CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump beri amaran ‘perang’ kepada Chicago - “Chicago akan tahu kenapa ia dipanggil Jabatan Perang”

10-9-2025 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4049| Komen: 22

 


WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk melaksanakan kuasa Jabatan Perang yang baru dijenamakan semula ke atas bandar Chicago, negeri Illinois yang dilanda krisis jenayah.

Ia sekali gus meningkatkan lagi ketegangan berhubung desakan beliau untuk menghantar tentera ke bandar-bandar yang diterajui Parti Demokrat.

Langkah itu bertujuan meniru operasi di ibu negara, Washington, di mana Trump mengerahkan pasukan Pengawal Kebangsaan dan menambah bilangan ejen persekutuan. Ia mencetuskan tentangan balas serta protes baharu kelmarin yang menarik penyertaan ribuan peserta penunjuk perasaan.

“Chicago akan tahu kenapa ia dipanggil Jabatan Perang,” tulis Trump pada akaun Truth Social miliknya semalam.

Gabenor Illinois, JB Pritzker daripada Parti Demokrat, menyuarakan kemarahan terhadap kenyataan Trump itu.

“Presiden AS sedang mengugut untuk berperang dengan sebuah bandar raya Amerika sendiri. Ini bukan gurauan. Ini bukan perkara biasa,” tulis Gabenor JB Pritzker di platform X.

“Illinois tidak akan digentarkan oleh seorang diktator ‘wannabe’,” tambahnya.

Sementara itu, Trump menerusi Truth Social memuat naik imej dikuasakan kepintaran buatan (AI) bagi parodi filem keluaran tahun 1979 bertajuk Apocalypse Now. 

Imej dinamakan Chipocalypse Now itu memaparkan beberapa helikopter terbang di langit Chicago dengan latar belakang yang kelihatan menyerupai keadaan ketika Perang Vietnam. 

“Saya suka bau pengusiran pada waktu pagi,” tulis Trump. – AFP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bpbbppbp 10-9-2025 02:11 PM
Berterusan demonstration
Quote PULANGKAN 10-9-2025 04:52 PM
gila betul mamat oren ni
Quote B40tastePosh 11-9-2025 06:40 PM
Tak sabar nak tengok Trump serang Chicago
Quote tompie 12-9-2025 05:34 PM
kemon trump.. serang.. jangan sembang aje...
popcorn mana popcorn?
Quote Decaffeinated 13-9-2025 08:18 AM
Di Chicago pun ada Trump Tower serang lah yang tu dulu.
Quote eizarz 13-9-2025 10:55 PM
chicago bulls
Quote Minami2013 13-9-2025 11:18 PM
Tak kan nk serang negara sendiri?
Quote pengecatbintang 13-9-2025 11:18 PM
civil war akan berlaku kat U.S
Quote pengecatbintang 13-9-2025 11:25 PM
Symptom2 peralihan dari Old World Order ke New World order

demo, konflik & perang yg dah berlaku kat..

Bangladesh

France

Nepal

Yindon

konflik sempadan Thai vs Cambodia

Sabah (solidariti Zara)

India vs Pakistan (War)

Israel vs Iran (War)

Isreal vs Qatar (serangan udara Isreal)

Ecuador (baru nak start)

Kita sebagai rekyat Mesia terutama di Semenanjung jgn mudah terpedaya ngan netizen n porumer CI yg menghasut

Ini termasuk hasutan kes Kg Sg Baru, Mat Belon, Jalur Gemilang terbalik

Yg rugi rekyat n negara

Pastikan negara kita aman tiada demo
Quote pengecatbintang 13-9-2025 11:32 PM
pengecatbintang replied at 13-9-2025 11:25 PM
Symptom2 peralihan dari Old World Order ke New World order

demo, konflik & perang yg dah berlaku k ...

negara2 yg akan huru hara nnt :

U.S, Canada, Western European Countries

selain tu..

perang akan berlaku sebagai distraction kpd melingkupnya ekonomi & kontrak sosial di U.S, Canada & Western European Countries

paling teruk WW3

konflik, krisis ekonomi (kewangan, banking & matawang), hyperinflation akan merebak ke seluruh dunia

walau teruk mcmana pun..

walau susah mcmana pun nnt

jgn timbulkan n jgn hasut supaya negara huru hara

pastikan Mesia aman damai

kalo gov masa tu dijatuhkan

gov yg take over akan sama jugak

x leh wat apa2

hadap jer

ni krisis global yg semua negara akan kena n suffer  
Quote pocongkiutss 14-9-2025 04:19 AM
Nasib baik bang non dh jd piyem skrg...kalau tak..penyembah dia la yg akan berguling-guling demo.. kahkahkah..ada hati nk nasihatkan org jgn berdemo
Quote Dwdrum 14-9-2025 06:34 AM
Edited by Dwdrum at 13-9-2025 02:45 PM

Mahu hantar national guard saja pun... Bukan hantar military federal level seperti marine.. Navy ka apa... National guard ini army majority volunteer among civilians juga... Setiap states ada  national guard.... Kali ini trump mahu deploy bukan state gavernor...

