Penampilan pelakon Natasha Hudson yang dilihat kembali berhijab mendapat perhatian netizen di media sosial. Memetik Harian Metro, Natasha berkata kematian sentiasa menjadi peringatan buat dirinya untuk bermuhasabah diri untuk berubah. “Umur kita semua pun pendek. Rasanya kematian selalu memberikan saya muhasabah diri untuk berubah,” katanya. Sementara itu, pelakon berusia 42 tahun itu berkata dia sudah lama memasang niat untuk kembali berhijab dan keputusannya itu untuk bertudung tiada paksaaan. “Alhamdulillah, sebenarnya, saya sudah lama memasang niat dalam lubuk hati ini untuk berubah. Tanda-tanda itu memang sudah ada tapi saya tidak rancang dan ia berlaku dengan sendirinya tanpa paksaan. “Saya juga banyak berdoa pada Hari Arafah tahun ini dan pada hari lahir anak saya, Kaia pada 6 Jun lalu. Saya juga minta anak-anak dan kawan baik untuk doakan kerana sistem sokongan sangat penting,” katanya.
Dalam pada itu, Natasha berkata orang sekeliling banyak memainkan peranan dalam membantunya bermuhasabah diri. “Orang yang berada di sekeliling banyak membantu saya muhasabah diri kita sebagai hamba Allah SWT yang lemah. “Kalau kita tidak ‘audit’ diri tak mungkin terbuka juga tapi kita hanya mampu berdoa untuk merendahkan diri, berserah, memaafkan orang dan diampunkan Allah. Bila Allah gerakkan hati kita hanya dengan satu jentik tapi seribu makna,” katanya. Sumber: Harian Metro |
CurangLagi replied at 5-7-2025 12:06 AM
Okay. Btw, nampak bahagia she dgn laki skrg. Hihiii. Sesuai sgt
Aneem replied at 5-7-2025 02:36 PM
Buat tudung mcm pakai bra.
Pakai bila perlu.
Tp dia ni tak penah lak post terpaling wpun pernah ber ...
sharlenetexas replied at 5-7-2025 06:43 AM
Sheols walaupun jadi beach girl muka tak nmpk haggard mcm zahnita. Umur pun lebih kurang.
sharlenetexas replied at 5-7-2025 02:43 PM
Sheols walaupun jadi beach girl muka tak nmpk haggard mcm zahnita. Umur pun lebih kurang.
Minami2013 replied at 5-7-2025 03:43 PM
Baca komen u, terus google umur.. Natasha 42, tua sikit drpd zahnita, 40.. ingatkan zahnita yg lag ...
ADVERTISEMENT