CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangkitan kuman, ibu jari kaki kanan Sathiya dipotong

31-7-2025 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 870| Komen: 9

 


Akibat jangkitan kuman, ibu jari kaki kanan pelawak veteran, Sathiya terpaksa dipotong agar tidak merebak ke bahagian lain.

Khabar berkenaan dikongsikan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid yang melawat pelakon berusia 60 tahun itu di Hospital Ampang.


“Dapat sahaja tahu tentang keadaan Sathiya, saya terus bergegas ke hospital dari Parlimen untuk ziarah.

“Ibu jari kaki kanan kena kuman dan perlu dipotong, kalau tak boleh kena jangkitan pada badan,” katanya dalam hantaran di laman sosial.

Wakil rakyat terbabit turut berkongsi sepotong videonya bertanya khabar dan berbual dengan Sathiya atau nama sebenarnya Sathia Periasamy.


Walaupun dalam keadaan kaki berbalut, pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu tetap bersemangat melayani tetamu.

Dia juga sempat bergurau menyatakan dirinya baik-baik, bahkan masih boleh bermain bola sepak.

Pada Julai tahun lalu Sathiya pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan angin ahmar yang membuatkan pergerakannya agak terbatas.

Selain itu, dia juga sudah beberapa tahun menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 1-8-2025 11:24 AM
Sathiya ni pernah jadi mc, masa aku kahwin dulu
Quote Purestteam1 1-8-2025 12:03 PM
siannya.. moga sihat spt biasa uncle
Quote lasagna 1-8-2025 01:10 PM
get well soon uncle sathiya!!
Quote apedehal 1-8-2025 01:15 PM
Speedy recovery..sian pulak dia
Quote Dalcott 1-8-2025 01:41 PM

Speedy recovery sathya
Quote KamikuP 4-8-2025 04:38 PM
Moga cpt sembuh.. dia kawen ke dak?

"Sudah tukar kaaa?"
Quote pasubungaa 4-8-2025 05:44 PM
GWS!
Quote LadyWhistledown 4-8-2025 05:46 PM
get well soon uncle. jaga pemakanan, makan makanan yang sihat2.. kurangkan gula..
Quote emera 4-8-2025 09:34 PM
Jaga makan laaa uncle, kalu nk cpt sembuh. Belajar berenti makan karbo. Sikit2 tu xpe kalu ambik ubat/insulin takut hypo. Kalu makan x jaga, ubat sebeban pun x guna.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2026 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.047413 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top