CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Digigit anjing: Terkejut adik berlari berlumuran darah jerit sakit..sakit

4-9-2025 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4178| Komen: 19

 


KAJANG – “Saya baru je masuk ke dalam rumah dan letak beg sekolah adik semua sebelum dengar dia menjerit ‘sakit..sakit’ sambil berlumuran darah,”

Demikianlah cerita Surya Arifin Mohd. Nasir, 21, mengenai adiknya, Muhamad Firdaus Hakim, 6, yang diserang dan digigit anjing di Taman Megah, Batu 9, Cheras, di sini semalam.

 

Menurut Surya, ketika itu dia baru sahaja pulang dari kerja dan mengambil adik bongsu daripada empat beradik itu dari taska berhampiran rumah kira-kira pukul 5.50 petang.

“Memang rutin adik setiap hari, sampai-sampai rumah dia akan bermain basikal balik dari taska. Biasanya dia memang bermain di lorong hadapan rumah sahaja.


“Kami (keluarga) pun tak risau sebab lorong ni tak ada anjing atau sesiapa yang pelihara anjing. Tapi semalam adik bermain pula sampai ke lorong besar sana,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.


Surya berkata, dia terkejut apabila mendengar adiknya menjerit kesakitan sebelum keluar mendapati mendapati kepala adik bongsunya berlumuran darah.

Dia kemudian menelefon ambulans dan memaklumkan kepada ibunya yang sedang bekerja sebagai tukang cuci di sekolah berhampiran.

“Masa itu adik minta air dia suruh basuhkan kepala dia, tapi bila saya telefon ambulans petugas kesihatan minta jangan basuh dan tutup dahulu kepalanya.

“Selepas menunggu ambulans agak lama, saya buat keputusan untuk bawa adik ke klinik, sebelum klinik merujuk untuk bawa ke Hospital Kajang. Kemudian pagi ini adik menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya,” ujarnya.

Kata anak sulung itu, keadaan kepala adiknya agak parah kerana beberapa bahagian di sebelah kanan dan belakang terkoyak selain cebisan telinga terputus.

Jelas Surya lagi, status adiknya masih belum diketahui berikutan masih berada di dalam dewan pembedahan setakat pukul 1 petang tadi.

Sementara itu Surya berkata, kawasan perumahan tersebut mula didatangi anjing liar sejak lebih dua minggu lalu.

Dia juga berkata mereka sekeluarga akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik anjing tersebut selain mengharapkan pihak berkuasa tempatan untuk melaksanakan pemantauan berkala.

Dalam pada itu, seorang jiran dikenali sebagai Murni, 63, berkata kejadian itu pertama kali berlaku dalam lorong perumahan tersebut sejak dia menetap di situ selama 34 tahun.

Katanya yang merupakan seorang pesara, sejak dua minggu lalu beberapa anjing liar mula muncul dan menjadikan kereta usang sebagai tempat berteduh.

“Masa kejadian agaknya Firdaus bawa basikal bunyinya kuat, tiba-tiba anjing itu menyambar dari bawah kereta dan terus menggigit. Sebaik dia pun jenis kuat dan berlari selamatkan diri.

“Terkejut kami (penduduk) apabila melihat Firdaus berlari menjerit dalam keadaan berlumuran darah. Sebelum ini memang tak pernah langsung ada kes budak kena gigit anjing,” katanya.

Jelas Murni lagi, beberapa aduan telah dibuat berkaitan dengan anjing liar yang mula memenuhi kawasan berhampiran namun tiada tindakan selanjutnya dari pihak berkuasa tempatan.

“Kami trauma dengan apa yang berlaku sampai kan hari ini kalau nampak budak kecil main dekat luar saya suruh masuk rumah sebab takut kejadian sama berulang. Harap pihak berwajib pantau berkala anjing liar ni dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, seorang kanak-kanak berusia enam tahun dikejarkan ke hospital setelah diserang dan digigit anjing ketika bermain di sebuah perumahan di Batu 9, Cheras, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan dari abang mangsa pada pukul 11.41 malam.

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya telah menghantar kakitangan untuk menjalankan siasatan ke premis pemilik anjing yang menyerang kanak-kanak tersebut.

