CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanada pula rancang iktiraf negara Palestin pada September ini kata Perdana Menteri Mark Carney

31-7-2025 11:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2674| Komen: 21

 

OTTAWA –  Perdana Menteri Mark Carney menyatakan bahawa Kanada merancang untuk mengiktiraf negara Palestin pada September ini, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Ia menjadikan Kanada negara Kumpulan Tujuh (G7) ketiga yang membuat pengumuman sedemikian sejak beberapa hari lalu.

Carney berkata, langkah itu bergantung kepada reformasi demokrasi, termasuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang akan mengadakan pilihan raya tahun depan tanpa Hamas.

Kenyataan beliau dibuat sehari selepas United Kingdom (UK) mengumumkan bahawa ia akan mengiktiraf negara Palestin pada September  ini, melainkan Israel bersetuju dengan gencatan senjata dan syarat lain. Perkembangan itu berlaku seminggu selepas Perancis mengumumkan rancangan sama.

Kebanyakan negara atau 147 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi mengiktiraf negara Palestin.


Carney berkata, Kanada akan mengiktiraf negara Palestin secara rasmi pada Perhimpunan Agung PBB yang akan datang.

Beliau menyebut perluasan penempatan haram Israel di Tebing Barat, situasi kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza dan serangan 7 Oktober 2023 ke atas Israel oleh Hamas sebagai sebab di sebalik peralihan dramatik Kanada dalam dasar luar negaranya.

“Tahap penderitaan manusia di Gaza tidak dapat ditanggung dan ia semakin merosot dengan cepat,” kata Carney kepada pemberita kelmarin.

Beliau berkata, pengiktirafan kenegaraan Palestin akan bergantung pada komitmen PA untuk secara asasnya mereformasi tadbir urusnya dan melucutkan senjata di wilayah itu. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 1-8-2025 09:30 AM
Trump threatens trade war with Canada over recognition of Palestinian state[youtube]RZd2GRg47EI[/youtube]

Quote cmf_almondpecan 1-8-2025 06:04 PM
Iktiraf saja tanpa tolak balik ke Israel proper semua penjajah Israel kat tebing barat pun tak mendatangkan kesan praktikal. Mungkin hanya simbolik.
Quote sharlenetexas 1-8-2025 08:13 PM
Trudeau tengah happy happy dating dgn katy perry


Quote Decaffeinated 1-8-2025 11:46 PM
Palestine ni selepas merdeka apa hasil eh nak sustain? soalan serius.

Quote hmmlantakko 2-8-2025 12:12 AM
nk iktiraf dgn bersyarat. cilaka btul
Quote MissYouSayang 2-8-2025 12:25 AM
Iktiraf guna air liur ja sebijik cam BT dgn potensi pelaburan
Quote Decaffeinated 2-8-2025 08:08 AM
'United Kingdom (UK) mengumumkan bahawa ia akan mengiktiraf negara Palestin pada September  ini, melainkan Israel bersetuju dengan gencatan senjata dan syarat lain.'

Kalau ada gencatan senjata tak jadi lah iktiraf?
Quote Decaffeinated 2-8-2025 08:12 AM
hmmlantakko replied at 2-8-2025 12:12 AM
nk iktiraf dgn bersyarat. cilaka btul

Malaysia pun tengah pressure untuk declare stand on hamas. Geng2 Wisma Putra tengah pening.
Quote Minami2013 2-8-2025 12:09 PM
Wayang je ni.
Quote wikedsaikel 2-8-2025 12:23 PM
cmf_almondpecan replied at 1-8-2025 06:04 PM
Iktiraf saja tanpa tolak balik ke Israel proper semua penjajah Israel kat tebing barat pun tak menda ...

Aku pikir dalam kepala ni “something’s brewing”. Iktiraf saja tanpa halau istael balik ke Poland adalah tiada makna buat Palestine.
Quote Decaffeinated 2-8-2025 01:49 PM
wikedsaikel replied at 2-8-2025 12:23 PM
Aku pikir dalam kepala ni “something’s brewing”. Iktiraf saja tanpa halau istael balik ke Polan ...

The most you can hope for is pengunduran Israel dari West Bank. Not easy but possible.

