|
PELAKON Chacha Maembong belum bersedia untuk mendedahkan identiti jejaka yang sedang dikenalinya sejak lebih tiga tahun lalu. Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 29, berkata kali ini dia mahu menjaga privasi pasangannya kerana bimbang jika terlalu terbuka hubungan itu akan berakhir seperti pengalaman terdahulu. "Ya, saya sedang berkawan dengan seseorang, tetapi buat masa ini saya tak mahu dedahkan identitinya. "Kami sudah kenal lebih tiga tahun. Biarlah hubungan ini kekal privasi. Selagi belum ada kata putus, saya tak mahu kongsi kepada khalayak," katanya kepada mStar. Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai foto makan malam romantik sempena ulang tahun kelahirannya ke-29 yang dimuat naik di Instagram semalam. Menurut Chacha, dia kini lebih berhati-hati kerana menyedari keterbukaan dalam hubungan boleh mengundang pelbagai reaksi negatif daripada orang luar. "Bila terlalu terbuka, ada yang tak suka dan akhirnya hubungan itu tak menjadi. Sebab itu saya lebih berhati-hati sekarang. "Soal kahwin dan jodoh bukan perkara main-main. Saya takut hal sama berulang lagi (berpisah)," ujarnya. Dalam pada itu, Chacha turut berkongsi dia sudah bersedia untuk bergelar isteri dan memiliki zuriat, namun reda sekiranya belum tiba masanya. "Pada usia sekarang, saya memang dah bersedia untuk ada keluarga dan anak. Tapi mungkin belum rezeki. "Fokus saya sekarang adalah diri sendiri, keluarga dan kerja. Kalau ada jodoh, takkan ke mana," katanya. Sumber – mStar |
I.K.A888990 replied at 1-8-2025 01:11 AM
lawanya chacha..suka betullah dgn dia ni
mcm2 emosi bila tgk scene dia dlm mandul haha
JahLupa replied at 1-8-2025 07:35 PM
Cuantekkk nye she skarang.. tp kena diam. bila start becakap jd kurang cantek
Aribaariba replied at 2-8-2025 05:35 PM
Betul . Byk org nampak lawa . Tp bila bukan mulut, the shape of the mouth , memek, suara, butir ck ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-4-2026 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.215805 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.