CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Amy Kau Ceritalah Benda Yang Betul” – Awie

14-7-2025 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7089| Komen: 76

 

Penyanyi Datuk Awie meminta Datuk Amy Search untuk tampil memberikan pejelasan susulan isu seorang penyanyi lagenda yang didakwa mengherdik Shila Amzah ketika sesi latihan sebuah konsert.

Menerusi perkongsian di Facebook, Awie meminta Amy memberikan penjelasan sebenar selepas dirinya yang dituduh dan sudah penat untuk menjawab hal yang tidak membabitkan dirinya.

 
“Amy Search, kau ceritalah benda yang betul, habis semua manusia kepoh ni tuduh aku! Ambillah tanggungjawab ini bagitahu perkara yang sebenar. Penat dan senak dada aku nak membawa dan menjawab hal kau!!” katanya.

Sementara itu, memetik mStar Online, Awie berkata orang ramai menuduhnya kerana beranggapan dirinya jahat serta meminta individu yang sepatutnya tampil memberi penjelasan.


“Pihak berkenaan tampillah ke depan. Benda ini turut akibatkan orang yang tiada kena mengena. Orang tuduh nama Awie sebab anggap saya jahat. Orang yang betul sepatutnya keluarlah. Bercakaplah,” katanya.

Terdahulu, Shila membuat laporan polis terhadap seorang penyanyi rock lelaki susulan diherdik secara kuat di hadapan orang ramai ketika sesi latihan sebuah konsert kerana rasa takut.

Sumber berkata kejadian berlaku secara tiba-tiba sebaik saja Shila selesai membuat persembahan apabila penyanyi rock itu dikatakan menghampiri Shila dan menjerit seolah memberi amaran.


Sumber : – mStar Online, Rotikaya 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 14-7-2025 08:07 PM
Ceritalah tokmi. Kebenaran mmg pahit.


Quote mrseller 14-7-2025 08:11 PM
Bacul ke ke ape emi cari nih. Ke depan
Lerrr
Quote scrocth 14-7-2025 10:09 PM
Patut sawie ni marahkan shila la sbb bergosip sampai nama dia terkait. Amy xpetik pun nama kau tokwie woii.
Quote bintangct 14-7-2025 10:10 PM
mrseller replied at 14-7-2025 08:11 PM
Bacul ke ke ape emi cari nih. Ke depan
Lerrr

smpi skg dia senyap ke? reporter tak cari dia plak eh
Quote luc 14-7-2025 10:13 PM
Sapa kah katak bawah tempurung yang ingat awie terlibat sedangkan semua portal hinuran dan acik forum pun dengan senang meneka ianya adalah amy search.
Quote sharlenetexas 14-7-2025 10:47 PM
bintangct replied at 14-7-2025 10:10 PM
smpi skg dia senyap ke? reporter tak cari dia plak eh

Cer reporter cari bini dia pulak.


Quote cmf_jeangrey 15-7-2025 04:08 AM
Tokwie mnaip pn da mcm gen Z..taip la elok2 sikit tokwie oii

Btw funny pulak ayat ni
habis semua manusia kepoh ni tuduh aku!




Quote MatDeghem 15-7-2025 04:32 AM
bintangct replied at 14-7-2025 10:10 PM
smpi skg dia senyap ke? reporter tak cari dia plak eh

Reporter sangkak harap makan pree tak brani..takut kena herdik.

Netijen bongok mana yg serbu tokwie sampai sesak dada.

Kenapa netijen bongok tak serbu tok pheeewit ?
Quote Purplehaz 15-7-2025 07:13 AM
See rocker awie pun tau pangai AS ni

Tp dari dulu..byk kali prasan..kalau awie petik nama AS , atau komplen psl dia , AS x bls apa diam
..ke tak brani..lol
Quote pocongkiutss 15-7-2025 07:37 AM
Purplehaz replied at 15-7-2025 07:13 AM
See rocker awie pun tau pangai AS ni

Tp dari dulu..byk kali prasan..kalau awie petik nama AS , atau ...

Dia diam je sbb acah classy..muahahaha..acik porem punya teori kan yg diam tu yg betul, yg diam tu yg classy
Quote lostnfaun 15-7-2025 07:54 AM
Kesian awie, sebab dulu dia nampak ganas & gangster terus kena cop. Amy org tgk lembut, tak mcm gangster so takde kena petik nama. Haha
Quote lasagna 15-7-2025 08:10 AM
alaaaa si Hussein ni kan lemah lembut..
apa ke hel dia nk wat kecoh enn..

Quote KamikuP 15-7-2025 09:00 AM
bINI acik Shuhaimi ni very the toxic kan cuolls?
Quote Incanto 15-7-2025 09:05 AM
cmf_jeangrey replied at 15-7-2025 04:08 AM
Tokwie mnaip pn da mcm gen Z..taip la elok2 sikit tokwie oii

Btw funny pulak ayat ni  

dia tulis manusia kpoh

aku baca sekali nampak Ipoh, baca dua kali nampak kpop

kepoh lah tokwie , kaypo pun boleh
Quote Incanto 15-7-2025 09:06 AM
tokwie ada kes pukul bini

tu yg org ingat dia samseng
Quote BungaKencana 15-7-2025 09:16 AM
sian husin, dia dah la busy keje supervisa dkt singapore.. tp knp amy serang shila? stkt shila komen dia faham perasaan abil? tak kan tu pun nk melenting..
Quote chandrahusin 15-7-2025 09:26 AM
bini Awie tak berani kot buat hal
nak kena penampa dgn Awie
dgn Awie anak2 dulu baru bini
Quote BellaThePrinces 15-7-2025 09:28 AM
perancangan awal untuk konsert DIY nak gandingkn Amy n Awie berduet...tapi Awie tolak mentah2 ya....tak tau kenapa....frust lah staff2 DIY.

tapi Awie ok bila minta berduet dgn Ella.

rupanya masih belum ok lagi hubungan mereka berdua.

Quote arffa 15-7-2025 09:52 AM
lostnfaun replied at 15-7-2025 07:54 AM
Kesian awie, sebab dulu dia nampak ganas & gangster terus kena cop. Amy org tgk lembut, tak mcm gang ...

Awie walaupun gangster tapi bab anak - anak sayang sungguh. Tok Amy cerai bini dengan anak pun kemana Hala.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.063681 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top