CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

171 warga asing disaman tak pakai tali pinggang dalam bas - JPJ

31-7-2025 11:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1382| Komen: 3


SEREMBAN – Sebanyak 171 warga asing disaman susulan tidak mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar di dalam bas bermula 1 Julai hingga hari ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata, secara keseluruhannya, jumlah saman yang dikeluarkan kepada penumpang bas yang gagal mematuhi peraturan berkenaan adalah sebanyak 243 kes dengan 72 kes membabitkan warga tempatan.

“Daripada 92 buah bas yang dinaiki semasa penyamaran, sebanyak 179 saman telah dikeluarkan kepada penumpang yang melakukan kesalahan tersebut.

“Selain daripada kaedah penyamaran sebagai penumpang, pasukan penguatkuasa juga membuat pemeriksaan mengejut bas-bas berkenaan di Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) serta Hentian Sebelah di Lebuhraya Utara Selatan,”tokatanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Hanif Yusabra, penguatkuasaan khas pemakaian tali pinggang keledar Bas Ekspres dan Bas Persiaran dilaksanakan bermula 1 Julai hingga hari ini bagi menangani isu keselamatan jalan raya.  


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 1-8-2025 10:54 AM
sAMan cik.. jgn tak saman
Quote fattymah 1-8-2025 07:18 PM
Perabih surat saman jah.. bukan dapat hasil pung

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2026 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.030957 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top