Menurutnya anjing yang mencederakan kanak-kanak itu juga telah ditangkap oleh sepasukan Unit Tangkapan Anjing Terbiar MPKj semalam. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 4-9-2025 05:47 PM
Tah laa.. aku selalu bg anjing mkn kat tmn.. ade seko budak pi baling batu kat anjing tuu pas tuu agah agah anjing tuu nak pukull.. sekali anjing tuu kejarr.. mak dia jerit anjing jahak anjing jahak..
Mana satu anjing aku pun tak tau.. pas tuu marah kat aku sbb bg anjing tu mkn..
Quote cmf_jeangrey 4-9-2025 06:03 PM
Edited by cmf_jeangrey at 4-9-2025 06:13 PM
Tapi semalam adik bermain pula sampai ke lorong besar sana,”

Ada 2 punca kt sini, anjing unsupervised, budak tu pun unsupervised..yg dewasa punca masalah bukan anjing..semoga budak ni pulih dr kecederaan dan trauma

Anak iols pun rajin ride basikal kat jalan depan rumah, iols atau hasben akan tunggu dan tengok..2 jam dia ride, 2 jam lah iols tunggu atau take turn..kalau nak pergi toilet suruh dia berhenti kejap..kalau kami x available untuk tunggu, anak kena tunggu sampai kami free..kalau anak2 jiran depan rumah sama main basikal, apak dia pun sama tunggu..


Quote Buritan 4-9-2025 07:15 PM
cmf_jeangrey:  Edited by cmf_jeangrey at 4-9 ...


Ni mak pak yg bagussss.. tp ade plk kalo mak pak yg bagus mcm ni plk dikata mak pak helikopter laa.. tak bg anak berdikari laa bla bla
Quote PULANGKAN 4-9-2025 11:48 PM
Iols bulan Jun haritu pun ada buat report pasal anjing liar kat kawasan taman depan ni. dah la budak2 ramai since ada taman permainan baru

sampai Julai, iols tengok ada je anjing liar berkeliaran siang malam. budak2 ramai weh main depan rumah, seriau tengok. asal nampak anjing, semua bertempiaran lari masuk rumah. jawapan PBT, dah ronda, tak jumpa anjing, kes tutup.

patut la ada sorang vigilante kawasan sini dok racun anjing sampai mampuih. tapi masalahnya dengan kucing mampuih kena tempias. tak tau diorang buat camane. tau tau je, nak pegi keje, kadang2 tarik bangkai ke tepi jalan
Quote Purestteam1 5-9-2025 07:54 AM
sekadar perkongsian.. kt taman rmh corner jiran suka bg makan anjing tak bertuan.. jadi anjing ni slalu berkumpul di rmh jiran.. masalah nya bila naik motorsikal lalu je corner rmh jiran ni mesti kena sergah ngan anjing... ada sekali tu org tua (terperanjat kena salak) sampai terbabas nasib baik x jatuh...
Quote Purestteam1 5-9-2025 07:55 AM
kesian tengok video adik ni.. moga sihat kembali tanpa ada masalah lain berkaitan
Quote Friska 5-9-2025 12:45 PM
Aduh, kasian itu anak
Quote TeropongThaico 5-9-2025 01:03 PM
Kesiannya...
Kadang tu anjing ni tak yah kita kacau dia pun... Dtg merengnya mencanak lintang pukang nak kena lari takut kena gigit
Asalnya kita nak lintas lorong tu je pun. Mcm la diarg bayar buat lorong tu khas bawah diarg... Ini aiol maksudkan org yg bg makan anjing tu..  Diarg tak bela tp bg mkn apa tah kat luar rumah sampai org nak lalu pun tak boleh
Quote dua_chzy 5-9-2025 01:40 PM
Tembak saja anjing tu. Anjing bukan makhluk hampir pupus.

