CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gunung berapi paling aktif di Eropah dan Asia, Klyuchevskoy di Russia meletus selepas gempa bumi dahsyat

31-7-2025 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3562| Komen: 24

 


MOSCOW – Sebuah gunung berapi di Timur Jauh Russia meletus semalam, beberapa jam selepas gempa bumi mega mendorong pemindahan dan amaran tsunami merentasi bahagian pantai Pasifik.

Letusan gunung berapi paling aktif di Eropah dan Asia, Klyuchevskoy, merupakan perkara yang agak biasa.

Sekurang-kurangnya 18 daripadanya berlaku sejak tahun 2000, demikian menurut Program Vulkanisme Global Institusi Smithsonian.

“Klyuchevskoy sedang meletus sekarang,” kata Tinjauan Geofizik Russia di aplikasi Telegram dengan menyiarkan gambar api berwarna oren di atas gunung berapi setinggi 4,700 meter.

“Lahar panas merah diperhatikan mengalir menuruni cerun barat. Terdapat cahaya yang kuat di atas gunung berapi dan letupan,” tambahnya.

Terdahulu, gempa bumi berukuran 8.8 magnitud melanda pantai wilayah Kamchatka di Timur Jauh Russia.

Amaran tsunami di Kamchatka telah ditarik balik 11 jam kemudian selepas gempa yang menyebabkan ombak besar itu tidak menjejaskan kawasan berpenduduk jarang, terletak berhampiran Jepun itu. – AFP 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 31-7-2025 01:06 PM
Takut nya..smlm baru nampak ex classmate yg kerja dekat Jepun post 1st wave tsumani.. dia kata time2 ni baru rasa bertuahnya duduk Msia w/pun gaji tak banyak
Quote B40tastePosh 31-7-2025 01:08 PM
Makin banyak la baja Potash keluar dari perut bumi, potas bagus untuk penghasilan buah , sayur dan menyuburkan rumput untuk ternakan.
Quote pisanggoreng 31-7-2025 01:26 PM
[youtube]xfRbUZ39fpQ?feature=shared[/youtube]
Quote sharlenetexas 31-7-2025 09:55 PM
B40tastePosh replied at 31-7-2025 01:08 PM
Makin banyak la baja Potash keluar dari perut bumi, potas bagus untuk penghasilan buah , sayur dan m ...

Uols tanam sayur apa sekarang?


Quote B40tastePosh 31-7-2025 09:59 PM
sharlenetexas replied at 31-7-2025 09:55 PM
Uols tanam sayur apa sekarang?

Iols tanam Pokok Bunga Mawar Kuning untuk Mandi Tabal
Quote sharlenetexas 31-7-2025 10:00 PM
B40tastePosh replied at 31-7-2025 09:59 PM
Iols tanam Pokok Bunga Mawar Kuning untuk Mandi Tabal

Iols cuma ada ros pink dan merah. Pernah beli warna kuning cameron tapi dah mati.


Quote B40tastePosh 31-7-2025 10:02 PM
sharlenetexas replied at 31-7-2025 10:00 PM
Iols cuma ada ros pink dan merah. Pernah beli warna kuning cameron tapi dah mati.

Iols try tanam bawah pokok Kelor, biar tak kena cahaya matahari petang... harap hidup la
Quote besi_kelabu 31-7-2025 10:04 PM
orkid_amani replied at 31-7-2025 01:06 PM
Takut nya..smlm baru nampak ex classmate yg kerja dekat Jepun post 1st wave tsumani.. dia kata time2 ...

Sorry nak Tanya,boleh saya tahu siapa moderator di bod isu semasa?
Quote sharlenetexas 31-7-2025 10:05 PM
B40tastePosh replied at 31-7-2025 10:02 PM
Iols try tanam bawah pokok Kelor, biar tak kena cahaya matahari petang... harap hidup la

Pokok kelor tu moringa kah?


Quote B40tastePosh 31-7-2025 10:15 PM

Haah, pokok moringa.

Kan jenis tumbuh tinggi kan, so dia macam hadang cahaya petang...so aku try tanam 1.8 meter dari moringa.

Harap Hidup la.
Quote sharlenetexas 31-7-2025 10:17 PM
B40tastePosh replied at 31-7-2025 10:15 PM
Haah, pokok moringa.

