CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Jauh sekali nak kembali, buka luka lama, cerai masih segar’ - Diana Danielle

30-7-2025 10:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2863| Komen: 29

 


Pelakon Diana Danielle tidak menafikan memang mengelak untuk berkomunikasi dengan bekas suaminya yang juga aktor Farid Kamil sejak bercerai pada Mac lalu.

Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkata, perkara tersebut dilakukannya kerana mereka baru sahaja bercerai selain masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya.

“Saya pilih untuk menjaga jarak dari segi komunikasi, sebab seperti yang kita tahu, ini satu perkara (perceraian) yang sangat baru dan masih segar.

“Jadi saya perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan baru ini, tapi siapa tahu mungkin satu hari nanti kami akan berkomunikasi semula.

“Namun buat masa sekarang, biarlah semuanya tenang dulu. Saya pun masih mencari rentak dengan fasa baharu ini,” katanya yang ditemui pada sidang media Anugerah MeleTOP Era, di sini semalam.

Tambahnya, tidak menjadi masalah sekiranya tiada sebarang komunikasi antara mereka kerana Farid boleh berhubung terus dengan anak-anak.

Diana juga menegaskan dia tidak pernah mempunyai niat untuk menjauhkan anak-anak dengan Farid bahkan boleh bertemu bila-bila masa sahaja.

“Fokus utama sekarang adalah anak-anak. Bagi saya lebih baik dia berhubung terus dengan mereka supaya tak timbul unsur seperti hendak pengaruhi anak-anak atau sebagainya.

“Apa-apa perkara yang dirasakan sesuai, contohnya kalau dia ada perancangan mahu melakukan sesuatu dengan anak-anak, dia boleh terus bertanya kepada mereka.

“Saya cuma ambil berat mengenai jadual sekolah dan cuba ingatkan mereka mengenai rutin harian contohnya kalau ada tuisyen atau sekolah,” katanya lagi.

Ditanya mengenai kenyataannya di satu temu bual audio siar baru-baru ini sehingga netizen menuduh dia masih belum ‘move-on’, Diana berkata, semua yang dikongsikan adalah sebahagian daripada cerita hidupnya.

“Temu bual itu adalah mengenai perjalanan hidup saya. Sudah tentu bila bercerita mengenai kehidupan, akan muncul beberapa nama yang pernah wujud dalam fasa tertentu bukan hanya dia (bekas suami), malah individu lain juga.

“Saya pun tidak menjangka akan menjadi emosi ketika rakaman, tetapi keadaan itu berlaku secara spontan.

“Namun tak bermaksud saya mahu kembali kepada masa lalu atau membuka semula luka lama. Jauh sekali,” ujarnya.

Dia bagaimanapun memohon maaf sekiranya perkongsian tersebut menyebabkan mana-mana pihak, khususnya Farid yang turut terpalit untuk menjelaskan keadaan.

“Saya cuba sedaya upaya untuk tidak timbulkan apa-apa yang boleh mengundang rasa tak baik.

“Kalau ada sebarang ketidakselesaan dari pihak dia, saya minta maaf. Itu bukan niat saya,” jelasnya.

Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Pasangan itu pernah bercerai kali pertama secara Google Meet pada 10 Ogos 2023, kemudian kembali rujuk, namun akhirnya disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 23 Mac lalu.

Sumber- KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 30-7-2025 10:56 PM
aku kalau dah menyampah nak menyebutnya x kowser nyahhh.apatah lagi bersedu sedan.tapi xpe la benda dah jadi.tapi aku speku fk tu  seeing someone
Quote Farnor 31-7-2025 01:00 AM
kalau tengok keadaan ..farid lebih tampak happy saja...tak pernah lagi dia cerita psal diana sejk divorce..apapun moga dipermudah urusan semua..
Quote Aribaariba 31-7-2025 08:07 PM
Let's fall in love w another man. Xyah buang masa dgn headache that you have already known
Quote Aribaariba 1-8-2025 09:01 AM
Terjumpa dia ri tu. Lawanya. Xde mekap
Quote doubleA 1-8-2025 09:09 AM
Fk yg nampak dah move on
Quote Reira77 1-8-2025 03:58 PM
Aribaariba replied at 1-8-2025 09:01 AM
Terjumpa dia ri tu. Lawanya. Xde mekap