Tapi katanya anjing tu bertuan sebab ada neck collar?
Quote imthegirl 5-9-2025 02:19 PM
Edited by imthegirl at 5-9-2025 02:21 PM

Tak payah acah acah nk kata mak bapak budak tu salah. Iols yg tua ni pon jalan elok elok depan rumah depan kedai tak koser aku nak agah agah anjing bodo tu tetiba kena kejar buta buta. Anjing sampai gila dia semua org nak di kejar nak di sergah. Iols setuju je cikgu chazey suruh tembak je anjing anjing liar ganas ni. Harap yg gigit budak tu bukan anjing gila, takde penyakit lain. Tak memasal je anak tu carry penyakit nanti.
Quote jewel777 5-9-2025 05:30 PM
scarynya
Quote cmf_jeangrey 5-9-2025 05:54 PM
Buritan replied at 4-9-2025 07:15 PM
Ni mak pak yg bagussss.. tp ade plk kalo mak pak yg bagus mcm ni plk dikata mak pak helikopter laa ...

Anak sekolah rendah lagi...mmg patut dihelikopterkan
Kot terjadi insiden apa2 kita juga yg susah..
At least kita dah cuba terbaik utk pantau anak sendiri kalau nk jadi juga itu takdir namanya


Quote naina 7-9-2025 12:32 AM
Ni yang merisaukan aku. Kadang2 anjing2 liar pun tetiba mari datang taman rumah aku ntah Dr mana. Anak2 aku dhla lepas main je depan rumah. Taman aku selamat Dr kenderaan keluar masuk sebab hujung jalan mati. Tapi ada anjing plak..memang patut majlis ambik kan. Demi keselamatan dan kesejahteraan ummah. Kita sini xmakan anjing. Malah beri makan plak. Tu membiak. Anjing takda manfaat selain jaga kebun dan rumah itu pun dgn didikan. Jadi kasi tembak jelah
Quote botok 7-9-2025 11:03 AM
Edited by botok at 7-9-2025 11:05 AM

Pasai ada yg duk bagi makan lah kat anjing tu yg duk mai berkumpul kat kawasan perumahan. Anjing tu pandailah cari makan sendiri x payah gaduh nak bagi makan. Kena plak karang bawak virus rabies menangis x berlagu lah... Sama yg memandai nak bagi makan kat monyet/beruk, pastu pakat duk berkumpul kat kawasan perumahan. Berak merata, selongkar tong sampah, masuk rumah penduduk... Terlebih PETA lah depa kata...
Quote petak96 7-9-2025 08:08 PM
Anjing liar ni biasanya akan tidur dalam semak atau belukar. Akan keluar bila tiba musin mengawan/hujan/sejuk. Anjing liar ni takde manfaat pun untuk masyarakat. Kerajaan patut ambil tindakan utk hapuskan demi keselamatan semua. I tak suka anjing sbb i tgk sendiri perut ank kucing terburai dikerjakan anjing liar. Bila keluar news mcm ni, i lagi tak kesian dgn anjing yg mati kena racun. Sudah2lah tu pencinta haiwan. Berpada2lah mengasihi binatang
Quote Itzy 7-9-2025 10:58 PM
naina: Ni yang merisaukan aku. Kadang ...

Samalah, mak pak aku kata taman mereka pun malam2 anjing liar datang. Dulu waktu aku budak2 kecoh gak la anjing2 liar datang rumah gigit habis kasut2 kami. Sekarang pun masih ada anjing2 liar tu. Malam2 aku dengar makin banyak dok menyalak, mak aku pun takut nak keluar rumah. Nasib baik pagi2 dia hilang.
Quote alieyrina 8-9-2025 07:44 AM
Mcm parah tu. Harap anjing tu dihapuskan n pemilik kena denda sampai dia x mampu bela anjig dah. Ni kalau anjing gila yg gigit dah jadi bertambah parah
Quote Cassieopeia 9-9-2025 02:17 PM
kalau kt putrajaya mmg diorg akan hapuskn/bunuh kucing/anjjing liar kt tempat lain xsure la. ni ada tuan tu saman tuannya
Quote justchu 9-9-2025 03:00 PM
ramai netz marahkan budak motor
yg lambat pkl anjing tu guna kayu

jd salah budak motor yg lalu situ plak
nak jaga anak/anjing org

parents budak ni mana? tuan anjing ni mana?
hjg2 kata anjing liar, walhal rupa elok siap ada collar

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2026 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.066476 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top