Kan jenis tumbuh tinggi kan, so dia macam hadang cahaya petang...so aku try  ...

Moringa ni senang je idup. Ni kat rumah ada pokok moringa dah puluh2 tahun usia. Pastu ada jugak pacak kat tempat lain. Moringa ni pokok cepat besar. Kalau dahan kecik boleh aku cantas sendiri guna parang. Kalau besar sangat iols upah orang trim pokok.


Quote B40tastePosh 31-7-2025 10:25 PM
sharlenetexas replied at 31-7-2025 10:17 PM
Moringa ni senang je idup. Ni kat rumah ada pokok moringa dah puluh2 tahun usia. Pastu ada jugak p ...

Biar je dia tumbuh tinggi...Moringa ni boleh jadikan tembok ghaib.

Uols try zikir pada air beras atau air biasa Ya Nur, Ya Rhman, Ya Qawiy Ya Salam baca Yassin ayat 9...lepastu siram pada pokok Kelor tu, niat Kelor Ini akan berzikir menolak sebarang panah sihir dari segala arah ke rumah ku..berkat Lailahaillallah Muhammadur Rasullullah
Quote sharlenetexas 31-7-2025 10:25 PM
B40tastePosh replied at 31-7-2025 10:25 PM
Biar je dia tumbuh tinggi...Moringa ni boleh jadikan temboh ghaib.

Uols try zikir pada air beras  ...

Sejak bila uols vibe setat setazah ni?


Quote B40tastePosh 31-7-2025 10:30 PM
Edited by B40tastePosh at 31-7-2025 10:33 PM
sharlenetexas replied at 31-7-2025 10:25 PM
Sejak bila uols vibe setat setazah ni?

Sejak iols tahu iols ada pendamping dari nenek moyang..so iols jadi Mak Esah

Btw boleh try pada pokok lain juga, beberapa pokok memang tempat singgah roh.

Atau boleh buat macam itu pada batu Sungai...atau pada labu air kecil, dalam itu kena letak beberapa bahan...tapi lena buat 4 penjuru ..

Kalau Kelor ini jenis menjulang tinggi, so dia dah awal awal cucuk langit over your atap rumah.
Quote B40tastePosh 31-7-2025 10:50 PM
sharlenetexas replied at 31-7-2025 10:25 PM
Sejak bila uols vibe setat setazah ni?

Iols penah dapat mimpi, diberitahu yang paling Jahat itu adalah Manusia, dan Yang paling baik itu juga manusia..dan pertengahan antara keduanya adalah Jin.

Dan Khalifah itu adalah manusia, termasuk semua yg kita zikirkan adalah arahan/niat atas sesuatu sebagai Khalifah termasuk pada batu dan pokok.

Semua orang ada kebolehan untuk merawat juga berkebolehan untuk sihir.....cuma manusia tak tahu sebab tidak Yakin kerana mereka adalah Ghaib yang terperangkap dalam Jasad...mereka hanya yakin benda yang nyata.
Quote nisako 1-8-2025 08:19 AM
adui gempa le pulak
Quote gideoncross 1-8-2025 07:54 PM
B40tastePosh replied at 31-7-2025 10:25 PM
Biar je dia tumbuh tinggi...Moringa ni boleh jadikan tembok ghaib.

Uols try zikir pada air beras a ...

Aiol nak take note yg ni, seems useful juga
Quote pooh~key 1-8-2025 08:35 PM
orkid_amani replied at 31-7-2025 01:06 PM
Takut nya..smlm baru nampak ex classmate yg kerja dekat Jepun post 1st wave tsumani.. dia kata time2 ...

Over dramatic betul kawan chuols tu sissy.
Quote B40tastePosh 1-8-2025 08:44 PM
gideoncross replied at 1-8-2025 07:54 PM
Aiol nak take note yg ni, seems useful juga

Iya, tadah aja air beras...jangan buang, sihir kalah dengan air beras sebab beras tu sejuk, simbol rezeki dan kehidupan.

Sihir ni panas elemen api.

Tapi kena zikir la dahulu lepastu doa..baca Yassin Ayat 9.Sebab kita mohon dari Allah yang kuasa berkat dari Nama-Nama Dia.

Siram pada pokok yang hidup, renjis keliling rumah, atau siram pada batu sungai 4 penjuru di rumah.

Ni cara mudah....

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2026 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.045812 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top