CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Demi Allah, Saya Tak Pernah Dibela Sugar Daddy” - Ruhainies

30-7-2025 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5255| Komen: 42

 


Pelakon Ruhainies berang apabila ada netizen menuduhnya mempunyai ‘sugar daddy’ serta mendakwa disebabkan itu dia tidak mendirikan rumah tangga lagi.

Menerusi hantaran di Insta Story, Ruhainies memuat naik gambar wanita berkenaan meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai individu itu.'

 

Menurut Ruhainies, individu itu mendakwa akaunnya digodam serta memohon maaf di atas kekhilafan. Malah, wanita itu berkata komen tersebut telah pun dipadam serta mengatakan dia mempunyai anak.

“Ada anak? Habis tu awak tulis dekat IG tu saya tak ada family ke? Fikir dia je? Saya nak tahu cerita dari mana sugar daddy tu. Senang betul buat duit ada orang bela,” katanya.


 

Bagaimanapun, Ruhainies mahu bersemuka dengan wanita berkenaan serta mahu membuat laporan di atas tuduhan tersebut. 

Dalam satu hantaran, Ruhainies dilihat ada membalas mesej dengan wanita itu serta bersumpah bahawa dia tidak pernah dibela oleh sugar daddy seperti yang didakwa serta bertanya dari mana fitnah itu diperoleh.

“Saya nak buat report, saya nak jumpa awak. Awak cakap saya dapat elaun dari sugar daddy. Saya bersumpah demi Allah, saya tak pernah dibela oleh sugar daddy atau seangkatan dengannya seumur hidup. Dari mana awak dapat fitnah tu dan awak menfitnah saya hari ni depan umum,” tulisnya.

Sumber : – Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 30-7-2025 02:23 PM
awal sangat nih... jap lagi masuk balik lah....
Quote lanacondor 30-7-2025 07:07 PM
Edited by lanacondor at 30-7-2025 07:08 PM

Nak Komen tu berpada2. Suka atau benci artis Pon berpada2. Yg kene Saman, dapat malu nanti diri sendiri. Artis xde tolong korg byrkn saman
Quote TeropongThaico 30-7-2025 07:44 PM
Check in....
As always
Quote makneng 30-7-2025 09:22 PM
Tak baik tau komen mcm tu sheolls dibela sugar glider jahh…apooooo
Quote mawarberbisa 30-7-2025 09:49 PM
iyoo lah nuniss
Quote soulmatte 30-7-2025 10:08 PM
Bila kantoi akaun kena hack..mcm mana boleh selamba fitnah orang tanpa bukti. Semoga menjadi pengajaran utk semua, jgn suka-suka menfitnah kalau tak sempat minta maaf mcm mana, rosak amal ibadah mcm mana nak masuk syurga
Quote Madison00 30-7-2025 10:13 PM
Kalau x Banyak duit , sumber pun X de bukti. Better jangan menduga di tasik yang tenang
Quote KirazMevsimi 30-7-2025 10:26 PM
Alhamdulillah. Bagus la kalau cenggitu. Teruskan buat kerja halal. Moga diberkati Allah selalu. Amin
Quote manopBKK 31-7-2025 12:49 AM
Tak buat makan2 dlm Ferrari merah ke lagik?
Quote bintangct 31-7-2025 12:54 AM
nmpk lain la muka dia Filter penuh la kut ye
Quote PULANGKAN 31-7-2025 01:27 AM
"Akaun saya kena hack"

Quote cm_vungtau 31-7-2025 09:32 AM
Bodohnya acik ni. Ko nak kutuk belakang2 tu lain cerita la. Bangang sungguh la
Quote dewi_rina 31-7-2025 09:55 AM
Baru kehilangan sahabat, tiba2 dia arwahkan sahabat dia
Quote swateng1 31-7-2025 01:04 PM
KALAU NK KOMEN, KOMEN KAT SINI TAKPAAA.
Quote black_handbag 31-7-2025 01:24 PM
sheols menafikan ye. awal sgt iols masuk esok lusa i masuk semula
Quote tipah89 31-7-2025 02:41 PM
kalau iya pun ada yg membela pi lantak la pun, yg sedap dia yg sakit nnti pun dia..  dlm Dunia retis ni kena bela apak gula or mak gula tu bukan benda baru, jenis netizen yg menyibuk sgt terang2 mcm tu memang patut mendapat,sebok sgt hal orang... taksub sgt dgn retis pujaan sampai mcm tu sekali hina n tuduh orang secara terbuka, ha da kena setepek mcm tu ada retis yg korang worship sgt tu nak tolong???mmg idokla kannn...pengajaran pada Acik2 gundu yg xde life, pi la jaga laki n anak sendiri xyah sebok idup org especially retis2.
Quote Tutul 31-7-2025 04:40 PM
wookey.. smoga mnjdi anak yg solehah dn sntiasa mnjga maruah diri ea cik anis.. , ferrari dn bf aritu sewa k cmne
Quote EvieWanKenobi 31-7-2025 04:47 PM
sugar daddy pun tak lalu..
Quote MissVixen 31-7-2025 04:54 PM
Betol la kot takde. Takat rupa paras begitu bazir je bayar ratus ribu.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.061713 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top