CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ramai tolak sebab tak sanggup botak tapak 3, tapi Aqasha..’

31-7-2025 11:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2690| Komen: 40

 


Bukan semua sanggup berkorban demi tuntutan watak, namun pelakon Aqasha membuktikan komitmennya apabila rela memotong rambut pendek, sekali gus menerima pujian daripada pengarah dan penerbit tersohor, Erma Fatima.

Menerusi hantaran Instagram, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, berkongsi video memaparkan momen rambut Aqasha digunting bagi persiapan penggambaran akan datang sekali gus kagum dengan komitmen aktor terbabit.

“Ramai yang tolak watak ini sebab tak sanggup potong rambut pendek nombor (tapak) tiga, tapi Aqasha terima.

“Ramai boleh berlakon, tapi tak semua sanggup jadi pelakon sebenar. Syabas, adik saya Aqasha,” tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat serta meluahkan rasa rindu terhadap lakonan Aqasha.

Malah, ada yang mengaitkan penampilannya kini dengan watak dalam filem Embun arahan Erma pada tahun 2002.


“Botak macam cerita Embun dulu, semoga menjadi,” kata seorang pengguna.

“Macam muka M. Nasir dari jauh,” ujar pelakon Zarina Zainuddin.

“Muka dari filem Embun sampai sekarang sama saja, menolak tua ya,” komen seorang lagi.

Untuk rekod, Aqasha atau nama lengkapnya Firdee Akassya Rosli, 43, memulakan kerjaya sebagai penyanyi sebelum debut lakonannya menerusi filem Embun.

Sejak itu, dia sudah membintangi lebih 20 karya filem dan drama termasuk Man Laksa, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Ajaibnya Cinta, Nafsu dan Tersalah Cinta.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 1-8-2025 08:04 AM
jangan lepas ni ada yang mintak sperma jepun lagi sudah lah...
Quote MatDeghem 1-8-2025 08:53 AM
Eh...fattah amin ada tak kat drama ini?





Quote doubleA 1-8-2025 08:55 AM
Embun……
Quote supernaturalee 1-8-2025 11:41 AM
botak kepala je pun

klu bab fizikal appearance utk tuntutan watak, rsnya sam je kot yg plg daring


Quote edoraixora 1-8-2025 12:07 PM
rambut kan boleh tumbuh semula
tolak job sebab kena botakkan kepala macam alasan bodoh bagi seorang pelakon
Quote dewi_rina 1-8-2025 12:16 PM
Elok lg dia botak dari rambut panjang mcm tu
Quote per706 1-8-2025 02:01 PM
Tapak 3,tebal lagi.xde la nipis sgt.ok la tu.dia ni plak mcam jenis yg mudah nk pjg balik.bayaran pon mesti setimpal jugak kan
Quote supernaturalee 1-8-2025 02:41 PM
dewi_rina replied at 1-8-2025 12:16 PM
Elok lg dia botak dari rambut panjang mcm tu

"Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu"





klu dah rambut panjang nnt jenuh masuk mulut pulak

puih puih

Quote dewi_rina 1-8-2025 02:58 PM
supernaturalee replied at 1-8-2025 06:41 AM
"Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu"

Malam tadi tiber2 lagu embun naik, aqasha masa muda tiber nampak mcm hun haqeem
Quote mrseller 1-8-2025 03:25 PM
supernaturalee replied at 1-8-2025 11:41 AM
botak kepala je pun

klu bab fizikal appearance utk tuntutan watak, rsnya sam je kot yg plg daring

Sam cendawan muscle memory terbaik. Cepat jer dia bagi kurus
Quote supernaturalee 1-8-2025 03:46 PM
mrseller replied at 1-8-2025 03:25 PM
Sam cendawan muscle memory terbaik. Cepat jer dia bagi kurus

sam dawan

jgn dipetik affiliate dgn siapa

kang panjang cerita




Quote exclusive_vvip 1-8-2025 04:31 PM
kenapa i rasa mcm tak logik je ada yg tolak offer sebab kena botak tapak 3 tu? botak dapat duit kottt..tapi xtau la kot offer tu utk sorang dua je, and yg di offer sebelum ni ada kontrak kerja membabitkan appearance…tapi kalu ada yg tolak sesaja sbb kena botak tu mcm tak logik je..
Quote syawal286 1-8-2025 04:42 PM
yg x nak sebab kena botak tu, jenis rambut takkan tumbuh balik ke?
Quote sukanyanyi 1-8-2025 05:20 PM
dewi_rina replied at 1-8-2025 12:16 PM
Elok lg dia botak dari rambut panjang mcm tu


meols in love dgn heols yg rambut pjg begini, kaka

Bye rambut pjg bamqasha.. for now..
Quote September14 1-8-2025 05:26 PM
Padahal org xnk kje dgn kau
Quote katak hijau 1-8-2025 05:32 PM
Terpaling berkorban
Padahal ko elok je dpt payment
Quote mrseller 2-8-2025 07:19 AM
supernaturalee replied at 1-8-2025 03:46 PM
sam dawan

jgn dipetik affiliate dgn siapa

Hehehe kang aku pulak kena bayar utang kilang kan kah kah kah
Quote Minami2013 2-8-2025 08:12 AM
Botak je pun.

Kalo yg botak licin ni kepala kalo cantik nmpak elok la. Tp kalo kepala jenis masa baby baring terlentang je, kepala jadi leper.
Quote Safirania 2-8-2025 02:11 PM
Dia ni aku teringat cerita man laksa je. Mungkin sebab aku betul2 minat cite man laksa kot.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2025 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.040287 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top