|
PETALING JAYA – Hukum penyertaan wanita dalam flotila ke Palestin adalah harus dan tidak salah untuk terlibat. Menerusi penerangan Pejabat Mufti Wilayah, pada asasnya hukum bagi wanita keluar berjihad di luar negaranya adalah tidak wajib. Menurutnya, bagaimanapun pada zaman hari ini, terdapat keperluan dan hajat memerlukan penglibatan wanita contohnya dalam membantu wanita lain yang berada dalam keadaan peperangan. “Sumbangan dan peranan mereka pelbagai aspek yang lain dalam membantu kejayaan sesuatu misi jihad merupakan suatu perkara dituntut dan terpuji. Hal ini dengan berdasarkan garis panduan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. “Lebih-lebih lagi dalam situasi rakyat Palestin yang cukup terdesak mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada sesiapa pun yang sanggup menempuhi cabaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, jihad di jalan Allah SWT merupakan sesuatu perbuatan agung dan mulia serta dijanjikan dengan ganjaran sangat besar. “Setiap daripada kalangan orang beriman sentiasa mencari peluang untuk berjihad bagi memperoleh keredaan Allah SWT dan ganjaran yang dijanjikan tersebut. “Terdapat juga golongan daripada kalangan wanita yang ingin turut serta dalam berjihad di jalan Allah SWT. Khususnya apabila pada hari ini isu Palestin yang kini berada di tahap paling genting dan terdesak dalam sejarah konfliknya,” menurut penerangan tersebut. Penjelasan oleh Pejabat Mufti Wilayah turut menyentuh hadis-hadis berhubung peranan wanita yang terlibat dalam peperangan dan ia berbeza dengan kaum lelaki yang mana wanita memberi minum kepada para pejuang dan merawat golongan tercedera dalam kalangan mereka. “Hal ini jelas menunjukkan bahawa walaupun kaum wanita tidak terlibat dalam mengangkat senjata dalam peperangan jihad, namun begitu peranan mereka tidak kurang pentingnya dalam memastikan kejayaan sesuatu misi jihad yang dilancarkan. “Apatah lagi apabila melibat maslahah yang lebih besar, maka didahulukan maslahah umum berbanding maslahah khusus berdasarkan kaedah,” katanya. Sumber -KOSMO! ONLINE |
L.U.S.M replied at 11-9-2025 08:49 AM
Dah celah mana pulak salah..ramai condemn sbb lakinya dok rumah bini lak yang keluar berjihad
kotakbaju replied at 11-9-2025 10:19 AM
Macam tak berapa nak kena dengan situasi pulak.
Pandangan meols pulak, kalau sorang pompuan tu t ...
zuuu replied at 11-9-2025 12:41 PM
Rasanya kalo both suami isteri g sama2 org x kecam sanggat,sorg tu dh kahwin yg lagi sorg ada anak ...
kotakbaju replied at 11-9-2025 10:19 AM
Macam tak berapa nak kena dengan situasi pulak.
Pandangan meols pulak, kalau sorang pompuan tu t ...
vanilacup replied at 11-9-2025 02:15 PM
Fishy nya statement pejabat Mufti ni. Wanita segala pahala dan jihadnya lebih afdal di rumah bersama ...
fattymah replied at 11-9-2025 07:31 PM
Update :
Minami2013 replied at 11-9-2025 07:59 PM
Awalnya mmg rase tak sesuai. Tp bila baca, ada betul nya jugak. Ada ramai wanita juga di sana yg per ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-6-2026 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.066701 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.