpt berpaut.. sbb achik pn xde income kn..
Quote prince_marhaen 7-7-2025 09:10 AM
Yang nak kawin dengan acik ni kena bersedia ada SAKA BIAWAK 2-3 ekor melekat kat acik ni... hihihi!
Quote areyam 7-7-2025 10:07 AM
umur berapa makcik ni.... masih cantik... gaya orang kaya2...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.032434 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top