Sebab itu malaysia news kena double check.. LOL
Quote najib888 14-9-2025 07:33 AM
pengecatbintang replied at 13-9-2025 11:32 PM
negara2 yg akan huru hara nnt :

U.S, Canada, Western European Countries

betul.. cuma, nanti jangan pulak nanti hang meroyan kalau bang non kesayangan hang tu tak duduk di tampuk pirdana mintri pada PRU akan datang
Quote pengecatbintang 14-9-2025 07:42 AM
najib888 replied at 14-9-2025 07:33 AM
betul.. cuma, nanti jangan pulak nanti hang meroyan kalau bang non kesayangan hang tu tak duduk di ...

ya..

ygt penting aman
Quote pengecatbintang 14-9-2025 07:48 AM
pocongkiutss replied at 14-9-2025 04:19 AM
Nasib baik bang non dh jd piyem skrg...kalau tak..penyembah dia la yg akan berguling-guling demo.. k ...

saper kata x bole demo..

perhimpunan TURUN ANWAR ujung Julai 2025 PMX bagi kebenaran

yg aku kata x bole demo

adalah demo yg ganas mcm Nepal & Indon

ko nak Mesia jadik mcm Indon & Nepal ke?


Quote pengecatbintang 14-9-2025 07:53 AM
Edited by pengecatbintang at 14-9-2025 07:58 AM
pocongkiutss replied at 14-9-2025 04:19 AM
Nasib baik bang non dh jd piyem skrg...kalau tak..penyembah dia la yg akan berguling-guling demo.. k ...


12 Sep 2025

Perdana menteri berkata kerajaan sentiasa menghormati hakrakyat untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian, namun kebebasanitu tidak boleh disalahgunakan hingga melanggar undang-undang.

Katanya, prinsip kebebasan juga menuntut kita untukbertanggungjawab dan mesti patuh tunduk pada hukum, adab dan undang-undang.

--

saper kata PMX tak bagi demo..

tapi ikut undang2 ler

Quote pengecatbintang 14-9-2025 08:01 AM
Edited by pengecatbintang at 14-9-2025 08:04 AM
pocongkiutss replied at 14-9-2025 04:19 AM
Nasib baik bang non dh jd piyem skrg...kalau tak..penyembah dia la yg akan berguling-guling demo.. k ...


Bakar karikatur PM, pengajian pelajar tidak akan disekat

24 Jun 2025 06:57 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar tiada sekatan dikenakan terhadap pengajian akademik pelajar yang terlibat dalamisu pembakaran karikatur beliau dalam satu demonstrasi di Kota Kinabalu,baru-baru ini.

“Selaras dengan pendekatan MADANI yang mengutamakan nilai ihsan, YAB Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) agar pelajar yang terlibat tidak disekat perjalanan akademiknya.

Ini kerana masa depan anak muda tidak wajar dikorbankan hanya kerana perbezaan pandangan", katanya.

Ujar beliau, sebagai bekas aktivis mahasiswa dan tokoh reformis, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mempertahankan kebebasan bersuara seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

“YAB Perdana Menteri sendiri lahir daripada gerakanmahasiswa dan pernah memimpin gelombang reformasi di jalanan. Beliau benar-benar memahami denyut suara rakyat.  

Beliau juga menjadi saksi bahawa kritikan, walau sepedas mana sekalipun adalah sebahagian penting dalam meraikan demokrasi,” tambahnya lagi.

Mengulas insiden tersebut, Perdana Menteri menyifatkan tindakan itu sebagai lambang harapan rakyat agar usaha memerangi rasuah diteruskan tanpa kompromi sehingga ke akar umbi.

Justeru, jelasnya, Kerajaan MADANI kekal komited terhadap agenda reformasi yang sedang dan telah diterjemahkan menerusi pelbagai tindakan berstruktur.

Memetik laporan media semalam, seramai 13 pelajar UMS dikenal pasti terbabit perhimpunan 'Gempur Rasuah 2.0' berkemungkinan berdepan tindakan tatatertib, termasuk penggantungan atau dibuang universiti mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Quote pengecatbintang 14-9-2025 08:05 AM
pengecatbintang replied at 14-9-2025 07:48 AM
saper kata x bole demo..

perhimpunan TURUN ANWAR ujung Julai 2025 PMX bagi kebenaran

dah tua pon bodoh

[youtube]NG3aPXMSB10[/youtube]
Quote pengecatbintang 14-9-2025 08:06 AM

karikatur PMX kena bakar lagi

tersebar kat media lagi

tp PMX tak ambik tindakan

dah kenapa demo ganas2 ni

ini pun x paham pasal cara2 demo ni

dah tua pon bodoh

[youtube]NG3aPXMSB10[/youtube]

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.082444 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top