CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya anggap dia macam abang saja", Alya Iman berang dituduh perosak rumah tangga Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin…

17-7-2025 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8869| Komen: 73

 


TIADA angin tiada ribut, pelakon Alya Iman dituduh menjadi punca pergolakan rumah tangga pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.

Tampil menjawab mengenai perkara itu, Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 24, mengaku terkejut apabila peminat pasangan selebriti itu menyerangnya di TikTok sekali gus menyangkal dakwaan tersebut.

 

"Saya tiada kena mengena. Hanya sebab drama kami tengah tayang sekarang saya pun kena serang.

"Saya tak tahu apa-apa masalah yang dia (Yusuf) hadapi. Tidak adil masalah rumah tangga dia, saya pula jadi kambing hitam," katanya ketika dihubungi mStar.


Meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa kes penyondol sebelum ini, Alya memberitahu dia sentiasa berusaha membersihkan nama baiknya.

Malah hubungan bersama Yusuf tidak lebih sekadar abang dan adik semasa di set penggambaran.

"Saya tak simpan nombor telefon dia demi  menjaga nama baik bila berkerja dengan pelakon lelaki berstatus suami orang.

"Kami di set memang baik, saya anggap dia macam abang saja. Saya sangat profesional,  di luar set saya memang tak akan hubungi dan berkawan dengan dia," kongsinya.

Tambah Alya, dia bersedia berdepan dengan segala kontroversi atas perbuatannya bukan kerana tempias kisah orang lain.

Sebab itu betul dan saya sedia hadap. - ALYA IMAN, PELAKON

Tegasnya, dia juga enggan lagi dikaitkan dengan mana-mana kes orang ketiga kerana ingin mengekalkan nama baik yang ada.

"Saya tak kisah kalau viral mengenai perkara yang saya sendiri buat macam pakai baju seksi, saya tak kisah. Sebab itu betul dan saya sedia hadap.

"Kalau perkara yang cuba memfitnah saya tak berminat nak tahu sebab saya penat jaga nama baik," luahnya.

Sebelum ini, Alya diserang netizen dengan pelbagai kata-kata yang kurang menyenangkan sehingga dia terpaksa menutup ruangan komen media sosialnya.

Tuduhan itu mula timbul selepas Alya dan Yusof sama-sama membintangi drama Si Bakhil dan Bunganya yang sedang ditayangkan di Astro One.

 

Pada awal Julai lalu, nama Zizi dan Yusuf menjadi bualan selepas dilihat tidak lagi saling menjadi pengikut di media sosial. 

Malah beberapa perkongsian luahan dalam laman Threads juga menimbulkan tanda tanya seolah-olah dia memberi bayangan sedang berdepan masalah. 

Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MakcikTermenong 17-7-2025 01:57 PM
Hmmm...celah mana nama kau baek wahai alya oi....
Quote sukanyanyi 17-7-2025 02:06 PM
ade org mmg bodoh, suka cari kambing hitam. mcm tuduh wana ali punca fazfat serai la. bab1-bab1 ni kalo tak reti beza realiti dgn drama, tak payah tgk drama la ok?
Quote jalfa 17-7-2025 02:16 PM
Edited by jalfa at 25-7-2025 12:31 AM

Alya cantik high maintenance nak ke ucop
Quote babelina 17-7-2025 02:41 PM
jalfa: Alya high maintenance nak orka je.ucup orka ke


knnnn.. ingt dia nk heran ucup tu..

Quote NazRysha 17-7-2025 03:15 PM
buruk pompuan ni muka kejung body pemain ragbi
Quote Barebow77 17-7-2025 03:17 PM
Aku cukup x percaya jenis pompuan yang acah2 anggap lelaki yang xde kena mengena dalam hidup kau  mcm abg jah..tue semua ayat2 penyedap nak caver diri sendiri yang bitch..
Quote sfrnna 17-7-2025 03:23 PM
Dia ni kan ada org jaga tuuu. Kahkahkah dari awal masuk industry nama tak bersih mana pun.
Quote JahLupa 17-7-2025 04:12 PM
Lagi sekali dik? Hmmmmm
Quote pocongkiutss 17-7-2025 04:22 PM
jalfa replied at 17-7-2025 02:16 PM
Alya high maintenance nak orka je.ucup orka ke

Wat geli2 jah nokss
Quote pocongkiutss 17-7-2025 04:23 PM
Nape mcm buruk je gambar dia kt atas nun..dgn rambut sejemput tetibah
Quote jalfa 17-7-2025 04:35 PM
pocongkiutss replied at 17-7-2025 04:22 PM
Wat geli2 jah nokss

Hahah..ucop konpem sedap
Quote cicicumel 17-7-2025 04:37 PM
Apssl makin hodoh dia ni? Dulu lawa kot kurus tinggi...ni dh mcm Betty La Fea dah
Quote putribonda 17-7-2025 04:44 PM
cicicumel replied at 17-7-2025 04:37 PM
Apssl makin hodoh dia ni? Dulu lawa kot kurus tinggi...ni dh mcm Betty La Fea dah

dia ni cantik kalau maintain kurus je.
kalau berisi lari sikit la cantik dia sbb nampak bulat.
Quote Shayang 17-7-2025 04:52 PM
Kat fb org komen dia dah 3 kali dikaitkan ngn tok laki org
Masalahnya sapa dan betul ke?
Elok je dia masih tegak berdiri
Quote pembacagosip 17-7-2025 04:52 PM
jalfa replied at 17-7-2025 02:16 PM
Alya high maintenance nak orka je.ucup orka ke

kan weidia dulu kaut orka boroi teddy bear tapi duit bkepuk kaya
apa de hal janji kepuk2

Quote sukanyanyi 17-7-2025 05:51 PM
Shayang replied at 17-7-2025 04:52 PM
Kat fb org komen dia dah 3 kali dikaitkan ngn tok laki org
Masalahnya sapa dan betul ke?
Elok je dia ...

baru tau gk lps buat research ttg sheols. patut la org mark sheols punca. blakon dgn nazimah takde pulak yg nk gosipkn. sbb nazim is nazimah? sbb tak npk chemistry? sbb bkn laki org, so tak sensasi la nk jd gosip?

meols rs sheols ni npk murni sbb arwah apak dia. tp sian sjak heols ninggal mcm bertimpa2 plak musibah utk sheols. takkan sbb tak berkat bcos bukak udung?
Quote sukanyanyi 17-7-2025 05:54 PM

yg jd geli2 tu sheols ke heols? hehehe. ade org komen kat tred lain yg heols blakon pegang2 semula. mungkinkah drama dgn sheols ni? kalo gitu patut ler jiji mrh, sbb dulu bkn dh janji ker. kemain pilih utk kamera trick bagai
Quote Piramida 17-7-2025 05:54 PM
Jaga badan lah dik oii...
Montel2 tak sesuai kat mu...
Nampak boxy.
Quote sukanyanyi 17-7-2025 05:57 PM
sfrnna replied at 17-7-2025 03:23 PM
Dia ni kan ada org jaga tuuu. Kahkahkah dari awal masuk industry nama tak bersih mana pun.

tah bila msuk industri pon meols taktau. tiber kua berita bukak tdung baru tau arwah zemil ade anak plakon juga

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2026 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.076097 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top