Bila hampir seluruh dunia sudah mengiktiraf Palestine, tekanan akan beralih kepada remaining countries yang masih tidak mengiktiraf Israel. Malaysia salah satunya.

Quote axl_bach 2-8-2025 04:08 PM
Edited by axl_bach at 3-8-2025 07:21 AM
wikedsaikel replied at 2-8-2025 12:23 PM
Aku pikir dalam kepala ni “something’s brewing”. Iktiraf saja tanpa halau istael balik ke Polan ...


Nak expect dorg balik Poland? Setelah dorg survived a series of wars??..... Dorg mmg akan stay situ hingga pohon Gharqad berbicara
Quote TOPwind 2-8-2025 04:32 PM
France, UK dan Canada ni drama je lebih.

kononya.

jika betul attacklah Israel tu macam Iran buat.


Quote wikedsaikel 3-8-2025 12:00 AM
axl_bach replied at 2-8-2025 04:08 PM
Nak expect dorg balik Poland? Setelah dorg sirvived a series of wars??..... Dorg mmg akan stay sit ...

Tak expect. I was saying that the sudden recognition by some countries especially french ni wayang jaaa
Quote axl_bach 3-8-2025 11:12 AM
wikedsaikel replied at 3-8-2025 12:00 AM
Tak expect. I was saying that the sudden recognition by some countries especially french ni wayang ...

Wayang ke x kita tgk ikut kacamata kita..... Kalau pakai kacamata agama, kena igt negara2 kafir ni mmg berlakon jer nk berbaik...
Walan tardho......

Tp kalau kita tgk dari kacamata humanitarian, aku x rasa dorg wayang jer....

Itulah, ikut kita nk guna teropong apa....
Quote plywood 3-8-2025 11:47 AM
axl_bach replied at 3-8-2025 11:12 AM
Wayang ke x kita tgk ikut kacamata kita..... Kalau pakai kacamata agama, kena igt negara2 kafir ni ...

yes ...

aku percaya uk france dan canada ni guna perspektif kemanusiaan, bukannya agama ... walaupun perang tetapi ada yang melihat israel dah melampaui batas apabila mengamuk tanpa pedulikan nyawa orang awam... rumah2 orang awam pun hancur kena bom. ada pihak yang melihat ini dah sampai kepada genocide spt afrika selatan..

asalnya uk france ni sekutu israel, dengan mengiktiraf palestin ni negara, maka itu menunjukkan negara-negara ini tak setuju dengan tindakan israel... itu perkembangan pertama, apa yang berlaku selepas itu kita tunggulah... lagi pun apa kita expect uk france dan kanada ni boleh buat... dibelakang israel tu amerika, takkan uk france dan kanada nak lebih-lebih pulak, maukah mereka berperang dengan us...

Quote Dwdrum 4-8-2025 07:20 AM
Edited by Dwdrum at 3-8-2025 03:21 PM

Arab nation country sekarang minta hamas surrender govern gaza strip... Untuk establish Palestinian state and di recognise..

Motive acik forum pula fefeling barat yang akan recognise Palestine akan perang
against israel... Depa fight untuk peace di palestine and israel bukan make it worse... If mahu perang lawan israel suruh gomen negara sendiri lawan israel...
Quote Decaffeinated 4-8-2025 07:36 AM
TOPwind replied at 2-8-2025 04:32 PM
France, UK dan Canada ni drama je lebih.

kononya.

Kenapa nak serang Israel pula? Dorang recognise Palestine sebab mereka nampak itu satu (sahaja) cara ke arah keamanan. Serang Israel?
Quote Decaffeinated 4-8-2025 07:45 AM
plywood replied at 3-8-2025 11:47 AM
yes ...

aku percaya uk france dan canada ni guna perspektif kemanusiaan, bukannya agama ... wala ...

Aku tak nampak kaitan secara langsung pengiktirafan Palestin dgn sikap mereka terhadap tindakan Israel, apa lagi sbg 'hukuman' terhadap Israel. Itu spekulasi sahaja. Boleh saja jadi mereka mengiktiraf Palestine at the same time menyokong Israel. Yang pasti dorang tak sokong Hamas. Itu official.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-4-2026 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.254732 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top