CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Polis Mungkin Salah Tetapi Kalau Ada Korban, Perusuh Sebenarnya Adalah Punca” – Prabowo

2-9-2025 11:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7550| Komen: 45

 


Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, berkata anggota polis negara itu yang didapati bersalah dalam menangani demonstrasi yang bertukar menjadi ganas baru-baru ini akan dikenakan tindakan tegas.

Bagaimanapun, tegas beliau, masyarakat tidak sepatutnya melupakan pengorbanan puluhan petugas keselamatan yang juga menjadi mangsa dalam insiden itu.

"Ini sedang diselidiki. Kalau ada kesalahan, akan diambil tindakan."

Tambah Prabowo, Polis Republik Indonesia (Polri) kini sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap anggota yang didakwa melanggar prosedur semasa mengawal demonstrasi yang merebak ke seluruh negara sejak minggu lalu.

"Polis kadang-kadang, ya namanya menegakkan hukum, ada yang khilaf, ada yang keterpaksaan. Tapi kalau ada korban, yang benar-benar salah adalah mereka yang membuat rusuhan sehingga rakyat tidak berdosa menjadi mangsa."



Dalam pada itu, Prabowo juga mengucapkan penghargaan kepada anggota Polri yang tercedera atau terkesan semasa bertugas dan turut menekankan bahawa pasukan keselamatan telah bekerja siang dan malam untuk menjaga ketenteraman negara itu.

"Tapi jangan lupa, puluhan petugas juga berkorban. Polis siang malam menjaga keamanan."


Sumber: Beautifulnara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 3-9-2025 01:30 AM
First time rasenya negara Indo rusuhan seteruk mcm ni. Mungkin mereka ambil semangat  #justiceforsara..Yg dicetuskan oleh piemX
Quote PULANGKAN 3-9-2025 01:37 AM
ada juga kawan iols update kat sana, tapi risau bateri tak cukup, atau takut line hilang

nak beli makanan pun ada bunyi tembakan, pastu orang ramai lari sebab tiba2 ada orang libas parang. nampak ada beberapa mangsa diculik, nauzubillah min zalik
Quote Apoo 3-9-2025 03:38 AM
Purplehaz replied at 3-9-2025 01:30 AM
First time rasenya negara Indo rusuhan seteruk mcm ni. Mungkin mereka ambil semangat  #justiceforsar ...

This is nothing la. Rusuhan tahun 1998 lagi teruk. Sampai sekrg tak dak angka rasmi kematian.
Quote batmana 3-9-2025 04:07 AM
Dia belum sedar ke..dia pun punca utama rusuhan ni terjadi..
Quote lolipopmanish 3-9-2025 07:05 AM
Masih berdemo ke dorang kat sana?

Tak reda lagi ye?
Quote Shayang 3-9-2025 07:33 AM
Ummah konoha tak suka hidup aman damai
Demo ni mcm isi dan kuku
Bukan menda baru dan mengejutkan pun
Aku akan terkejut kalau langsung takde demo pastu dorang elok2 tertib sopan santun
Haa dah buang tebiat ke apa tiba2 kelakuan mcm manusia bertamadun plak.
Quote Purplehaz 3-9-2025 07:49 AM
Apoo replied at 3-9-2025 03:38 AM
This is nothing la. Rusuhan tahun 1998 lagi teruk. Sampai sekrg tak dak angka rasmi kematian.

Ohyeker..dasyat bangsa dorang ni, sanggup eh. Mungkin rakyat dia terlampau ramai and jobless sbb tu x kisah apa dah.
Quote nisako 3-9-2025 08:16 AM
lagi la org marah ckp cm ni
Quote Kitty_catz 3-9-2025 08:47 AM
mungkin ramai dah cerdik kut... dulu diperbodoh2kan dan mengagung2kan ahli politaiks and retis

dekat tereds ada yg suh warga konoha claim si aisar kaled tu , warge meisa nak kasik free jah, no need pay
Quote sukacactus 3-9-2025 08:59 AM
Pak presiden jgn salah ckp ye, salah ckp skit je nnt diaorg ngamuk lg
Quote KamikuP 3-9-2025 09:34 AM
Pak Prabowo dan para menteri takde soft skill meolls rasa.. cakap bukan ikut mulut tapi ikut ponggong.. ekekeke

#kembalikanmasjoko
Quote pengecatbintang 3-9-2025 09:35 AM
ada yg dakwa colour revolution by U.S
Quote pengecatbintang 3-9-2025 09:36 AM
bila berlaku rusuhan

ada yg akan ambik kesempatan buat jenayah

mcm rompak rogol
Quote pengecatbintang 3-9-2025 09:37 AM
pengecatbintang replied at 3-9-2025 09:36 AM
bila berlaku rusuhan

ada yg akan ambik kesempatan buat jenayah

indon kalo mai Mesia nak rompak

depa rompak dgn ganas

kalo dah terkepung

depa akan attack polis ngan parang


Quote shernazz 3-9-2025 09:41 AM
Nusaraya adadapat tak nasi uduk dikirim dari grab untuk anda
Quote noell 3-9-2025 09:42 AM
Kitty_catz replied at 3-9-2025 08:47 AM
mungkin ramai dah cerdik kut... dulu diperbodoh2kan dan mengagung2kan ahli politaiks and retis

deka ...

bole dak depa amek bangnon skali dia byk softskill vocab bahasa indon pun byk sini jenuh lencun
Quote namemysoul 3-9-2025 09:43 AM
Ooo...derang all out dah nie kot...

Mgkn dah pendam lama sgt + yg amik kesempatan...
Quote Friska 3-9-2025 10:20 AM
Edited by Friska at 3-9-2025 10:36 AM

Katanya ada sponsor dan provokator dari Malaysia? Nda tahu saya, Wallahu A'lam Bishawab



Quote sphinx 3-9-2025 10:29 AM
Kitty_catz replied at 3-9-2025 08:47 AM
mungkin ramai dah cerdik kut... dulu diperbodoh2kan dan mengagung2kan ahli politaiks and retis

deka ...

ada yg offer add on adik lopa, si LMK tue

plus free gift = DMA Islam

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.038575 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top