CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dron Houthi meletup di lapangan terbang Israel, terminal rosak, sebilangan cedera

8-9-2025 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1796| Komen: 4

 


TEL AVIV – Sebuah dron yang dilancarkan kumpulan pemberontak Houthi dari Yemen mengenai sasaran di Lapangan Terbang Ramon, Israel, menyebabkan beberapa kerosakan dan mendatangkan kecederaan, lapor laman berita Al Mayadeen kelmarin.

Rakaman video yang diedarkan di platform media sosial menunjukkan letupan dron tersebut dan asap berkepul-kepul keluar dari tapak itu selepas kejadian.

Media Israel kemudian mengesahkan bahawa dron itu yang merupakan keempat dilancarkan dari Yemen semalam, terkena terminal penumpang di Lapangan Terbang Ramon.

Tiga dron terdahulu yang dilancarkan dari Yemen didakwa telah dipintas.

Susulan serangan itu, operasi udara di lapangan terbang dihentikan, lapor agensi berita Reuters dengan memetik Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel.

Perkhidmatan respons kecemasan Israel, Magen David Adom (MDA) berkata, mereka menerima laporan pada pukul 2.35 petang (waktu tempatan) tentang dron tersebut. Dua orang mengalami kecederaan ringan akibat serangan itu, kata MDA.


Angkatan Bersenjata Yemen yang dikawal Houthi mengeluarkan kenyataan selepas serangan itu dengan memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa lapangan terbang di Israel adalah tidak selamat dan akan disasarkan secara berterusan. – AGENSI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 9-9-2025 02:58 PM
Sementara itu dron seroel telah serang dan bakar boat Flotilla Greetha Thunberg. Tiada fatal. Gentle reminder to Sumud Team.
Quote B40tastePosh 9-9-2025 03:09 PM
Semua negara wajib serang Yisroel.
Quote dua_chzy 9-9-2025 03:18 PM
Korang tanak buka thread pasal sumud flotilla ke.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2026 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.217403 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top