CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Pilot darat" disaman halang jentera bomba, alasan tak sedar

30-7-2025 10:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1777| Komen: 18

 


KAMPAR – Seorang pemandu lori disaman kerana gagal memberi laluan kepada jentera bomba yang dalam tugasan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kompaun ke atas drebar lori tersebut dibuat mengikut Seksyen 9(2) Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59).

“Merujuk kepada satu video yang tular di TikTok, polis mengambil maklum insiden melibatkan jentera bomba yang dalam perjalanan ke satu destinasi dan memasang siren kecemasan telah dihalang sebuah lori jenis kabin.

“Dalam rakaman itu, jentera bomba dilihat berusaha memotong lori tetapi seolah-olah tidak diberikan laluan, sekali gus menimbulkan kebimbangan masyarakat akan keselamatan dan keutamaan kenderaan penyelamat ketika melaksanakan tugas kecemasan,” katanya hari ini.

Justeru, Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar mengambil tindakan segera terhadap pemandu lori.


Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan berat itu tidak menyedari kehadiran jentera bomba disebabkan bunyi enjin yang kuat dan tingkap bertutup penuh.

Sumber- KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hart_attack 30-7-2025 11:51 PM
Driver OKU pekak bisu kot, xkan la siren bomba kuat x dgr. Ke lori tu kalis bunyi
Quote Decaffeinated 31-7-2025 12:13 AM
Tak perlu kot saman, aku percaya driver tu genuinely tak sedar. Saman ini tujuan pencegahan but in this case it serves nothing.
Quote Decaffeinated 31-7-2025 12:14 AM
hart_attack replied at 30-7-2025 11:51 PM
Driver OKU pekak bisu kot, xkan la siren bomba kuat x dgr. Ke lori tu kalis bunyi

'Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan berat itu tidak menyedari kehadiran jentera bomba disebabkan bunyi enjin yang kuat dan tingkap bertutup penuh.'
Quote Kiahlemau 31-7-2025 12:41 AM
Kot ye tak dgr bunyik siren pun...takkan la lansg tak pndang cermin sisi atau cermin pndng belakang...kita kalau bawak kenderaan msti selalu pndang cermin sisi..cermin belakang...palat darat ni tgk TikTok ke
Quote Purestteam1 31-7-2025 06:42 AM
xkan x alert.. pandang2 side mirror tu
Quote whimsicalmusic 31-7-2025 06:48 AM
aku pn pernah mcm ni. time drive kt mex highway, xsedar lgsg ade polis convoy utk vvip. skali polis tu dtg tepi aku, tendang side mirror aku. terkebil2 aku. genuinely mmg xsedar
Quote kotakbaju 31-7-2025 07:19 AM
whimsicalmusic replied at 31-7-2025 06:48 AM
aku pn pernah mcm ni. time drive kt mex highway, xsedar lgsg ade polis convoy utk vvip. skali polis  ...

Uish polis tu pakai main tendang2 jek side mirror tu kot ye pun takkan la tak boleh kasi isyarat tangan ke atau laju sikit ke depan uols tu pastu kasi isyarat suruh ke tepi ke apa
Quote nisako 31-7-2025 07:53 AM
saman je x kan x perasan
Quote prettyuglybabe 31-7-2025 10:40 AM
pelik bila orang kata tak perasan polis/ambulan/bomba belakang..
memang korang jenis drive pandang depan je ke?
padahal masa belajar dulu cikgu ada cakap kena check side/rear mirror every few second supaya kita alert dengan persekitaran..
sampai sekarang dah berpuluh tahun pun i ingat..
Quote gideoncross 31-7-2025 11:35 AM
prettyuglybabe replied at 31-7-2025 10:40 AM
pelik bila orang kata tak perasan polis/ambulan/bomba belakang..
memang korang jenis drive pandang d ...

Yg ni btul, iol stuju dgn uol 100%
Quote tungkai 31-7-2025 11:58 AM
Ni situation selain abang lori ni..

Aku rasa maksud tak sedar tu bukan tak aware cuma tak tau arah mana diorg datang. Mcm kat jalan jem. Memang ada dengar bunyi siren dan tercari2 whether diorg ikut kanan ke kiri ke atau dari jalan bertentangan ke hinggalah dah dekat barulah boleh adjust position.
Quote rosa_canina 31-7-2025 02:12 PM
prettyuglybabe replied at 31-7-2025 10:40 AM
pelik bila orang kata tak perasan polis/ambulan/bomba belakang..
memang korang jenis drive pandang d ...

setuju.. haku kalo drive rs mcm takblh kalo tak tgk blkg.. kiri kanan ok lg kalo xtgk tp kalo blkg cnfirm mesti kena tgk

Quote Samerosie 31-7-2025 02:13 PM
Wuish kronik gila spam travel tata ni sampai spammer pun dah level 7 dapatnya.
Quote FOTHER-MUCKER 31-7-2025 06:39 PM
Macamana boleh tak sedar sedangkan dia hanya menggunakan kenderaan seperti itu? Di negara barat pemandu kereta mewah bulletproof  dan semi mewah yang menggunakan double glazed window seperti merc bmw etc boleh dengar ambulance dan kereta polis dari    Arah mana mereka datang.
Quote sharlenetexas 31-7-2025 09:41 PM
Tak tengok cerminkah?


Quote Dovahkiin 1-8-2025 02:06 PM
Pilot mende...? Jangan la normalisasikan benda yg x betul.
Quote aint 1-8-2025 02:14 PM
prettyuglybabe replied at 31-7-2025 10:40 AM
pelik bila orang kata tak perasan polis/ambulan/bomba belakang..
memang korang jenis drive pandang d ...

mmg betol...


tambahan bunyi siren kuat kot... bole buat2 tk dgr
Quote Minami2013 1-8-2025 02:34 PM
Kiahlemau replied at 30-7-2025 04:41 PM
Kot ye tak dgr bunyik siren pun...takkan la lansg tak pndang cermin sisi atau cermin pndng belakang. ...

Pemandu lori ada alasan titik buta iols.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.210513 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top