CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak maafkan, sampai mati aku cari – Aliff Syukri bengang Diva AA pijak beg keluaran jenamanya

30-7-2025 10:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2112| Komen: 26

 



Pempengaruh dan usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui terkesan dengan perlakuan melampau selebriti Diva AA yang memijak beg keluaran jenamanya.

Menurut Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, dia menyifatkan perbuatan tersebut tidak wajar selain menyarankan selebriti terbabit untuk bersemuka sekiranya timbul sebarang perasaan tak puas hati.

“Jujur ini bukan gimik. Saya nak buat Malaysian Book Of Record, badan pula tak sihat dan anak-anak pun sama.

“Tidak tahu nak cakap macam mana, tapi saya cuba stabilkan diri. Tengok Diva AA pijak beg, janganlah macam itu.

“Kita bukan nak cari duit haram. Kalau tak suka dekat saya, bersemuka, ini cakap saya menipu, scammer tak seronoklah,” katanya kepada Kosmo! Online pada kempen Malaysian Book Of Record jualan beg terpantas bagi jualan siaran langsung.

Meskipun bengang dengan perbuatan selebriti berkenaan, Aliff bagaimanapun enggan ambil tindakan tegas ke muka pengadilan.

“Aku boleh maki tapi kalau buat sama-sama naik saja. Aku tak maafkan, sampai mati aku cari kau.

“Aku tak nak saman kau sebab kau tiada duit. Dia acah-acah saja, tak suka jangan pijak saya dah la sakit.

“Ini kata keturunan saya tak elok pula. Macamlah keturunan dia elok ke,” tegasnya.

Bercakap mengenai keadaan kesihatan, bapa kepada enam orang itu mendedahkan terpaksa mengambil beberapa suntikan selepas keseluruhan badannya mengalami simptom yang luar biasa.

“Ada orang kata saya kena jilat jin, tapi tak tahu waktu buat siaran langsung badan saya menggeletar.

“Bila berniaga macam-macam orang kata, ada orang buat. Badan saya keseluruhan ada tompok-tompok.

“Tak boleh bangun tidur, isteri saya bawa pergi klinik semalam dan kena cucuk dua kali,” katanya lagi. 

Sumber- KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 30-7-2025 11:39 PM
Kesiannya la hai.. sabarlah ye dato. Bukan semua org suka kita...
Quote AceHand 31-7-2025 12:34 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Pastu rerupanya lakonang jer...?


Jizzz... Klong! Klong!

Quote Orenn1 31-7-2025 12:45 AM
AceHand replied at 31-7-2025 12:34 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Pastu rerupanya lakonang jer...?

Itulah susah kak percaya sbb dorg punya lakonan nak buat kontrobesi bukan calang2, hari tu sampai heret dari pentas. Alif sukri pun pnh bergaduh dgn baby shila pukul2 bagai lps tu berduet, so mmg tak blh percaya mana lakonan mana betul. Lagipun Aliff sukri ada project besar bulan august ni katanya nak launch jualan hbags  sebanyak 10k, something mcm tu lah, tu yg promosi gila2.
Quote AceHand 31-7-2025 12:48 AM
Orenn1 replied at 31-7-2025 12:45 AM
Itulah susah kak percaya sbb dorg punya lakonan nak buat kontrobesi bukan calang2, hari tu sampai  ...

[AceHand SPECTaceLAR]

Itulah... Banyak kali sangat dah menipu... Sapa percaya tu aku anggap bodoh walau dia mungkeng tak menipu... Hah! Hah! Hah!


Jizzz... Klong! Klong!

Quote PULANGKAN 31-7-2025 01:19 AM
entah ler, dah berapa kali chuols kontroversi murahan. iols tak caya dah
Quote sharlenetexas 31-7-2025 02:03 AM
Sekadar content.


Quote MatDeghem 31-7-2025 06:36 AM
Content. Untuk sesuap nasi. Dulu gaduh dgn suami yana shamsudin...si yana sampai anxiety. Propa....

Brape dia bayar AA?
Quote slyfynx 31-7-2025 06:59 AM
The boy who cried wolf.
Murahan sgt la cara kau nk buat marketing.
Quote prince_marhaen 31-7-2025 07:33 AM
Netizen baru puji2 kau matured (kes rebekah, bonda kawin), pandai didik anak2 semua menjadi... la ni buat balik drama...hahahaha memang makanan kau lah ni laki bini, dengan tinshit mulut menceceh tak benti... yihhh!
Quote mekfazura 31-7-2025 08:32 AM
Dato.. ayat tergantung... “Ada orang kata saya kena jilat jin, " dia jilat area mana?
Quote supernaturalee 31-7-2025 09:26 AM
slyfynx replied at 31-7-2025 06:59 AM
The boy who cried wolf.
Murahan sgt la cara kau nk buat marketing.

but it works for some people


like....whatever


Quote KamikuP 31-7-2025 09:57 AM
Sapa le nak pecaya 2 ketoi ni..
dUA2 propa2, dua2 sempudal.. ekeke
Quote KBW2 31-7-2025 10:01 AM
Kalau dah sentiasa laku keras, kenapa perlu jugak buat adegan-adegan gimik murahan macam ni eh demi marketing? Tapaham langsung.
Quote Purestteam1 31-7-2025 11:00 AM
harap bukan content.... hidup penuh kepura puraan
Quote kaseh80 31-7-2025 11:00 AM
Lakonan sandiwara opera drama
Quote Purestteam1 31-7-2025 11:00 AM
Diva Vs Badang
Quote miss_perfect 31-7-2025 11:16 AM
KBW2 replied at 31-7-2025 10:01 AM
Kalau dah sentiasa laku keras, kenapa perlu jugak buat adegan-adegan gimik murahan macam ni eh demi  ...

Sebab dia nak hit 1m jualan dalam beberapa minit tu kan terpaksa dia buat gimik gini. Supaya lebih viral.

Tapi... Ko buatlah viral apa2 pun, kalau netizen lain pun hati macam I ni, memang tak teracunnya nak beli produk2 dia.
Quote gideoncross 31-7-2025 11:18 AM
Klau dua ketul ni bising, 100 ckp, 200 iol x prcya
Quote gideoncross 31-7-2025 11:21 AM
Purestteam1 replied at 31-7-2025 11:00 AM
harap bukan content.... hidup penuh kepura puraan

Zmn skrg mmg susah nak prcya kat benda2 mcm ni

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2026 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.135073 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top