CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekebun di Raub tidak sempat jual durian ditanam secara haram di Hutan Simpan Gunung Benum

31-7-2025 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1911| Komen: 16

 


RAUB – Seorang pekebun durian berputih mata apabila tidak sempat meraih keuntungan menjual durian musang king dan D24 yang ditanam secara haram di Hutan Simpan Gunung Benum di sini selepas ditahan pihak berkuasa semalam.

Lelaki berusia 48 tahun yang memandu trak pikap dengan membawa 919 kilogram durian jenis musang king dan D24 bernilai kira-kira RM5,000 itu ditahan pihak berkuasa yang melakukan rondaan kira-kira pukul 7 pagi.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Zainuddin Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati pokok durian berkenaan berada dalam Kompartmen 91 Hutan Simpan Gunung Benum dan dipercayai untuk pasaran tempatan.

Katanya, jabatan bertindak tegas dengan menyita kenderaan termasuk durian sebelum tindakan seterusnya dilakukan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh hutan simpan.

“Lelaki yang ditahan itu kemudian dibebaskan apabila mendapat jaminan polis selepas keterangan diambil.


“Pegawai penyiasat JPNP akan melakukan siasatan seterusnya sebelum tindakan undang-undang diambil kerana mengeluarkan hasil hutan (durian) tanpa kebenaran,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, Hutan Simpan Gunung Benum menjadi kawasan tanaman durian termasuk pokok buah-buahan seperti manggis, rambutan serta petai dan kantan secara haram.

Dalam pada itu Zainuddin berkata, pihaknya melakukan operasi sejak 21 Julai lalu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Pasukan Gerakan Am (PGA), Rela serta Pejabat Daerah dan Tanah Raub dilancarkan.

Beliau memberitahu, lebih 40 kakitangan JPNP yang bergabung dengan agensi terbabit dalam operasi bersepadu kali ini menumpukan rondaan dan tindakan di Hutan Simpan Gunung Benum yang dilakukan secara berterusan selama 60 hari.

Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu yang terbabit dengan penerokaan Hutan Simpan Gunung Benum secara haram dan mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menceroboh.

“Jabatan berharap mereka yang tinggal berhampiran hutan simpan di negeri ini supaya tidak memindah hasil hutan dan melakukan apa juga aktiviti dalam kawasan hutan terbabit bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

“Anggota unit penguatkuasa pejabat hutan daerah sentiasa melakukan rondaan di kawasan panas dalam kawasan hutan simpan di negeri ini, selain melakukan aktiviti pertanian terdapat juga pihak yang beriadah. Untuk masuk ke dalam hutan simpan memerlukan permit atau kebenaran jabatan,”ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 1-8-2025 03:19 PM
Sampai dah leh tuai hasil baru nak sita...hmmm...
Quote primarikey 1-8-2025 03:35 PM
Durian yg disita tu nt polis smpn sampai bila...smp busuk ka

Polis2 tak terliur ke tgk lulian yg byk tu

Quote Nuyak 1-8-2025 04:34 PM
bagi2 makan sesama diaorg je la tu...
Quote n3ar 1-8-2025 04:53 PM
apa lagi, tindakan makan sampai licin la...

tak pun agih2 utk jualan sdn bhd
Quote pengecatbintang 1-8-2025 05:36 PM
Edited by pengecatbintang at 1-8-2025 05:39 PM

pokok durian tu koman koman lebih 5 tahun

ada pokok durian umur > 15 tahun

la ni

rekyat salahkan gov madani yg benarkan cine ceroboh tanah gov

padahal gov madani baru perintah tak sampai 3 tahun

masa depa ceroboh tanah tu 5 tahun ke 15 tahun lepas

x plak bising kat gov masa tu

biased

kalo x biased.. BODO

bodo tu pree

da tua pon bodo

[youtube]NG3aPXMSB10[/youtube]


Quote pengecatbintang 1-8-2025 05:40 PM
Nuyak replied at 1-8-2025 04:34 PM
bagi2 makan sesama diaorg je la tu...

kalo makan durian tu

bukti ilang lah taks?

Quote albedah 1-8-2025 07:38 PM
Lepas tu, durian tu buat apa? Jabatan makan beramai2?
Quote L.U.S.M 2-8-2025 11:54 AM
Nnt makan sesame dorg pastu snap gambar kulit je
Quote Decaffeinated 2-8-2025 01:52 PM
Durian tu dah dijampi santau. Makanlah kalau berani.

Jumpa di neraka kata apek musang king.
Quote AbukRokok 2-8-2025 11:09 PM
primarikey replied at 1-8-2025 03:35 PM
Durian yg disita tu nt polis smpn sampai bila...smp busuk ka

Polis2 tak terliur ke tgk lulian yg by ...

bawak blik rumah masing2
mahh...abg bawak musangking

Quote kikyou 3-8-2025 03:18 PM
Mmg sengaja ke? ... Dah sampai musim tuai hasil...baru dorang nak ambik tindakan. Sbb nak derian free ke? Tanye je...
Quote Decaffeinated 3-8-2025 05:01 PM
Apakah hukum memakan durian yang ditanam secara haram kemudian dirampas secara halal?
Quote airfilterkotor 3-8-2025 06:03 PM
Musang King+D24 berat total 919kg bersamaan RM5k.
Kalu pukul rata, sekilo=RM5.40sen.

Sampai kat pembeli berapa pulak?
Quote TeropongThaico 3-8-2025 07:36 PM
Buat kenduri makan2 pulut durian sedap nih
Quote B40tastePosh 4-8-2025 12:42 PM
pengecatbintang replied at 1-8-2025 05:40 PM
kalo makan durian tu

bukti ilang lah taks?

Tunjuk tahi depan majistret pun boleh
Quote B40tastePosh 4-8-2025 12:43 PM
Decaffeinated replied at 3-8-2025 05:01 PM
Apakah hukum memakan durian yang ditanam secara haram kemudian dirampas secara halal?

Hujung2 kerajaan yang menang, semua pahala pergi ke Sultan

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2026 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.051833 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top