CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ejen pelancongan didakwa ugut suami isteri di Jepun ditahan di Sepang

16-7-2025 10:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5112| Komen: 37

 


KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan yang juga ejen pelancongan disyaki mengugut suami isteri di Jepun Januari lalu, ditahan di sebuah restoran di Sepang, petang tadi.

Suspek berusia 36 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat mangsa pada 28 Januari lalu, selepas mereka kembali dari Jepun.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, suspek kejadian itu adalah kenalan mangsa daripada sebuah agensi pelancongan berlainan.

"Siasatan awal yang dijalankan mendapati motif kejadian adalah disebabkan rasa tidak puas hati berkenaan pengurusan membawa pelancong ke Jepun.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah yang membawa hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Norhizam berkata, tangkapan terhadap suspek dilakukan pada jam 5 petang tadi dan permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor, esok.


"Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan lanjut.

Dalam perkembangan berkaitan, Norhizam menjelaskan bahawa siasatan yang dijalankan adalah berkenaan kes ugutan yang berlaku di Sepang.

Terdahulu, mangsa yang juga pemandu pelancong, Noornabilla Azemi, 36, mendakwa dipukul, kepalanya dihentak ke besi katil selain menerima ugutan bunuh oleh suspek yang juga pengusaha pelancongan dari Malaysia.

Kejadian berkenaan dilaporkan turut disaksikan suaminya di sebuah rumah sewa rakan mereka di Jepun pada 24 Januari lalu.

Katanya, dia dan suami berada di Jepun ketika itu bagi mengendalikan satu kumpulan pelancong dari Malaysia di Tokyo atas tugasan diberikan sebuah agensi pelancongan tempatan.

"Saya mengenali suspek sejak dua tahun lalu dan beberapa kali pernah ditawarkan tugas sebagai pemandu pelancong dengan suspek namun tidak menyangka dia sanggup bertindak ganas akibat tidak berpuas hari kononnya saya memasuki kawasan dimonopolinya di Jepun.

"Ketika kejadian itu, suami Mohamad Zhaza Mohamad, 34, bersama seorang rakan dari Malaysia menetap di Tokyo, turut dibelasah dan suspek turut merampas wang tunai 75,000 yen (RM2,300) serta mengarahkan kami pulang segera ke Malaysia," katanya.


Sumber: BH
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 16-7-2025 11:03 AM
Dah mcm samseng
Quote NazRysha 16-7-2025 11:21 AM
sapa tu
Quote tahanie 16-7-2025 11:34 AM
Owner facebook group road to japan. Dia ada tulis buku juga. Tapi yang buat kerja ni 2 orang. Tak tau mana satu yang dah kena angkut ni.
Quote airfilterkotor 16-7-2025 11:45 AM
Berebut kawasan kat Jepon. Sebijik macam perangai ayahanda kawasan.
Quote cm_vungtau 16-7-2025 11:59 AM
Travel agent dah tak relevant. Ko pemalas book sendiri dah kenapa? Kasi duit free kat orang, baik kasi kat orang semekin sana
Quote bpbbppbp 16-7-2025 01:03 PM
Zalimm.. ptutnya dia report ke polis jepun tu skali. Boleh halau kluar dri jepun
Quote s@s@ 16-7-2025 02:05 PM
report dah lama buat.... tindakan baru amik.
sebab dah viral ke?
Quote misszazaz 16-7-2025 02:11 PM
ugut apa lak ni
Quote TeropongThaico 16-7-2025 02:31 PM
Tu pun nak jd samseng isk isk isk....
Quote TeropongThaico 16-7-2025 02:32 PM
Eh report bulan 1
Kena tahan bulan 7...
Biar betul????
Org tu baru menjelma ke mcm mana tu
Quote Noraniza_Iblis 16-7-2025 02:45 PM
tahanie replied at 16-7-2025 11:34 AM
Owner facebook group road to japan. Dia ada tulis buku juga. Tapi yang buat kerja ni 2 orang. Tak ta ...

yg nama Jack tu ke?
Quote dua_chzy 16-7-2025 02:57 PM
tahanie replied at 16-7-2025 03:34 AM
Owner facebook group road to japan. Dia ada tulis buku juga. Tapi yang buat kerja ni 2 orang. Tak ta ...

Aik, dah kenapa tiba2 gila camni?
Quote maxgamer82 16-7-2025 04:51 PM

kalau ikut info Naga Slayer & Ena Awil, mmg dia...
Quote annehuda 16-7-2025 05:14 PM
tahanie replied at 16-7-2025 11:34 AM
Owner facebook group road to japan. Dia ada tulis buku juga. Tapi yang buat kerja ni 2 orang. Tak ta ...

uish group tu famous gak kt fb. member pun dekat2 200k tu. tak sangka mcm tu
Quote gekkou 16-7-2025 05:53 PM
ni viral
sbb katanya dah report kat polis japan dan kedutaan malaysia di jepun
tapi staff kedutaan tidak memberi kerjasama
tapi yang dituduh tak mengaku
ada dia post his statement kat personal page FB
menunggu juga sapa betul sapa salah

page RTJ u pun katanya ada cubaan tangan2 nk suruh tutup
Quote PULANGKAN 16-7-2025 05:57 PM
gekkou replied at 16-7-2025 05:53 PM
ni viral
sbb katanya dah report kat polis japan dan kedutaan malaysia di jepun
tapi staff kedutaan  ...

yang ni eh chuols
https://www.facebook.com/story.p ... p;id=61576834332219

lol sapa bagi nama yakuza biskut tawar ni, iols gelak sakan
Quote Radzor 16-7-2025 06:02 PM
TeropongThaico replied at 16-7-2025 02:32 PM
Eh report bulan 1
Kena tahan bulan 7...
Biar betul????

kne viral baru buat keje
Quote Decaffeinated 16-7-2025 11:13 PM
TeropongThaico replied at 16-7-2025 02:32 PM
Eh report bulan 1
Kena tahan bulan 7...
Biar betul????

Kejadian berlaku di Jepun kena lah fikir macam mana nak konar cerita biar boleh jadi di Malaysia. Baru dapat idea le tu.

Quote TeropongThaico 17-7-2025 07:05 AM
Radzor replied at 16-7-2025 06:02 PM
kne viral baru buat keje

Itu la...
Dah makin pelik dgn pihak2 yg berkenaan dkt mesia ni
Mana2 agensi pun sama

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2026 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.218288 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top