CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Program Kewarganegaraan Pulau Pinang (PKPP) : Tidak daftar perkahwinan antara sebab tiada kewarganegaraan

8-9-2025 03:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5806| Komen: 42

 


GEORGE TOWN – Program Kewarganegaraan Pulau Pinang (PKPP) berjaya menyelesaikan 569 daripada 3,504 kes membabitkan permohonan kewarganegaraan antara tempoh 2013 hingga kini.

Daripada 3,504 kes itu juga, hanya 43 kes masih dalam tindakan di bawah program terbabit manakala 2,892 kes lagi dalam tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta agensi berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim berkata, semua kes yang berjaya diselesaikan itu merangkumi permohonan di bawah Perkara 14 (Pendaftaran Kelahiran Luar Negara – Melebihi Setahun), Perkara 15A, Perkara 15(1), Perkara 15(2), Perkara 16 serta Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu, ia turut melibatkan permohonan lain seperti pendaftaran lewat sijil kelahiran, pendaftaran lewat kad pengenalan, pengangkatan kanak-kanak bukan warganegara, pengesahan taraf warganegara, pembetulan atau pindaan maklumat sijil kelahiran serta Perkara 13 iaitu berkaitan anak luar nikah.


“Antara faktor ramai individu yang lahir di Malaysia, namun tidak mendapat mendapat kewarganegaraan adalah disebabkan tiada sijil kelahiran, status ibu bapa yang rumit serta perkahwinan yang tidak berdaftar.

“Namun begitu, dengan bantuan program ini (PKPP), sebahagian besar daripada mereka kini telah berjaya mendapatkan taraf kewarganegaraan dan dapat meneruskan persekolahan, bekerja serta menikmati hak asasi masing-masing,” katanya pada sidang akhbar berkaitan Kejayaan Permohonan Kewarganegaraan Kanak-Kanak di Pulau Pinang di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang di sini, hari ini.

Tambah Siew Khim, ibu bapa atau penjaga yang berdepan kesulitan berhubung permohonan kewarganegaraan dan sebagainya boleh mendapatkan bantuan menerusi program percuma tersebut.  

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote silance 8-9-2025 04:16 PM
“Antara faktor ramai individu yang lahir di Malaysia, namun tidak mendapat mendapat kewarganegaraan adalah disebabkan tiada sijil kelahiran, status ibu bapa yang rumit serta perkahwinan yang tidak berdaftar.

Yang penting beranak dulu. Lepas puluh taun nanti ada yang baik hati tolong.


Quote aryyan 8-9-2025 05:39 PM
silance replied at 8-9-2025 04:16 PM
“Antara faktor ramai individu yang lahir di Malaysia, namun tidak mendapat mendapat kewarganegaraan ...

kan. jadahnya.
kita yg ikut rules. nk register newborn punya mcm2 nk.
bukupink, sijilnikah bagai.
ni mai cmni easily.
Quote tahanie 8-9-2025 06:12 PM
Sesenang je jadi warganegara
Quote tupaiterbang 8-9-2025 06:22 PM

Buat kat penang je ke?

Negeri lain tak nak buat sekali ke?
Quote Samerosie 8-9-2025 07:15 PM
Non muslims kan normal la some bersekedudukan/kawin siam vietnam indon etc, some just buat tea ceremony, temple weddings pastu tak gi register kat jpn.  Anak beranak tak tau la camne.  Melayu pun ada gak gini, kawin kat siam/overseas x register kat mesia etc etc
Quote dua_chzy 8-9-2025 07:23 PM
Eh sundel. Pehtu senang2 anak ko jadik warga.
Quote Tinot7 8-9-2025 08:03 PM
Ekceli deme mmg warga ka bukan?
Quote Belibis 8-9-2025 08:43 PM
tahanie: Sesenang je jadi warganegara

Itu la point utama dia..
Quote Rdizz 8-9-2025 08:55 PM
Eh.. ni cina local ka cina tnh besar? Takkan cina local ada masalah bab2 mcm ni, pelik. Dulu ada kes pengarah jbt pndaftran mkn rasuah dgn staf nya, dah didakwa dan dah didapati bersalah. Gadai negara sanggup puak mkn rasuah. Risaunya bab cina mainland masuk sini begitu ramai sbg pelancong, lepas missing tak keluar2, apasal cina tnh besar minat sgt nk dok tnh melayu, eeee
Quote namemysoul 8-9-2025 09:50 PM
Rdizz replied at 8-9-2025 08:55 PM
Eh.. ni cina local ka cina tnh besar? Takkan cina local ada masalah bab2 mcm ni, pelik. Dulu ada kes ...

Mgkn sbb derang rasa mainland dah x slmt utk diduduki (slalu kena bencana alam) + terlalu ramei org + rasa dikawal 24 jam ( kat mana tah dolu2 ckp mainland byk cctv n derang pakai teknologi cap jari ker muka tah utk tujuan pengecaman ...)
Quote sharlenetexas 8-9-2025 09:50 PM
Anak2 tak sekolah.


Quote sharlenetexas 8-9-2025 09:53 PM
namemysoul replied at 8-9-2025 09:50 PM
Mgkn sbb derang rasa mainland dah x slmt utk diduduki (slalu kena bencana alam) + terlalu ramei or ...

Atau pun taknak hidup kat china yg serba cashless? Bila mai bencana nak beli roti kat kedai pun takleh sebab telefon habis bateri.


Quote namemysoul 8-9-2025 09:56 PM
sharlenetexas replied at 8-9-2025 09:53 PM
Atau pun taknak hidup kat china yg serba cashless? Bila mai bencana nak beli roti kat kedai pun ta ...

Itu teda masalah kaka...

kan ker berlaku kejadian orang ramai pecahkan kedai sbb nak amik barang masa pkp ke masa bencana alam yek dolu2 kat satu tmpt tuh...lupa plak kita kat ner...huhuhuhuhu
Quote Sayakita 8-9-2025 10:44 PM
Cara cara dapig nk ramaikan cine . Sbb diorang xnk beranak.. so nnt ramai pengundi cina undi dapig.. sume org nmpk game die.. tapi gomen xleh bertindak.. semua kene cucuk idung.. uulala
Quote Sayakita 8-9-2025 10:45 PM
Rdizz replied at 8-9-2025 08:55 PM
Eh.. ni cina local ka cina tnh besar? Takkan cina local ada masalah bab2 mcm ni, pelik. Dulu ada kes ...

Tnaah beso ler
Quote naufal74# 8-9-2025 11:36 PM
Program kewarganegaran pulau pinang? Perbertulkan ..perkataan tu...pulau pinang bukan negara....jgn nk pandai2 perasan ..ini semua kerja DAP...urusan warganegara dibawah JPN...bukan negeri...cawangan ya di negeri masing2...
Quote Zazama 9-9-2025 12:34 AM
Kadar kelahiran mereka sebenarnya kan rendah utk 1 keluarga. Pernah kah kita lihat mereka ada 4 or 5 or 8 anak. Tapi bilangan mereka semakin bertambah (sekadar bertanya dgn penuh tanda tanya).
Quote naina 9-9-2025 10:56 AM
Hari tu baru baca SKJC semakin kurang pelajar cina. Yg melayu plak mendominasi. Which is Okla bagus camtu..
Ttbe ada program camni..nk JD warganegara ngra ada ic perlu nyanyi lagu negaraku kan..ke xde syarat
Quote AbukRokok 9-9-2025 01:17 PM
lebih baik dapig dripada bangla rohingya

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2026 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.169509 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top