|
99 Speedmart kini mengesahkan penyertaan mereka di pasaran antarabangsa dengan pembukaan cawangan pertama di luar negara. Pada 31 Ogos lalu, rangkaian kedai serbaneka ini telah melancarkan operasi di Fuzhou, Wilayah Fujian, China. Perkara ini turut diumumkan secara rasmi melalui makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. Menurut pihak syarikat, pembukaan kedai di China akan dijadikan penanda aras sebelum mereka mempertimbangkan peluasan seterusnya. Hal ini kerana pasaran China dilihat mempunyai tahap persaingan yang jauh lebih sengit, sekaligus memerlukan kumpulan untuk lebih berhati-hati dalam membuat keputusan pengembangan. Walaupun belum menetapkan sebarang sasaran khusus, 99 Speedmart tetap optimis langkah strategik ini bakal memberi manfaat kepada operasi mereka dalam jangka masa panjang. Sumber: Rotikaya |

ADVERTISEMENT