Ha ah iols pun pernah jumpa sheols kat Inside Scoop KLCC tak silap few years ago. Dia pakai simple je tshirt dgn seluar tido. Pun cantik, terserlah aura cantik tu.
Quote apedehal 16-12-2025 06:11 PM
Dari ritu aku tertnya tnya kat benang org lain, kat sini xda yg bukak benang pasal ni. Boipren baru DD kah?happy nya sheol..selalu nmpak berdua

1000068042.jpg
Quote F685 16-12-2025 06:43 PM
apedehal replied at 16-12-2025 06:11 PM
Dari ritu aku tertnya tnya kat benang org lain, kat sini xda yg bukak benang pasal ni. Boipren baru  ...

Ya. Bernard namanya.
Quote sukacactus 16-12-2025 10:24 PM
apedehal replied at 16-12-2025 06:11 PM
Dari ritu aku tertnya tnya kat benang org lain, kat sini xda yg bukak benang pasal ni. Boipren baru  ...

Ooo ini la yg teman dia shopping carpet tu ye
Quote Miejaaa 16-12-2025 10:34 PM
apedehal replied at 16-12-2025 06:11 PM
Dari ritu aku tertnya tnya kat benang org lain, kat sini xda yg bukak benang pasal ni. Boipren baru  ...

Nampak macam Sofea Jane
Quote Madison00 16-12-2025 10:43 PM
Siapa bf dia ni ..dd nampak happy
Quote apedehal 18-12-2025 07:45 AM
F685 replied at 16-12-2025 06:43 PM
Ya. Bernard namanya.

Orang apa tu? Tp mmg nmpak happy dd..bercinta pun relaks2 je, wartawan xda sebuk2 myb sbb xcringe so ppl xnotice
Quote miss_strangers 18-12-2025 07:53 AM
Tahniah dd udah jumper pengganti......shemoger berbahagiaaaaa.......
Quote sukanyanyi 18-12-2025 08:05 AM
Oo benang lama up blk ni. Kenapa takde org buat benang baru psl video dd dgn bf baru? Asben meols yg tunjuk ke meols tu ari. Takkan nk suh heols bukak benang lak, heols tak layan porem. Meols pon tak cukup minat dd ni nk bukak benang ttg sheols.
Quote sukanyanyi 18-12-2025 08:09 AM
apedehal replied at 16-12-2025 06:11 PM
Dari ritu aku tertnya tnya kat benang org lain, kat sini xda yg bukak benang pasal ni. Boipren baru  ...

Ha yg ni la. Awat kena tumpang benang lama... sendu kot dd. Ala, kalo bleh bukak benang psl nowa ngn miki, boleh kot bukak psl dd n ape namenye, bernard? Tp mcm takde ape nk ckp sgt la sbb takde kontroversi. Yg nowa tu psl ned berbunyik. Yg ini fk konfem2 dh pasrah
Quote sweetfasha 18-12-2025 09:03 AM
move on DD.. cari org baru.. hidup baru
Quote nia_salina 18-12-2025 10:14 AM
nampak loving dd and bernard ni. i like. she also looks happier. tapi netizen bodoh duk kecam cakap FK lagi ensem. ingat hensem tu bagi makan or boleh bagi hapy ke
Quote sphinx 18-12-2025 10:25 AM
nia_salina replied at 18-12-2025 10:14 AM
nampak loving dd and bernard ni. i like. she also looks happier. tapi netizen bodoh duk kecam cakap  ...

lg hensem tp tak membahagiakan pun buat apo ye dakk... netizen tu kadang asal boleh je nk komen and sakitkn hati.. iols plak nmpk boyfren baru ni lg hensem..bila dia senyum nmpk comey.. FK kalau senyum nmpk gatai
Quote Zezo 18-12-2025 10:29 AM
BF baru DD ni, org Malaysia ka? Menarik juga face features bf baru DD ni.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2026 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.107131 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top